Rate

Bab 7

Romance Completed 6818

Dika akhirnya sampai juga kerumah Isya.Dika terus bergegas masuk kedalam rumah tanpa berfikir panjang lagi.Dia perlu selesaikan perkara ni hari ni juga sebelum semuanya terlambat.Lantaklah apa orang nak kata dan gossip-gosip akan keluar esok dia sudah tidak kisah itu semua.Yang penting dia dapat meluahkan isi hatinya itu.

“Isya..Isya..!!”Laung Dika seperti orang sudah hilang akal.Kecoh satu rumah dengan kehadiran Dika.Isya terus bergegas ke ruang tamu apabila terdengar kekecoh itu.

“Encik Dika..Encik Dika buat apa ni?”Tanya Isya terkejut melihat Dika berada dirumahnya.
“Isya..Isya awak tak boleh bertunang Isya.Tak boleh.”Halang Dika.

“Apa yang encik cakap ni.Encik jangan nak buat kecoh kat rumah saya.Lagipun malu dengan orang ramai ..encik kene ingat encik tu artis kene jaga air muka encik.”Isya cuba menenangkan Dika.

“Saya dah tak peduli dengan air muka saya..saya tak kisah apa pandangan orang..Saya tak nak sebab ego saya orang yang saya sayang terlepas begitu je.”Dika sudah tidak boleh tahan.

“Apa maksud encik ni.Saya tak faham.”Isya menginginkan perjelasan.

“Isya..Saya sukakan awak.Saya cintakan awak.Selama ni saya nafikan perasaan saya terhadap awak.Tapi hari ni saya dah tak boleh tahan lagi dengan perasaan saya ni.Saya tak sanggup tengok awak dengan orang lain.Please Isya awak tak boleh bertunang.”Luah Dika.Isya yang mendengar amatlah tersentuh tapi semuanya dah pun terlambat.

“Encik Dika kita bagai langit dan bumi..Jauh bezanya..lagipun encik dah terlambat..Saya dah pun bertunang.”Kata Isya.Ada nada sedih di balik kata-katanya tadi.Kenapa awak lambat..selama ni saya tunggu awak tapi awak langsung tak muncul..kenapa bila semuanya dah berakhir awak muncul semula..Bisik Isya dalam hati.

“Isya saya tahu awak pun cintakan sayakan…takkan awak nak kahwin dengan orang yang awak tak cinta langsung.”Dika mendesak Isya.Isya hanya berdiam diri.

“Isya please say something.”Pujuk Dika lagi.

“Kalau saya luahkan apa yang terbuku dihati saya ni pun dah tak guna..sebab semuanya dah terlambat.Saya dah pun jadi tunangan orang.”Luah Isya sambil berbalas pandangan dengan Dika.

Bahu Isya disentuh oleh Puan Kamisah.Isya memandang wajah tua itu.Puan Kamisah tersenyum.Isya tidak memahami mengapa emaknya tersenyum dengan keadaan yang sedang huru-hara ini.

“Isya sayang..Tak salah kalau Isya luahkan apa yang terpendam dalam hati Isya tu.”Kata Puan Kamisah lembut.
“Apa yang mak katakan ni..Tak salah mak katakan..Isya dah jadi tunang orang mak.”Isya cuba mengingatkan Puan Kamisah mengenai status dirinya yang baru itu.

“Yalah tak salah kalau Isya meluahkan perasaan Isya kepada bakal suami Isya sendiri iaitu tunang Isya,Dika Azhari.”Terang Puan Kamisah dengan senyuman yang cukup bahagia sekali.
“Hah!!” jerit Isya dan juga Dika bersama-sama.

Dika menikmati angin sempoi-sempoi bahasa di tepi pantai Cenang Langkawi.Sungguh damai rasanya diri ini.Beberapa pelawat pantai tersebut memandang Dika sambil berbisik-bisik.Dika dapat menangkap apa yang dibisikkan oleh mereka semua.’Bukan tu Dika Azhari ke pelakon dan juga model terkenal tu.’Dika hanya tersenyum manis kepada mereka semua.Sedang asyik menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa matanya ditutup dengan tangan yang cukup lembut sekali.

“Cuba teka Siapa?”Tanya si pemilik yang menutup mata Dika.Dika tersenyum.

“hmmmm..Ruby.”Jawab Dika.

“Bukan.”kata si pemilik tangan itu.

“Hah!! Tau dah..Suzykan.”Jawab Dika dengan Kuat sekali.Isya sangat geram mendengar jawapan dari Dika lalu terus menolak Dika sedikit.

“Siapa Suzy?”Tanya Isya marah.

“alah sayang abang..abang bergurau jelah tadi.Takkan tu pun nak marah.”Dika memujuk Isya.Isya menarik muncung tanda merajuk.

“Merajuklah tu..Tak apa kalau sayang merajuk abang cari yang lain..sini ramai awek yang cun-cun tau..Jangan menyesal sebab suami sayang ni hensem tau..ramai gadis-gadis kat luar sana tergila-gilakan abang.”Dika cuba memancing isterinya itu.Ya mereka berdua sudah pun berkahwin.Tidak disangka bahawa majlis tunang Isya itu rupanya majlis tunang antara Isya dan Dika.Selepas sebulan bertunang mereka berdua di ijab kabulkan.Semua ini adalah rancangan Dato Azhar.Dato Azhar merancang pertunangan antara Isya dan juga anaknya tanpa pengetahuan Dika mahupun Isya.

“Pergilah sana..Yalah dia tu pelakon dan juga model terkenal.Tambahan lagi dah jadi ahli perniagaan pula tu..Ramailah yang minat..Kita ni siapalah kan..Cuma PA je..PA clumsy pula tu.”Rajuk Isya lagi sambil memuncungkan bibirnya yang comel itu.Dika amat bahagia saat ini.

“Tapi sayang PA abang yang paling sweet sekali..sayang jangan buat bibir macam tu..Abang geram ni nanti abang cium sayang baru sayang tahu.”Dika sudah mendekatkan bibirnya ke arah Isya.Isya terkejut terus menghalang perbuatan Dika.
“Apa ni abang..Kita kat tempat awam tau…”

“Abang akan berhenti kalau sayang tak merajuk lagi.”Kata Dika sambil merenung Isya.Renungan yang nakal.

“Ok..Ok..sayang tak merajuk dah.Malulah orang tengok.”Isya tersenyum menandakan dia sudah tidak merajuk lalu lengan suaminya dipaut manja.

“Macam nilah Isteri abang..Kalau kita tak boleh cium kat tempat awam tapi still boleh kat dalam bilikkan.”Dika berkata dengan penuh nakal sambil mencuit hidung Isya.Isya faham dengan kata-kata Dika itu terus Isya mengeluarkan ketamnya.Dika terjerit-jerit bahagia dengan tindakan Isya.Lalu Dika terus bangun dari tempatnya lalu menjerit,”Noor Khalisya Qaisara..I love You forever!”Dika tersenyum puas sambil menatap Isya dengan penuh rasa sayang dan bahagia.Isya agak terkejut dengan tindakan Dika terus mengambil tangan Dika untuk menyuruh Dika duduk kembali.Muka Isya sudah kemerah-merahan menahan malu.
“Apa abang ni..Malulah orang dengar.”Bisik Isya di telinga Dika.

“Biarlah..Biar satu dunia tahu yang cinta abang pada Isya seluas di lautan ni dan biar semua orang tahu yang abang ni milik Isya seorang je.Tak ada yang kedua,ketiga dan keempat..Hanya Isya seorang sahaja di hati abang ini. Selepas bertemu dengan Isya, tiada lagu yang lebih indah abang dengar selain bersama Isya. Isya membuat dunia abang berubah dan bahagia 360 darjah! Semua terasa indah. Alhamdulillah….”Luah Dika dengan penuh romantik sekali.Isya yang mendengar tersenyum bahagia.Isya berbisik manja di telinga Dika,”Me too..Saya sayangkan abang sampai hujung nyawa sayang.Sayang berharap cinta kita berdua akan berkekalan sehingga syurga.”

Mereka amat bahagia.Semoga Kasih sayang mereka akan terus mekar.Terima kasih emak, ayah ,ibu,dan abah kerana menyatukan mereka berdua.Bercinta selepas nikah memang sangat manis dan pilihan keluarga memang tepat untuk kebahagian bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience