BAB 3

Fantasy Completed 9438

Aizad memandang pemandangan di luar tingkap bas dengan penuh tenang.

Betapa cantiknya pemandangan yang dihasilkan oleh Sang Pencipta.

Tapi mengapa mereka si manusia musnahkan?

Semakin lama semakin berkurangan pemandangan hijau yang indah dan menenangkan. Apa yang tinggal hanyalah pemandangan konkrit yang semakin membangun. Manusia semakin lalai dan inginkan keuntungan sahaja.

Aizad mengeluh panjang apabila terkenangkannya.

Aizad melihat Nayli yang sudah tertidur di sebelahnya.

"Mungkin dia masih mengantuk" kata Aizad dalam hati.

Aizad tidak mahu menganggu Nayli dan kembali memandang ke arah tingkap semula dan memandang pemandangan yang tidak seberapa itu.

Mata yang memerhati mereka itu mencapai telefonnya dan membuat panggilan.

"Dia dijumpai tuan" kata wanita itu kepada orang yang ditelefonnya.

"Bagus. Terus jejaki dia. Jangan sampai hilang. Semoga berjaya" kata orang di telefon tersebut.

"Baiklah tuan. Terima kasih tuan" kata wanita itu dan menutup telefonnya.

"Senangnya cari kau wahai sayap" kata wanita itu sambil tersenyum.

Setelah beberapa jam berada di dalam bas ekspres itu, mereka akhirnya sampai di Kuala Lumpur.

Aizad mengejutkan Nayli yang masih lagi tertidur.

"Kita sudah sampai?" tanya Nayli sambil menggosok matanya.

"Ya, kita sudah sampai" kata Aizad sambil tersenyum.

"Akhirnya!"kata Nayli sambil tersenyum.

"Seronok?" tanya Aizad sambil tersenyum.

"Mestilah, tinggal sedikit langkah lagi dan aku bakal menjadi manusia biasa semula!" kata Nayli seperti mahu sahaja menjerit kegembiraan.

Mereka segera turun dari bas tersebut dan mengambil teksi untuk pergi ke rumah makcik Nayli. Tujuan mereka ke sana adalah untuk mendapatkan alamat makmal ayahnya.

Wanita tersebut menelefon "tuan" itu semula.

"Tuan mereka mengambil dan pergi laju jauh dari sini" kata wanita itu dengan nada sedih.

"Jangan risau. Mereka tak akan jauh dari sini" kata "tuan" itu.

"Jejaki mereka dengan menggunakan alat pengesan. Kamu tidak lupa meletakkannya bukan?" kata "tuan" tersebut lagi sekali.

"Sudah... Saya sudah meletakkannya" kata wanita itu tergagap-gagap kerana dia terlupa hendak meletakkannya.

"Saya harapkan awak. 1 juta dollar milik awak." kata "tuan" itu dan terus mematikan telefonnya.

"Cis, tak guna betul mereka ni!" kata wanita itu dengan nada yang marah.

Dia ternampak seorang pemandu teksi yang sedang berehat sambil membaca surat khabar. Wanita itu tersenyum.

"Ini masanya aku gunakan kemahiran aku" kata wanita itu dalam hati.

Dengan satu nyanyian pemandu tersebut terus ke arah teksinya dan menghidupkan enjin. Wanita itu terus memasuki teksi tersebut.

"Nak ke mana cik?" kata pemandu itu sambil tersenyum.

"Kejar teksi itu" kata wanita itu sambil menunjukkan teksi yang diduki oleh Aizad dan Nayli.

"Baiklah cik.." ,

"Natasya. Nama saya Natasya" kata wanita itu tersenyum bangga.

"Baiklah cik Natasya" kata pemandu teksi itu dan terus memandu dengan laju.

Nayli berasa tidak sedap hati sepanjangan perjalanan ke rumah makciknya.

Adakah berasa lapar? tak mungkin.. Baru sahaja bersarapan dengan Aizad tak mungkin lapar.

"Kenapa ni?" tanya Aizad kepada Nayli.

"Err...tak ada apa-apa lah" jawab Nayli teragak-agak.

"Pelik..." kata Aizad dalam hati.

Akhirnya mereka sampai ke rumah makcik Nayli, Arisa. Nayli menekan loceng rumah Arisa.

"Nayli?" tanya Arisa apabila die memerhati Nayli dengan berhati-hati.

"Ye, ni Nayli makcik!" kata Nayli dengan penuh gembira.

"Ya Allah rindunya makcik kepada kamu!!!" kata Arisa sambil memeluk Nayli.

"Sayap kamu... ia masih hidup?" tanya Arisa apabila melihat sayap Nayli semakin membesar.

"Nayli tidak boleh mengawalnya... Nayli takut....." kata Nayli dalam nada ketakutan.

"Mari masuk dalam. Sini tidak selamat untuk berbincang" kata Arisa sambil pelawa Nayli dan Aizad ke dalam rumahnya.

Natasya memerhati mereka dari jauh.

"Sekarang aku tahu kau berada di mana. Kau tunggu Nayli... Sayap tu milik aku dan kau akan mati" kata Natasya sambil memegang pistolnya.

"Siapa ni?" tanya Arisa kepada Nayli.

"Nama dia Aizad. Dia yang akan tolong Nayli untuk jadi manusia biasa semula" kata Nayli.

"Betul mahu jadi manusia biasa semula?" tanya Arisa kepada Nayli.

"Ye, Nayli mahu jadi manusia biasa semula. Nayli tak sanggup kena kejar lagi" jawab Nayli dengan penuh yakin.

"Baiklah kalau macam tu makcik bagi kamu alamat makmal ayah kamu" jawab Arisa sambil pejam.

Belum sempat Arisa menyalin sehingga habis, selaras peluru singgah tepat pada kepala Arisa. Nayli dan Aizad terkedu dengan apa yang terjadi. Mereka tidak menyangkakan bahawa itu akan terjadi.

"Mari pergi dari sini cepat. Dia dah kesan kau!" kata Aizad sambil menarik tangan Nayli yang masih terkedu itu.

Dia sempat mengambil kertas yang ditulis oleh Arisa. Walaupun masih lagi tidak lengkap tapi dia masih mendapat sedikit maklumat. Maafkan kami makcik. Harap makcik rehat dengan tenang.

Natasya sudah bersiap sedia di hadapan rumah dengan pistolnya di tangan. Aizad dan Nayli terhenti di hadapan pintu selepas melihat Natasya.

"Korang nak lari ke mana hah? Korang dah tak ada tempat untuk lari lagi.. Sekarang bagi aku Nayli!" kata Natasya dengan tegas sekali.

"Siapa kau?!" tanya Nayli dengan nada emosi.

"Oh budak alice in the wonderland nak tahu siapa aku.. Baiklah.. Nama aku Natasya. Aku pakar dalam bunyi. Ramai mengatakan suaraku bagaikan dari syurga. Aku diupah oleh seseorang untuk mendapatkan kau." terang Natasya dengan penuh bangga.

Dia tidak boleh melupakan saat dia tahu keistimewaannya yang tidak ada pada orang lain.

"Aku tak akan pergi ke arah kau!" jawab Nayli.

"Baiklah. Kalau begitu.." Natasya membuka headphone yang dipakainya dan mula menjerit.

Jeritannya yang sangat bingit itu membuatkan sayap Nayli terbukak. Terserlah kesucian sayap tersebut dengan cantik sekali.

"Sayap itu..." Aizad terpegun melihatnya.

"Haha nampaknya gadis kecil kita sudah mengeluarkan sayapnya" Natasya terus berhenti menjerit dan menghalakan pistol ke arah kepala Nayli.

Nayli tersedar yang dia sudah berada di sebelahnya. Sungguh hebat sekali kemahirannya.

Aizad mencari jalan untuk mengalihkan perhatian Natasya. Dia mengambil batu yang boleh tahan besarnya dan mencampak ke arah kepala Natasya.

"Aduh!!" Natasya terduduk di situ sambil memegang kepalanya sudah mengalir darah.

Aizad dan Nayli segera lari mengikuti pintu belakang. Syukur ada teksi lalu masa itu. Mereka menaiki teksi tersebut dan pergi jauh dari situ.

Di dalam teksi, Nayli menangis teresak-esak.

"Tabahkan diri kau Nayli" kata Aizad sambil menenangkan Nayli.

"Aku takut..." kata Nayli dan terus memeluk Aizad.

Aizad terkejut dan cuba memeluknya dengan perlahan-lahan.

"Jangan takut. Selagi aku masih hidup aku akan lindungi kau" kata Aizad dalam nada yang yakin.

Sudah lama Aizad tidak merasa pelukan yang hangat dari seseorang. Kali terakhir die dipeluk adalah sewaktu dia mendapat keputusan cemerlang akhir tahun dan dia dipeluk oleh ibunya. Dia sangat merindui saat itu.

Aizad dan Nayli berehat di dalam teksi itu selepas mendapat kebenaran oleh pemandu teksi tersebut.

"Terima kasih kerana sanggup melindungi aku" kata Nayli sambil tersenyum ke arah Aizad.

"Aku janji aku tak akan biarkan siapa-siapa mencedarakan kau selagi aku masih ada" kata Aizad sambil memeluk Nayli.

Nayli tersenyum gembira apabila dia mendengar kata-kata itu. Dia merasakan suatu perasaan yang timbul di dalam hatinya.

Adakah itu dinamakan cinta?

Hanya Sang Pencipta sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience