Rate

Bab 4

Romance Completed 6818

Dika memulakan aktiviti hariannya seperti biasa walaupun pelbagai kata-kata yang menyakitkan terdengar di sekelilingnya namun Dika dapat mengawal segala-galanya.Malah kerja Dika semakin hari semakin meningkat mantapnya.Isya tersenyum kerana Dika serba sedikit mengambil nasihatnya tempoh hari.

“Bro..aku tengok lakonan kau makin mantaplah.Kes kau yang pasal kat kelab malam tu pun aku tengok dah settle dah.Apa rahsia kau ni?”Khairul menegur Dika.Khairul amat terkejut dengan perubahan yang Dika alami.Walaupun tidak ketara tapi nampak Dika lebih berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

“Mana ada bro..Sama je macam dulu lakonan aku ni.”Jawab Dika merendah diri.

“Heih..ke sebab Isya kau boleh berubah ni..Kan aku cakap Isya tu bukan calang-calang orang..Tengok aku tak salah cari oranglah.”Khairul bangga diri.

“kau ni ada-ada jela..kau tak payah nak bangga diri sangat..Si Isya tu bukan boleh buat kerja sangat..huru-hara aku tengok..aku suruh lain dia buat lain.”Dika cuba berselindung.

“yalah tu.”Sedang asyik mereka berdua berbual terlihat kelibat seorang wanita tinggi lampai.Pakaian dia jangan dikatakan lagi memang seksi habislah.Terbeliak semua mata yang memandang kalau boleh dikorek mata memang dah berterabur la nampaknya.

“Baby..Mana you menghilang.Lama tau I cari you.”Wanita itu terus menegur Dika sambil tangannya memeluk bahu Dika.Dika yang agak tidak selesa itu terus meleraikan pelukan tersebut.

“I busy sikit la..Banyak sangat shoot.”Jawab Dika pendek.

“I miss you so much baby.You tak rindu kat I ke?”Wanita itu cuba memancing lagi.

“hmmm..Ruby,you know we are just friend.Tak lebih dari tu.”Dika mengingatkan kembali status mereka berdua.
“But I love you.You know that.”Ruby terus memancing.Ruby takkan lepaskan Dika sebab bagi Ruby Dika adalah aset pentingnya untuk terus berjaya.

“I know that..tapi buat masa ni I rasa baik kita berkawan dulu.”Ruby sudah menarik muka.Kenapa dengan Dika ni semua umpan dia tidak mengena.

“hmmm..Ok kalau tu yang you nak.You malam ni kita keluar jom.Tempat biasa amacam.”Ruby mengajak Dika untuk pergi ke kelab malam lagi.

“Sorry Ruby.I can’t.”Tolak Dika lembut.
“But Why?”Ruby semakin pelik dengan Dika.Sebelum ni kalau di ajak untuk pergi ke kelab dia akan ok je.
“Perkara tu tak ada dalam jadual kerja I.”Terang Dika pendek.

“Alah you ni..rilex la..takkan you 24 jam nak kerja je.Ada masa kita kena juga enjoy and rest.”Pujuk Ruby.
“Betul tu..but I can’t..Now I akan mengikut segala aktiviti dan jadual yang diaturkan oleh PA I.”Kebetulan pula Isya berada disitu.Isya membuat muka blur nya tanda tak faham.Ruby mukanya sudah memerah menahan amarah dari tadi.

“Siapa boss dia ke you..Youkan..so kenapa you nak dengar apa yang dikatakan oleh perempuan kampung tu.You ada kuasa untuk buat apa yang you suka.”Teking Ruby.

“ Shut up Ruby!”Dika sudah mula hilang sabar.Ruby rasa sangat tercabar.Dia memandang Isya yang sedang sibuk melakukan kerjanya itu.Ruby sudah hilang sabar dia terus pergi ke tempat Isya berada lalu menarik hujung tudung yang dipakai Isya.Isya amat terkejut dengan tindakan Ruby.Dah ada aksi tarik-tarik tudung dan rambut pula.

“wei apa ni main tarik-tarik pula.”Isya separuh menjerit.Aku tak cari pasal dengan dia pun bisik Isya.

“Sebab kau Dika jadi macam tu.Kau ni siapa nak kawal-kawal dia pula.”Teking Ruby.Dika dan Khairul yang turut terkejut dengan tindakan drastik Ruby itu terus menghalang mereka berdua.

“Apa yang kau ni merepek hah.Perempuan.Dah Dika reject kau nak salahkan aku pula.Gila apa.”Isya sudah maki tanda had kesabarannya telah sampai ke tahapnya.

“kau panggil aku perempuan gila..Kau tu yang gila dasar perempuan kampung.”

“Kaulah yang gila..meroyan tak tentu pasal.Aku tak buat salah dengan dia , dia nak serang-serang aku.”Isya dah tak boleh tahan dia ingin berlalu dari situ.

“wah..tengok tu Dika.PA you punyalah kurang ajar.Agaknya mak bapak dia tak ajar dia erti budi bahasa agaknya.”kata Ruby mengejek.Isya yang mendengar sudah panas telinga dan hati.Isya sudah tidak boleh tahan kalau ibubapanya dilibatkan sekali.

“Jaga sikit mulut tu.Jangan nak melibatkan mak bapak kat dalam hal ni.Aku rasa kau tu yang patut di ajar dan cara paling baik untuk mengajar kau macam ni.”Isya terus mengambil sebotol air lalu dicurahnya ke Ruby.Terkejut semua yang memerhatikan dengan tindakan berani Isya.Dika yang memerhatikan dari tadi sudah hilang pertimbangan.

“Stop it Isya.”Dika menghentikan tindakan Isya.

“Encik Dika tak payah nak bela sangat perempuan macam ni la.”Isya masih tidak puas hati.Ruby sudah menyorok dibelakang Dika minta perlindungan la tu.Isya mencebik bibirnya.

“I say enough.Sekarang ni kita kat set.Tolong kawal kau punya marah tu.”Dika cuba menenangkan Isya.
“Oh..Saya seorang je yang salah, buah hati encik tu tak salah la ya..hmm..”

“aku cakap cukup.kau faham bahasa tak..macam ni ke cara kau buat kerja hah.Aku dah hilang sabar dengan kau.”Dika sudah meneking.

“Encik ingat encik seorang yang hilang sabar..saya lagi hilang sabar dengan peragai encik ni.Saya dah tak tahan kerja dengan encik.”Luah Isya.

“Fine kalau macam tu kau quit je.”

“Dika stop it.”Khairul cuba meredakan keadaan yang makin hangat.

“Fine..memang tu yang saya nak encik Dika.I’m quit!”utus Isya sambil berlalu pergi.Dia sudah tidak tahan lagi.Dika tergamam dengan apa yang didengarinya tadi.Ruby tersenyum bahagia.

“Dika apa yang kau buat ni..Isya tunggu dulu Isya.”Khairul mengejar Isya.Dika berasa sangat tertekan lalu dia meninggalkan set pengambaraan begitu sahaja.

Ketukan pintu menyebabkan Dato Azhar menghentikan kerjanya seketika lalu dia memberikan pamitan masuk.Pintu ditolak dari luar dan kelihatan Isya sedang berdiri dibalik pintu tersebut.
“Dato nak jumpa saya?”tanya Isya bila sudah berada dihadapan majikannya.

“Ya Isya.Silakan duduk.”Isya mengikut sahaja arahan Dato.

“Saya Cuma ingin bertanyakan..Awak pasti dengan keputusan awak untuk berhenti dari menjadi PA Dika?”Tanya Dato Azhar.Dia cukup terkejut apabila melihat Isya sedang membuat kerja di tempatnya pagi tadi.Isya menganguk tanda mengiakan.

“Betul Dato.Lagipun saya rasa kerja tu tak sesuai dengan saya.Saya nak kerja lama saya balik Dato.”Kata Isya dengan penuh beradab sekali.Dia tidak akan sekali bekerja dibawah Dika.Dia amat serik sekali.

“Kalau awak dah kata macam tu saya dah tak boleh nak paksa awak.”Dato Azhar sudah putus harapan.Isya berlalu pergi setelah perbincangan antara mereka berakhir.

“Welcome back Isya.”Tegur Lily sebaik Isya melabuhkan punggungnya di kerusi.

“I’m back.”Jawab Isya pendek bersama senyuman yang lembut.

“Kenapa awak berhenti jadi PA anak Dato tu.Kalau saya tugas tu takkan saya sia-siakan tau.Yalah dia tu dah la hensem pelakon dan model pula tu.”Lily sudah memulakan topik perbualan mereka.

“Awak rasa untung ke jadi PA dia?..awak tau tak hari-hari saya kene marah dengan dia..dahlah semua kerja saya yang kena buat.Penat tau.”Luah Isya.

“Tapi sekurang-kurangnya dapat juga menatap wajah dia yang hensem tu hari-hari.”Puji Lily.

“Ye ke hensem saya tengok biasa je.Kalau awak nak sangat tugas tu kenapa awak tak cakap kat Dato.”

“Masalahnya Dato tak offer kan pada saya.Alah awak cakap je dia tu macam tu tapi awak sukakan kat Dika.”tebak Lily.Muka Isya sudah mula bertukar warna kemerahan.

“Ma…mana ada.Dah la pergi buat kerja sana.”Nafi Isya.

“Alah suka cakap la suka Nampak tak muka dah memerah tu.”sakat Lily sebelum berlalu.Isya menilik mukanya di cermin setelah Lily mengatakan mukanya merah itu.Hakikatnya Isya tidak mengerti dengan perasaannya sendiri.
“betul ke aku suka dia….hmmmm..”Isya berbisik sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience