BAB 4

Fantasy Completed 9438

Manusia dilahirkan bersama persaan sedih, gembira, marah, takut dan berbagai-bagai lagi.

Manusia juga dikurnia satu perasaan yang susah untuk didapati.

Cinta.

Aizad meneliti kertas yang mempunyai percikan darah itu dengan penuh fokus.

"Hitachi Chemical?" Aizad seperti pernah dengar tempat tersebut.

"Dah dapat?" tanya Nayli yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"Buat terkejut aku je kau ni!" kata Aizad sambil mengurut dadanya.

Mujur jantungnya masih sihat.

"Hitachi chemical??? itu ke makmal ayah aku?" tanya Nayli sambil membelek kertas itu.

"Aku rasa ia semakin hampir. Tunggu, kau tidak pernah tahu nama makmal ayah kau ke?" tanya Aizad kehairanan.

Tak mungkin Nayli boleh tidak tahu nama makmal ayahnya.

"Memori aku semakin lama semakin pudar. Ia disebabkan sayap yang tidak guna i.." belum habis Nayli berkata ia teringat akan sesuatu.

8 tahun yang lepas

Nayli memerhati ayahnya lincah melakukan sesuatu eksperimen.

"Entah apa pula yang ayah akan lakukan lagi.." kata Nayli dalam hati.

"Nayli sayang.. Nayli teringin tak ada sayap?" tanya ayahnya iaitu prof sufian.

"Nak! Nanti Nayli boleh terbang!! Nayli nak bawa ayah ikut terbang sekali!" kata Nayli sambil buat aksi terbangnya.

"Nayli bakal dapat sayap ini" kata prof sufian sambil tersenyum.

"Betul ke ayah?! Wah seronoknya!!!" kata Nayli dengan teruja sekali.

"Tapi.." prof sufian dengan nada yang sedih.

"Tapi apa ayah?" tanya Nayli sambil memegang kedua-dua belah pipi prof sufian dengan tangan kecilnya itu.

"Sayap ini akan membesar apabila Nayli merasa takut, marah dan beremosi. Mungkin bila satu saat ia sangat besar Nayli akan bertransformasi menjadi seorang perempuan yang tidak mempunyai apa-apa memori dan mahu menghancurkan segalanya" terang prof sufian panjang lebar.

"Ayah ni banyak membebel lahhh. Nayli malas nak dengar" kata Nayli sambil menutup telinganya.

"Haihh, ikut suka hati kamu lah Nayli!" kata prof sufian sambil menggosok kepala anak kesayangannya itu.

Nayli tersentak apabila namanya dipanggil oleh Aizad.

"Nayli, ok tak ni?" tanya Aizad kehairanan melihat Nayli terkedu seketika.

"Aku sudah ingat di mana Hitachi Chemical tu.." kata Nayli yang masih dalam keadaan terkejut.

"Apa tunggu lagi? Jom lah!" kata Aizad sambil menarik tangan Nayli.

Mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana kehabisan duit. Akhirnya, mereka sampai juga ke Hitachi Chemical.

Sementara itu di dalam sebuah bilik kecil di Hitachi Chemical terdapat seorang ahli saintis sedang memerhati mereka.

"Masuk dalam perangkap" kata lelaki itu sambil tersenyum.

"Tuan panggil saya?" tanya Natasya kepada lelaki itu.

"Siap sedia sebab kau akan menjemput mereka" kata lelaki itu.

Masih lagi bersenyum.

Natasya tersenyum nakal melihat mereka sudah berada di pintu gerbang Hitachi Chemical.

Nayli berasa tidak sedap hati.

"Apa lagi tercegat? marilah!" kata Aizad dengan penuh teruja.

Dia tidak sabar untuk mentransformasikan Nayli kepada manusia biasa semula supaya dia boleh meluahkan perasaannya kepada Nayli.

"Baiklah" Nayli mengambil nafas dalam-dalam dan memijak tempat itu semula.

"Wah wah wah.. Tengok apa yang kita ada di sini!" kata Natasya sambil tersenyum nakal melihat mereka.

"Kau!" kata Aizad dalam nada terkejut.

"Jangan fikir aku dah mati lagi lah bodoh! Kau cuma hentak aku dengan batu sahaja bukan tembak kepala aku macam aku buat pada makcik Nayli!" kata-kata Natasya membuatkan Nayli teringat akan peristiwa yang berlaku semalam itu.

Nayli dan Aizad sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Natasya tersenyum nakal melihat mereka yang sudah masuk perangkap.

Adakah mereka akan hidup atau mati?

Hanya pistol Natasya yang menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience