BAB 5

Fantasy Completed 9438

Aizad dan Nayli terkedu melihat Natasya mengacukan pistolnya ke arah mereka.

"Kau tak ada tempat untuk berlari lagi hahahaha!" kata Natasya sambil tergelak besar.

"Ada idea tak?" bisik Nayli kepada Aizad.

"Aku rasa aku ada" kata Aizad sambil menunjukkan batu kecil yang berada di tangannya.

Nayli teringat akan taktik Aizad ketika hendak mengalihkan perhatian Natasya.

Natasya perasan terdapat batu kecil di dalam genggaman aizad.

"Budak ni pasti mahu mengenakan aku lagi!' kata Natasya dalam hati.

Belum sempat terjadi apa-apa lagi, Natasya merampas batu kecil itu dari tangan Aizad.

"Oh, nak kenakan aku lagi eh?" kata Natasya sambil menolak kepala Aizad. entah kenapa Nayli berasa sangat marah dengan tindakan Natasya tersebut.

"Bawa lelaki itu ke kurungan manakala gadis itu ke makmal utama" arah Natasya kepada beberapa orang pembantunya.

"Eh apa ni? Lepaskan lah!!" ronta Nayli kerana dia berasa sakit apabila sayapnya itu direntap dengan kuat.

"Jangan buat macam itu pada dia!" kata Aizad sambil menyepak pembantu Natasya hingga terjatuh.

Sewaktu Aizad cuba menyepak pembantu yang lain, selaras peluru singgah tepat ke arah bestis Aizad.

"Aizad!!" jerit Nayli apabila melihat Aizad rebah jatuh ke atas muka bumi.

"Sapa suruh ganggu kerja aku! Padan muka hahahaha!" kata Natasya sambil meniup pstol kesayangannya itu.

Nayli berasa sangat marah terhadap tindakan natasya yang sangat kejam itu.

Tiba-tiba Nayli tidak dapat mengawal dirinya. Dia rasa sangat sakit di bahagian kepala.

"Adakah ini yang dikatakan oleh ayah?" kata Nayli dalam hati.

Dalam sekelip mata dia tidak mengingati apa-apa. Apa yang dia lihat adalah pembantu Natasya dan Natasya rebah di atas muka bumi dengan luka cakaran seperti terkena sayapnya.

Aizad terkedu apabila melihat Nayli bukan seperti yang dahulu.

Rambutnya menjadi hitam dan sangat panjang hingga mencecah betisnya tetapi diikat kemas.

Bajunya menjadi jubah berwarna putih dan terdapat tatu sayap di sebelah matanya.

"Dia sudah bertukar!" kata Natasya sambil terkedu melihat Nayli menjadi begitu.

"Panggil prof khai sekarang!!" jerit Natasya pada salah seorang pembantunya.

Malangnya, pembantu tersebut mati dilibas oleh sayap Nayli.

Prof khai yang memerhati gelagat mereka dari tadi terkedu melihat transformasi Nayli.

"Transformasinya sudah lengkap!" kata prof khai sambil memerhati Nayli dengan penuh teliti.

"Haih, tiba masanya untuk aku menonjolkan diri" kata prof khai sambil membetulkan kotnya dan keluar dari pintu bilik itu.

Aizad menegur Nayli dengan berhati-hati. dia takut dia pula menjadi mangsanya selepas ini.

"N..Na..Nayli?" tegur Aizad perlahan-lahan sambil memegang bahu Nayli.

"Tangan ini.. Seperti aku pernah rasai dulu.. Tapi siapa? Mengapa aku tidak boleh mengingatinya" kata Nayli dalam hati setelah merasai tangan Aizad memegang bahunya.

"Ini aku... Aizad.. Tak mungkin kau tak ingat?" kata Aizad. masih lagi memegang bahu Nayli.

"Aizad? Aku pernah dengar nama itu. Siapa dia? Adakah dia yang menolong aku dulu? Tapi mengapa aku tidak mahu memandangnya?"

Ronta lagi Nayli tapi hanya boleh didengari dalam hati.

"Wah wah wah... Sweetnya kamu semua..." kata prof khai sambil menepuk tanganya.

Aizad dan Nayli terkejut melihat prof khai menghampiri.

"Siapa...Kau?" tanya Nayli sambil melihat prof khai ari atas hingga bawah.

Pelik,tidak pernah pula dia menemui lelaki itu.

"Transformasi yang sangat hebat..." kata prof khai ambil memegang sayap Nayli dengan berhati-hati.

Nayli melibas sayapnya tepat pada muka prof khai.

"Wah kasarnya.. Tak baik kasar-kasar dengan tuan baru kamu..." kata prof khai sambil mengelap darah yang keluar dari pipinya.

Berhasil juga ubat yang diciptanya untuk menghilangkan reseptor sakit.

"Tuan...Baru?" kata Nayli kehairanan.

Nizad bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat? Mampukah dia menghalang semula itu? Soalan itu bermain di fikirannya.Dia sudah buntu. Dia tidak tahu mahu melakukan apa-apa lagi. Hanya berserah kepada takdir sahaja sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience