BAB 7

Fantasy Completed 9438

Natasya dengan selamba membuka pintu kurungan seluas-luasnya. Aizad dan ibu bapanya hanya mampu ternganga.

"Dengar aku cuma tak suka dengan sikap dia yang makin melampau tu jadi tak salah bukan aku tolong kau semua?" kata Natasya sambil berpeluk tubuh.

Aizad hanya mampu tersenyum kerana Natasya sanggup membantunya.

"Tunggu ape lagi?Jom selamatkan Nayli!" kata ayah Aizad sambil tersenyum.

"Jom!" kata Aizad sambil tersenyum.

"Kau tunggu Nayli. Aku akan bantu kau dan aku janji aku akan jaga kau selama-lamanya"kata Aizad dalam hati.Mereka semua berlari keluar ke arah makmal utama dengan tergesa-gesa.

Sementara itu di makmal utama Nayli sedang diikat di atas tempat yang disediakan. Dia hanya nampak pelbagai jenis cecair berada di dalam bikar di sekelilingnya. Pandangannya terhenti apabila die ternampak gambar dia dan ayahnya semasa dia kecil dan tidak mempunyai sayap. Tanpa disangka Nayli menitiskan air matanya.

"Aww, si sayapku menangis... Jangan risau selepas ini kau akan bersama ayah kau sebentar lagi selepas aku mendapatkan sayap itu" kata prof khai sambil menguruskan pelbagai jenis kawalan yang berada di atas meja berdekatan dengan Nayli.

"Kau nak buat apa pada aku?!" kata Nayli sambil meronta-ronta namun ikatan itu terlampau kuat sehingga dia tidak mampu untuk bergerak.

"Senang sahaja. Aku akan mengaktifkan mesin ini untuk memisahkan kau dengan sayap itu.." kata prof khai sambil mengetuk mesin yang boleh tahan besarnya itu.

Nayli tersenyum "tercapai juga cita-cita aku" katanya dengan tersenyum sambil menjeling ke arah prof khai.

"Tetapi...." kata prof khai lagi.

"Tetapi apa?" tanya Nayli.

"Kau akan menyertai ayah kau kerana aku akan pastikan yang kau akan mati selepas sayap kau terpisah dari badan kau hahahaha!!" kata prof khai sambil mengacukan pistol ke arah kepala Nayli. Nayli ketakutkan.

Aizad, Natasya dan ibu bapanya perlahan-lahan bergerak ke dalam makmal utama tersebut. Aizad terkejut melihat prof khai sedang mengacukan pistol ke arah kepala Nayli. Aizad berasa geram dan terus bergerak ke arah prof khai tetapi dihalang oleh ayahnya. Ayahnya menggeleng kepala menandakan bahawa ia bukan masa yang sesuai lagi. Aizad kembali tenang dan melihat dengan perasaan yang sangat marah. Natasya hanya melihatnya di sebelah dengan rasa penuh serba salah.

"Oh kasihannya si sayapku ketakutan.. Tapi jangan risau... kau akan jadi manusia normal kembali tetapi akan terus berjumpa dengan ayah kau hahahaha!!!" kata prof khai sambil menekan menekan butang merah yang ade pada mesin tersebut. mesin itu terus berfungsi dengan laju.

Nayli terasa sangat sakit kerana sayapnya itu seperti menarik tubuhnya sekali. Aizad sudah tidak tahan lagi. Dia mengambil bikar yang kosong dan terus mencampak tepat ke arah kepala prof khai. Ibu bapanya dan Natasya terkejut melihat tindakan Aizad yang terburu-buru itu.

"Arghh, siapa yang membaling ini?!" kata prof khai sambil memegang kepalanya yang berdarah.

"Aku" kata Aizad dengan berani.

Kini dia sudah tidak takut lagi. Dia tidak kira apa yang akan jadi. Dia hanya memikirkan Nayli sahaja. Dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan Nayli. Dia tidak mampu menandingi perasaan itu. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapat bersama Nayli semula.

"Oh,kau sudah berani ya?" kata prof khai sambil tersenyum.

"Aku berjanji kau akan mati!" jerit Aizad dan terus berlari ke arah prof khai sambil menunjukkan buku limanya.

Prof khai dengan tenang menghalang tumbukan itu sambil tersenyum.

"Kenapa kau bersusah payah nak tolong dia sedangkan dia tidak ingatkan kau?" kata prof khai sambil sengaja menekan butang yang menambahkan kuasa tersebut.

"arghhh!" jerit Nayli kerana berasa sangat sakit di bahagian belakangnya.

"Upss tersengaja hahahahaha!" kata prof khai sambil menendang kaki Aizad hingga terjatuh.

Ibu bapa Aizad dan Natasya hanya mampu berdiam diri di sebalik kabinet yang berisi berbagai jenis bikar.

"Buat apa kau bersusah payah nak tolong dia hah?! Dia tiada makna pun untuk kau!" kata prof khai sambil menendang perut Aizad.

"Ugh.. Sebab.. Aku.. Suka kat dia!" kata Aizad sambil mencengkam kaki prof khai hingga dia terjatuh.Nayli terkejut apabila mendengar kata-kata Aizad.

Tiba-tiba kepalanya berasa sangat sakit. Dia seperti mengingati sesuatu. Dia memejamkan matanya begitu lama dan dia melihat segala memori dari kali pertama dia bertemu Aizad hingga dia bertukar.

"Ai....Zad..." kata Nayli perlahan-lahan. Dia sudah tidak merasa sakit lagi. Lagi sakit apabila dia melihat Aizad dipukul teruk oleh prof khai. Dia hanya mampu menangis melihat Aizad dibuat sebegitu.

Aizad rebah ke atas lantai dengan mukanya yang penuh dengan darah dan lebam.

"Kau fikir kau hebat sangat ke? Aku ni saintis yang paling terkenal di dunia ni kau tahu tidak?! Aku dah jumpa pelbagai jenis spesies yang pelik dan aku jadi semakin berkuasa hahahaha! Dan kau akan mati di tangan aku budak kecil. Selamat tinggal hahaha!" kata prof khai sambil mengacukan pistol ke arah kepala Aizad.

Tiba-tiba selaras peluru singgah ke arah badan prof khai.

"Arghhhh!!!" jerit prof khai ketika peluru itu memasuki badannya.

"Aku dah hilang sabar dengan kau huh" kata Natasya sambil meniup pistol kesayangannya itu.

Natasya menarik tangan Aizad untuk mebuat dia berdiri.

"Terima kasih" ucap Aizad.

"Tak ada hal lah. Aku dah lama geram dengan dia" kata Natasya sambil memerhati prof khai terbaring di hadapannya sambil memegang perutnya yang banyak mengeluarkan darah itu.

"Peluru itu khas untuk kau. Ada sedikit habuan di dalamnya" kata Natasya sambil tersenyum ke arah prof khai.

"Ugh..Ugh..Ta...Tak guna kau!" kata prof khai sambil terbatuk-batuk. Aizad terus berlari ke arah Nayli selepas dia mendengar mesin itu berhenti beroperasi.

"Nayli? Bangun Nayli..Ni aku..Aizad.." kata Aizad sambil membuka ikatan yang mengikat Nayli.

Nayli terus memeluk Aizad sambil menangis. Aizad terkejut melihat tindakan Nayli dan perlahan-lahan memeluknya juga.

"Terima kasih" kata Nayli sambil menutup mata dan senyum.

"Apa yang penting kau dah capai cita-cita kau" kata Aizad sambil tersenyum.

"Ia berjaya ke?" tanya Nayli dengan teruja.

Aizad mengangguk.

"Aku dah jadi manusia biasa yeahh!!!!" kata Nayli sambil terlompat keriangan.

Aizad, Natasya dan ibu bapa Aizad tersenyum melihat Nayli sungguh gembira.

Beberapa kenderaan polis datang dan menangkap prof khai dan Natasya. Aizad, Nayli dan ibu bapa Aizad memerhati mereka.

"Kau akan selamat.." kata Aizad sambil menepuk bahu Natasya.

"Kau sudah lupa? Aku ni pakar dalam bunyi. Aku boleh lepas dari penjara ini dengan senang sahaja." kata Natasya sambil tersenyum nakal.

Aizad dan Nayli hanya mampu ketawa sahaja.Ibu bapa Aizad hanya tersenyum melihat mereka bertiga. Natasya hanya tersenyum Dan berlalu pergi memasuki kereta polis tersebut. prof khai juga dipaksa masuk ke dalam kereta polis. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin "habuan" di dalam peluru itu yang membuatkan dia terdiam.

"Jadi... Betul ke yang kau suke aku?" tanya Nayli malu-malu.Muka Aizad terus merah padam.

"K...Kalau betul?" tanya Aizad terketar-ketar.

"A...Aku pun suka kau.." kata Nayli terispu-sipu malu.

Muka Aizad terus merah padam.

"Wah anak ibu dilamun cinta" kata ibu Aizad sambil mendekati mereka.

"Ibu!" kata Aizad dan terus memeluk ibunya.

Sudah lama dia tidak memeluk tubuh wanita itu.

"Ibu rindu Aizad... Maafkan ibu" kata ibu Aizad sambil mengusap rambut anaknya.

Agaknya apalah yang terjadi pada anaknya itu selama beberapa tahun ini.

"Aizad pun rindu ibu" kata Aizad sambil memeluk erat ibunya.

Aizad pergi ke arah ayahnya dan senyum ke arah ayahnya.

"Ayah bangga dengan kamu" kata ayah Aizad sambil menepuk bahu anaknya itu.

Aizad hanya mampu tersenyum.

"Nampaknya anak bujang ayah ni bakal kahwin ehh?" kata ayah Aizad sambil menggosok kepala anaknya itu.

Nayli dan ibunya hanya mampu tergelak melihat telatah mereka.

Setahun kemudian....

Aizad merenung ke luar jendela. Dia merenung melihat bangunan konkrit yang kebanyakkannya masih di dalam pembinaan. Dia mengeluh dan terus menutup jendela itu.

Nayli di belakang menyapa "Kenapa?" sapa Nayli.

"Tiada apa-apa" kata Aizad sambil tersenyum.

"Suka sangat berahsia lah die ni" kata Nayli sambil memuncungkan mulutnya.

"Ala janganlah merajuk... Nanti baby dalam perut tu merajuk jugak.." pujuk Aizad sambil memegang kedua-dua bahu Nayli dari belakang.

Nayli tersenyum dan berkata "Baiklah, saya tak merajuk..".

"Hah kan Bagus kalau macam gitu..." kata Aizad sambil mencubit manja pipi isterinya itu.

"Terima kasih atas segalanya sayang dan temanilah saya di sepanjang hayat ini dan saya janji akan setia menemani awak." kata Nayli sambil tersenyum.

"Sama-sama. Eh, jomlah bersiap. Nanti nak makan malam dengan mak dan ayah" kata Aizad sambil melirik ke arah jam.

"Ok jom"

Begitulah kisah pengembaraan Aizad. Apa juga terjadi di masa lalu tidak mungkin sirna dari dirinya juga ingatannya, ia tetap akan dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan. Cuma kisah itusudah ditutup dan dia kini sedang membuka lembaran demi lembaran baru dalam hidupnya untuk penggembaraan yang lebih bermakna bersama insan-insan yang dicintainya.

Kisah yang lama sudah ditutup dan kisah baru sudah dibuka. Semoga kisah baru ini akan berkekalan bahagia selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience