Rate

Bab 5

Romance Completed 6818

Sejak kejadian tempoh hari,Dika asyik terperap sahaja dirumah.Dika penat memikirkan masalah-masalah yang dihadapinya.Khairul sering kali berkunjung ke rumahnya memberikan nasihat tapi satu pun tak jalan.

“What’s wrong with you bro? “Khairul sudah buntu dengan peel kawannya seorang ni.

“Tak ada apa-apalah.”Jawab Dika pendek.

“Aku tahu kau benggangkan tentang Isya dengan Ruy bergaduh dekat set hari tu.”teka Khairul.

“Kau jangan sebut perkara tu lagi boleh tak.Serabut kepala aku ni dengar tau.”Dika sudah malas ingin mengulas kejadian tempoh hari.

“Ok..aku takkan sebut lagi hal tu..tapi kau janganlah buat peragai macam ni.Terperuk je kat dalam rumah.Kerja kau kat luar tu banyak tau.Kau nak ke hilang peminat gara-gara peragai ego kau ni.”Khairul memberikan nasihat.

“Aku Cuma perlukan rehat..aku nak tenangkan fikiran..so tolong bagi aku ruang.”Dika sudah pun pergi ke beranda rumahnya untuk mengambil udara segar.

“Kalau itu yang kau nak aku akan bagi kau cuti.Pasal hal PA kau nanti aku carikan yang baru.Kau tenangkanlah fikiran dulu.”Khairul sudah bangun untuk keluar dari rumah tersebut.Ada hal yang perlu diselesaikan.Terdengar panggilan Dika semasa Khairul ingin membuka pintu.

“Khai..Aku dah puas fikir..aku nak tolong abah aku..maksud aku, aku nak bekerja dengan abah aku..yalah aku satu-satunya anak dia dan suatu hari nanti aku yang akan mengambil ahli syarikat tu..jadi aku nak belajar selok-belok syarikat abah aku..lagipun aku tak nak sia-siakan ilmu yang aku belajar dulu.Apa pendapat kau?”Dika meminta pendapat Khairul.Khairul yang mendengar cadangan tersebut terus tidak jadi keluar.

“Baguslah tu.Aku setuju sangat dengan cadangan kau tu.”Khairul gembira mendengar kata-kata yang tidak disangka oleh Dika.Pasti Dato Azhar orang paling gembira mendengar berita ini.

“..tapi kerjaya hiburan kau pula macam mana..takkan kau nak bersara..tak melalak peminat kau tu?”Khairul bertanya kepada Dika mengenai kerjayanya sekarang.

“Aku akan go on juga..tapi aku akan limitkanlah.”Jawab Dika pendek.

“Good!!aku sokong 100% lah..Semoga kau success.”Khaiul memberikan kata-kata semangat kepada Dika.Dika tersenyum melihat rakannya yang terlebih teruja daripada dirinya itu.

Setelah beberapa hari mengumpulkan semangat akhirnya Dika memberanikan dirinya untuk menjejakkan kaki ke syarikat ayahnya,Dato Azhar.Sudah terlampau lama sangat dia tidak menjejakkan kaki di syarikat tersebut.Dika mengetuk pintu milik ayahnya.Terdengar panggilan masuk dari dalam.Dika dengan pelahan menolak daun pintu tersebut.

“Assalamualaikum Abah.”Tegur Dika sebaik masuk kedalam ruangan tersebut.Dato Azhar amat terkejut dengan kedatangan anaknya itu.

“Walaikumusalam Dika.Mari duduk dekat sini.”Dato Azhar mengajak Dika duduk di sofa yang disediakan.Dika dengan penuh hormat bersalaman dengan ayahnya.

“Apa mimpi Dika datang sini?”Dato Azhar memulakan bicara.

“Abah buat-buat tak tahu atau memang abah tak tahu..takkan Khai tak ada cerita apa-apa kat abah.”Dika bertanya pula kepada ayahnya.Khairul sebenarnya bukan sahaja kawan kepada Dika tapi Khairul merupakan sepupu kepada Dika.Apa-apa berita mengenai Dika harus Khairul menyampaikan pada Dato Azhar.

“Khai ada bagitahu abah pasal kamu nak kerja kat sini.Betul ke?”Dato Azhar sudah beriak gembira.Akhirnya anaknya ingin mengetahui selok-belok syarikatnya.Dika tersenyum sambil menganguk mengiakan kebenarannya.Akhirnya anak beranak ni berbincang mengenai perihal Dika yang akan bekerja dengan Dato Azhar.

Semasa perbincangan antara Dika dan Dato Azhar terdengar ketukan pintu.Dato Azhar terus melaungkan panggilan masuk.Si pemilik ketukan pintu tersebut terus masuk.

“Dato ni fail yang Dato inginkan.”Tegur seorang gadis.Dika amat mengenali pemilik suara itu terus berpaling untuk melihat gerangan pemilik suara itu.Amatlah terkejut dengan apa yang dilihatnya itu.

“Kau!”Hanya itu teguran yang dilontarkan kepada Dika.Isya amat terkejut dengan keberadaan Dika.
“Kau ni siapa sebenarnya?”Dika terus melontarkan soalan.Pandangan Dika penuh dengan kemarahan.Dato Azhar yang baru perasan dengan perubahan anaknya itu terus mendapatkan anaknya itu.

“Dika,Abah explainkan kat Dika.”Dato Azhar cuba menenangkan anaknya itu.

“No..Dika nak dengar dari mulut dia sendiri.”Nada Dika sudah naik.

“Maafkan saya Encik Dika.Saya hanya menurut arahan sahaja.Dato saya keluar dulu.”Isya terus berlalu pergi setelah menyerahkan fail kepada Dato Azhar.Dika ingin menghalang namun Dato Azhar lebih pantas menghalang Dika.

Dato Azhar menerangkan segala-galanya kepada Dika mengenai Isya dan kenapa Isya menjadi PA dia.Dika yang mendengar penjelasan ayahnya hanya berdiamkan diri.Hakikatnya dia masih tidak puas hati dengan Isya.Oleh itu,Dika telah menunggu Isya waktu Isya pulang dari kerja.Waktu Isya sedang berada di sebelah kenderaannya Dika telah menarik Isya untuk masuk kedalam keretanya.Isya amat terkejut.Isya cuba melepaskan diri namun apakan daya dengan tenaga wanita miliknya itu.Dika terus meluncurkan keretanya bersama-sama Isya.

“Apa yang Encik buat ni?”Tanya Isya.

“Kenapa kau buat semua ni.Sebab apa?”Dika terus melontarkan apa yang terbuku dihatinya.

“Saya rasa saya tak perlu terangkan pada encik lagi.Saya yakin Dato dah terangkan segala-galanya.”

“Tapi aku tak puas hati selagi tak dengar dari mulut kau sendiri.Sebab apa kau lakukan.Sebab duit!”teking Dika.Isya terkejut dengan tekingan itu.

“Saya lakukan sebab atas rasa prihatin terhadap Dato.Saya rasa kesian kat Dato..Yelah Dato sangatlah baik
orangnya..Berbudi pekerti tapi dapat anak yang peragainya macam ni..Panas baran..”Perli Isya.

“wah..mulut kau ni boleh tahan jugakan.Itu semua alas an kau jelah.Aku tahu perempuan murah macam kau ni Cuma nak duit je..kau sama macam PA-PA aku sebelum ni..hanya mengambil kesempatan sahaja..nak duit dan nak berdampingan dengan aku..Aku tahu semua tulah taktik kotor kau tu.”berang Dika apabila mendengar kenyataan Isya.Isya sudah panas hati mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Dika.

“Duit Encik Dika 1sen pun saya tak heran.Saya boleh bagi balik gaji yang encik bagi dekat saya tu..And one more thing..saya bukan macam PA encik yang lain..saya ikhlas ingin membantu Dato untuk mengembalikan anaknya ke pangkal jalan..Encik Dika boleh berhentikan saya kat sini.Makin lama saya dalam kereta encik ni makin saya rasa maruah saya dipijak-pijak.”Isya sudah tidak tahan lagi.Kalau lagi lama dia di dalam kereta ni pasti air matanya tumpah juga.Dika tersenyum sindir sambil menekan brek keretanya untuk menurunkan Isya.Isya turun dari kereta tersebut lalu menutup daun pintu kereta.Sebelum Dika berlalu Dika mengatakan sesuatu yang membuatkan hati Isya lagi sakit.

“Fine aku tunggu kau untuk bagi balik gaji yang aku bagi pada kau..dan aku tak nak lihat lagi muka kau..Aku nak kau berhenti kerja sebab aku tak lama lagi akan masuk ke office tu so aku dah tak nak tengok muka kau tu..Kau fahamkan maksud aku.”Isya tersentap.Dika terus melurukan keretanya tanpa memandang ke belakang lagi.Air mata Isya sudah tidak dapat dibendung lagi lalu tumpah juga.Sebak hatinya mengingati kata-kata pedas Dika terutama menyuruhnya berhenti kerja.Apa yang perlu dia lakukan sedangkan kerja itu merupakan sumber rezeki dia selama ini.

Dika termenung jauh sambil memandang skrin telefon pintarnya itu.Khairul yang sedang bercakap dihadapanya tidak diendahkan.Khairul yang perasan dengan perubahan Dika terus mengambil telefon pintar milik Dika.Terpapar gambar seorang gadis yang sedang sibuk membuat kerja.Gambar yang diambil Dika secara curi-curi.Dika yang tersentak terus merampas kembali telefonnya itu.

“Kalau rindu pergilah cari dia.”tegur Khairul.

“Mana ada aku rindu kat budak penipu tu.”Nafi Dika.

“Dah tu asal kau tenung je gambar Isya sampai apa yang aku cakap langsung kau tak dengar.”Khairul terus mengasak soalan kepada Dika.

“Cakap baik sikit..Aku nak padam gambar buruk ni..tadi aku check handphone aku lepas tu aku jumpa gambar buruk ni entah bila masa aku terambil gambar ni.So aku nak padam.”Terang Dika untuk menutup malunya.

“Oh..nak padam.Dika..Dika.”Khairul tersenyum sambil mengelengkan kepala.Bukan Khairul tidak tahu yang Dika mula menyukai Isya.Dari mereka kecil mereka berdua sudah rapat jadi apa yang ada dalam isi hati Dika Khairul dapat mengesannya.
“Tadi kau cakap apa?”Tanya Dika mengembalikan topik asal mereka.

“Ni aku ada senarai untuk PA baru kau.Siap resume sekali disertakan kau pilih je lepas tu kau bagitahu yang mana kau berkenan.”Terang Khairul sambil menghulurkan fail yang mempunyai senarai PA baru untuk Dika.

“Khai..Buat masa ni aku tak nak ambil PA dulu.Pasal jadual aku tu aku boleh uruskan sendiri.”Dika memberikan kata putus.
“Kau ok tak ni Dika?Kalau kau ada masalah kau share la dengan aku.kitakan sepupu..bukan setakat sepupu tapi kawan baik lagi tu.”Khairul bertanya mengenai keadaan Dika.

“Aku ok..aku tak ada apa-apa.”Jawab Dika pendek.Khairul hanya mengangguk tanda memahami.

“Ni aku nak tanya kau bila nak masuk office ..pak long dah tanya aku je tau.”Tanya Khairul.
“Tengoklah dulu..dalam waktu yang terdekat ni.”Jawab Dika pendek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience