Rate

Bab 2

Romance Completed 6818

Sedang Isya memaki hamun si Dika, Pintu dikuak dari luar.Isya dengan serta merta terus berdiri.”Cik Isya.Saya kenalkan Dika Azhari.Boss awak sekarang.”Encik Khairul memperkenalkan Dika Azhari.Wah kacak memang kacak tapi agak kerek je muka mamat ni.

“So this is my new PA.”kata Dika dengan memandang dari atas ke bawah PA barunya itu.Ish dia tenung-tenung aku ni apasal.Tak pernah Nampak orang pakai baju kurung apa.Memang sengaja Isya memakai pakaian yang agak kampung sikit.
“Saya Noor Khalisya Qaisara.Encik Dika boleh panggil saya Isya je.”Isya memperkenalkan dirinya.Dika hanya mencebik mendengar suara gadis tersebut.

“hmm..Kampung girl.”terdengar ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut Dika sebelum berlalu pergi dengan angkuhnya.Encik Khairul mengejar Dika.Isya terpinga-pinga apakah patut dia ikut atau dia duduk je kat sini.hmmm…Akhirnya Isya mengambil keputusan untuk mengekori mereka berdua.Sedang Isya mencari-cari kelibat mereka berdua,Isya terdengar satu perbualan yang memang menyakitkan hatinya.Dah semestinya perbualan antara Dika dan Encik Khairul.

“Itu PA aku..kau kalau carikan PA aku pun semenggah la sikit..Tu apa tu..perempuan kampung mana entah kau kutip lepas tu jadikan PA aku.Apa yang dia tahu buat.”Marah Dika tak puas hati.

“Dia boleh buat kerja la.Jangan risau punya.Dia buat kerja memang mantap.Dia tu baru je abis belajar belum dapat kerja lagi jadi kebetulan kau memerlukan PA tu yang aku cadangkan dia.Lagipun kau juga yang cakap kau nak PA secepat mungkin kan.”jawab Khairul bagi menenangkan Dika.

“Budak tu reti ke buat kerja.Aku tengok macam tak reti apa-apa pun…dengan pakaian kampung macam tu..haih jatuh la air muka aku ni.”

“Alah tu small matter la..boleh dibereskan..aku janji PA kau kali ni takkan buat hal macam PA kau sebelum ni.”Janji Khairul.

“Kalau dia buat hal juga..”Dika bertanya sambil mengangkat keningnya.

“Kau buat la apa-apa pun dekat aku.”Dika berfikir sejenak sambil tersenyum.

Isya yang mendengar disebalik dinding hanya mampu menelan liur sahaja.Memang berlagak betul la.Hmmm..jadi bermula la kisah Isya melayan kerenah Mr. Arrogant ni.Eh! banyak pula drama-drama melayu diungkit dalam cerita ini.Tadi kampung girl sekarang Mr. Arrogant la pula.

“Ish..sakitnya hati ni.Kejap-kejap Isya ambil ni,Isya buat ni,,semuanya Isha Isya..Dia ingat aku ni kuli dia ke..Ish dia duduk je goyang kaki.”Rugut Isya tak puas hati terhadap boss barunya yang terlebih berlagak tu huh!

Terkerja-kerja Isya dengan kerja barunya ini.Dia berlari-lari anak mengambil beg di dalam kereta Dika yang dimintanya tadi.”Alamak beg yang mana ya.aduh.”Isya terlupa mana beg yang perlu diambilnya.Tanpa berfikir panjang Isya mengambil satu beg yang besar..Beg tu amat la berat tapi digagahkan juga untuk diangkatnya.”aduh bawa batu apa.” Rugut Isya lagi.Isya mendekati Dika yang sedang duduk berehat di bawah payung-payung yang disediakan.

“Encik Dika ni beg yang Encik minta tadi.”Tegur Isya apabila sampai dihadapan Dika sambil membawa beg yang besar dan berat itu.Dika hanya menjeling melihat beg besar itu.

“Aku suruh ambil beg warna sandang merah..yang kau ambil beg besar ni nak buat apa?..Dah pergi ambil beg yang aku nak tu..Cepat!”Arah Dika tanpa berasa simpati terhadap Isya.Isya yang dah tahap benggang ingin berlalu mengambil beg yang diarahkan tanpa membawa beg yang tadi dia ambil.

“Wei..beg ni bawa balik ke dalam kereta..suka-suka hati kau je nak tinggalkan kat sini.”Arah Dika lagi.Isya terus mengambil beg besar itu untuk dipulangkan segera dan tanpa disangka beg yang diangkat itu berlanggar dengan meja yang berhampiran Dika.Habis air diatas meja tersebut tumpah hampir mengenai Dika tapi nasib si Dika tu cepat mengelak.
“Ops..ter accident ..maaf.”Isya meminta maaf atas kecuaiannya itu.

“Ish..Kau nikan..aku suruh lain kau buat lain..dah tu clumsy pula tu.kenapa ramai-ramai orang kau juga yang jadi PA aku..Ish..dah pergi cepat..dah la cuaca tengah panas..dia lagi menaikkan darah aku..pergi la cepat aku jap lagi ada shoot ni!”teking Dika.Kesemua krew-krew yang berada disitu menonton situasi itu.Ada yang kelihatan berbisik-bisik.Isya hampir sahaja menangis mendengar kemarahan Dika tapi ditahan sahaja.Dia bukan gadis yang lemah.Isya terus berlalu dengan beg yang besar itu untuk mengambil beg yang diminta.Didalam hatinya dah berbakul sumpah- seranah dilemparkan kepada Dika.

Isya pulang ke rumah sewanya agak lewat.Bukan agak memang dah lewat pun yalah jarum jam hampir menjejakkan dirinya pada 11.30 malam.Ni gara-gara si Dika tu yang pergi ke kelab malam.Tak guna patut la tadi Dika beria-ria menyuruh si Isya menemankan dia ke suatu tempat.Alasannya suruh cover dia la.Isya tak mengesyaki apa-apa hinggalah dia sampai ke tempat yang dituju iaitu jeng jeng jeng kelab malam..waduh-waduh poning kepala Isya.Baiklah mari kita mengimbas kembali agenda tadi.

“Encik Dika suruh saya cover Encik kat tempat macam ni.Oh no!!..Saya takkan jejakkan kaki kat dalam tempat tu..takkan sesekali.”Isya sudah mengorak langkah untuk pergi ke dari tempat yang tidak sepatutnya dijejaki oleh seorang muslim.
“Kau apahal pula..Cuma tolong cover je kalau ada wartawan datang tu je..bukan susah pun..lagipun memang tugas kau sebagai PA aku.”Kata Dika.

“Ya memang betul tugas saya untuk menjaga dan menguruskan Encik..tapi tak adalah sampai nak menguruskan ke tempat yang pernuh dengan masiat ni..Encik Dika Azhari !! saya mempunyai prinsip hidup dan prisip hidup saya ‘TAKKAN JEJAKKAN KAKI KE TEMPAT SEPERTI INI’ faham.”

“hei kau tu PA dan aku boss..Kau kene ikut arahan aku sebab aku yang bayar gaji kau..selama ni PA aku yang lain ok je buat kerja ni.”

“Memang betul Encik yang bayar gaji saya tapi tak semestinya saya akan mengikut semua arahan encik..Saya dengan PA encik yang dulu tu lain..jadi kalau encik nak masuk juga encik cover sendiri saya taknak terlibat..ya la takkan dosa orang lain yang buat orang lain yang kena tanggung yang pembuat dosa bersuka ria yang menanggung merana..FAHAM ENCIK DIKA AZHARI!!” Isya terus berlalu pergi tanpa memandang kea rah Dika lagi.Terdengar namanya dipanggil oleh Dika namun dia langsung tidak menoleh ke arah Dika.Isya terus pulang ke rumahnya apabila melihat waktu semakin lewat.

Maya rakan serumah Isya menegur Isya sebaik sahaja Isya selesai membersihkan dirinya,”hai lambat balik hari ni.”
“Lambat la pelakon pujaan hati kau tu buat hal..sakit hati rasanya.”Isya menjawab dengan sisa amarahnya tidak reda lagi.
“Hah!!..kenapa dengan Dika?Cerita la cerita la kenapa dengan Dika.”Tak sabar-sabar Maya ingin mengetahui.Yalah peminat la katakan.Setiap cerita pelakon dan model seorang tu mesti dia ingin mengetahui.

“Ish kau ni sabar la..tapi kau mesti tak suka punya dengar cerita ni.”jawab Isya.

“Alah cerita la.Aku nak tahu perkembangan dia..kat dalam magazine dan internet tu tak boleh dipercayai sangat.”Maya sudah membuat muka comel dia.Haih kang kalau tak diturutkan merajuk nanti siapa yang susah Isya juga yang susah.

“haih..yela aku ceritakan..si mamat kerek tu kerjanya mengarahkan aku buat itu buat ini..Penat tau..suruhnya aku angkat barang berat-berat..lepas tu nak marah-marah teruk betul attitude dia.”Isya melepaskan apa yang terbuku di hati.
“Aku rasa dia marah-marah sebab salah kau juga kot.Yelah kau tu clumsy sangat mesti ada barang yang kau rosakkan..kan..dah tu kau ni pun blur je aku tengok..betul tak?”tanya Maya.Dia bukan tak tahu peragai si Isya ni dari zaman universiti lagi.Isya buat muka maknanya memang betullah tu.

“Alah bukan aku sengaja pun..lagipun aku tak biasa dengan kerja-kerja macam tu.”Isya membela diri.
“haih..pelik..kerja-kerja kat office tak ada kau ni clumsy sangat.Melainkan kerja baru kau ni ada seseorang yang membuatkan kau clumsy..aku kenal kau sangatlah Isya..Ingat tak masa kita first year kat u dulu kau punyalah clumsy bila berhadapan dengan senior kita tu sebab kau suka kat dia..Ingat tak?” Maya mengingatkan kembali memori Isya.
“Ma….Mana ada aku macam tu.”Isya masih ingin membela dirinya.

“Kalau kau gagap memang betul la tu..aku bukan kenal kau sehari dua tau.Dah la dah lewat ni pergi tidur sana esok lambat bangun nanti Dika Azhari tu marah pula.”Maya terus berlalu sambil mengusik Isya.Isya sempat membaling bantal kepada Maya.Maya tergelak melihat teletah Isya.

“Cik Khalisya mana Dika? Dah pukul berapa ni Dika tak sampai-sampai lagi.Tolong cari dia cepat sikit ya sebab kami kejar masa sebenarnya.”Tanya Rita.

“Maaf kan saya Cik Rita.Sekejap lagi sampai la tu Dika.”Jawab Isya.Aduh mana kau ni Dika..angkat lah phone.Isya sudah seperti cacing kepanasan.Sudah berkali-kali dia menelefon Dika tapi tidak di angkatnya.Hari ini Dika mempunyai sesi bergambar untuk sebuah majalah fesyen tapi sampai sekarang Dika tidak memunculkan dirinya lagi.Isya sudah pening kepala.
Sudah lah tu pagi-pagi lagi keluar berita mengenai Dika Azhari berkepit bersama model yang sedang naik sekarang ni Ruby di kelab malam.Ya kelab malam yang sama menyuruh si Isya cover dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience