BAB 1

Fantasy Completed 9438

Diherdik, dicerca, dibuli dengan pelbagai cara yang menyakitkan, Dilempar batu, tidak dihiraukan oleh siapa-siapa pun dan sering dijadikan mangsa buli.

Itulah kehidupan harian Aizad, seorang pelajar tingkatan lima yang tidak mempunyai apa-apa.

Di manakah keluargaku? dimanakah semua saudara mara ku? dimana perginya semua yang aku miliki dulu?

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran Aizad sehingga kini.

Aizad mengeluh panjang melihat meja yang didudukinya itu penuh dengan sampah dan kapur.

Dengan lemah longlai, Aizad mencari kain basah untuk dilap. Aizad mahu sahaja pindah dari sekolah itu tetapi sekolah itu sahaja yang memahaminya. Setelah selesai, Aizad mengambil begnya yang lusuh dan terkoyak sedikit itu dan berlalu pergi dari situ.

Aizad melalui lorong yang gelap dan sunyi itu untuk pulang ke rumahnya yang usang itu.

Aizad tidak suka melalui jalan yang sesak dengan orang ramai kerana ia sangat terseksa.

Ketika berjalan, dia terdengar tangisan.

"Tak mungkin hantu, sekarang kan siang" kata Aizad dalam hati.

Dia mencari suara itu dan mendapati bahawa itu adalah tangisan dari seorang gadis yang mempunyai sepasang sayap yang bersaiz sederhana besar.

Aizad cuba mendekati gadis tersebut tetapi takut dia akan menyerangnya.

Setelah beberapa minit, Aizad akhirnya mendekati gadis itu.

"Jangan apa-apakan aku, lepaskan aku!" jerit gadis itu setelah menyedari Aizad mendekatinya.

"Bertenang, aku tak akan apa-apakan kau" kata Aizad sambil menghulurkan tangannya.

Gadis itu menggenggam tangan Aizad dengan berhati-hati.

Akhirnya, gadis itu menerima bahwa Aizad bukannya jahat.

Aizad membawa gadis itu pulang ke rumahnya.Gadis itu kelihatan sedikit kekok."Siapakah nama kau?dimanakah kau asal?bagaimana terhasilnya sayap di belakang kau?"bertubi-tubi soalan diajukan oleh Aizad.

"Nama aku Nayli. Aku asal dari Kuala Lumpur. Sayap ini... dihasilkan oleh ayah aku.. Dia yang menciptanya semasa aku kecil. Dia seorang ahli saintis yang sangat terkenal. Suatu hari, ayah meninggal dunia dan tiada siapa dapat selamatkan aku dari ahli-ahli saintis yang kejam itu. Tolonglah jadikan aku manusia biasa semula. Aku tidak sanggup hidup begini!"

Aizad terkedu mendengar penjelasan Nayli yang sangat panjang lebar.

"B..b...bagaimana aku bantu kau? Aku tak mempunyai apa-apa!" terang Aizad setelah sedar akan kehidupannya yang sangat pudar dan mungkin akan lesap tidak lama lagi.

"Bawa aku ke makmal ayahku dan aku akan ajar kau cara menggunakannya" terang Nayli dengan penuh yakin yang dia dapat mengajar Aizad menggunakan peralatan di dalam makmal ayahnya.

"Ta....tapi..." Aizad tidak pasti dengan cadangan itu.

"Tolong... aku memohon sangat-sangat kau bantu aku. Aku janji aku akan tunaikan hajat kau." kata Nayli dalam ketakutan.

"B...baiklah... Aku akan buat.." kata Aizad tergagap-gagap.

"Oh, terima kasih!" Nayli bersyukur kerana dia dapat menjadi gadis biasa semula.

"Tapi kita bermalam dulu di rumah aku boleh? Hari sudah gelap. Kita teruskan perjalanan esok." terang Aizad kerana takut akan kegelapan.

"Baiklah" kata Nayli.

Aizad mengemas katilnya yang sudah lama digunakan sebagai tempat untuk Nayli bermalam.

"Terima kasih" kata Nayli sambil tersenyum sebelum melelapkan matanya.

"Cantiknya dia apabila tidur" kata Aizad dalam hati sambil memerhati Nayli tidur dengan lena..

Sayapnya masih lagi putih berseri walaupun duduk di tempat yang kotor. Aizad berfikir apakah yang bakal terjadi pada kehidupannya selepas ini. Adakah ia menyeronokkan atau mengerikan? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aizad terus melelapkan mata dan menanti hari esok yang bakal mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience