BAB 6

Fantasy Completed 9438

"Ye aku tuan baru kau" kata prof khai dengan penuh bangga.

"Aku tak percaya dengan kata-kata kau. Aku tahu kau salah seorang ahli saintis yang cuba mengambil sayap aku!" kata Nayli sambil menjauhi prof khai.

Aizad hanya mampu terdiam dengan apa yang terjadi.

Apa yang harus dia lakukan sekarang?

Dia sudah buntu.

"Haih kau ingat pasal benda tu?" kata prof khai sambil membetulkan jam tangannya.

Tiba-tiba Aizad menjerit kesakitan kerana peluru yang berada betisnya itu seperti menyengat.

"Hey budak, awak tidak apa-apa?" kata Nayli sambil berjalan ke arah Aizad.

"Kau tidak ingat aku ke?" soalan Aizad membuatkan Nayli terkedu.

"M... maafkan aku.. aku tidak ingat kau.. kalau kau yang pernah selamatkan aku, terima kasih dan maaf" kata Nayli sambil memusing kembali ke arah prof khai.

Dia hilang!

Nayli mencari dimanakah hilangnya lelaki yang memburunya selama ini.

"Aku telah lama bersabar dengan kau. Kau fikir kalau kau tidak mahu mengikut aku, aku akan lepaskan kau begitu sahaja? Kau silap." kata prof khai yang tiba-tiba sahaja berada disebelahnya.

Nayli terkejut kerana dia tidak bisa mengerakkan badannya.

"kau kena ingat aku adalah prof manakala kau hanya bahan ujikaji sahaja. Aku mesti tahu kelemahan kau! hahaha!" kata prof khai sambil menunjukkan picagari yang digunakan untuk membekukan seseorang.

"Hey kau, bawa sayap ini ke dalam makmal dan lelaki ini ke dalam kurungan!" kata prof khai kepada natasya dan pembantu natasya.

"Kau dengar tu, dia mengarahkan kau!" kata Natasya dengan lagak sombongnya.

"Bodoh punye manusia. Aku mengarahkan kau jugak lah!" kata prof khai sambil menolak kepala Natasya.

"Kau dengan kuli-kuli ni lebih kurang sahaja!" Kata prof khai sambil menolak Natasya sehingga jatuh ke tanah.

Natasya terkedu kerana dia tidak sangka prof khai akan melakukan begitu kepadanya.

Aizad dibawa ke sebuah kurungan yang meletakkan beberapa orang yang menjadi bahan uji kaji. Alangkah terkejut bahawa orang yang ditemuinya itu adalah keluarganya yang telah lama menghilang.

"A..ayah? I...ibu?" tanya Aizad terketar-ketar sambil mendekati mereka.

"Aizad? Kamu ke tu?" kata wanita yang berambut pendek keperangan itu.

"Ye... Ni Aizad ibu..." kata Aizad sambil menangis.

"Oh Aizad, ibu rindu sangat pada kamu!!" kata wanita itu dan terus memeluk Aizad dengan erat.

"Aizad, bagaimana kau boleh datang ke sini?" soal lelaki yang berada di sebelah ibunya iaitu ayah kandungnya.

"Panjang ceritanya tapi Aizad nak tahu kenapa Aizad ditinggalkan seorang diri? Kenapa?" soalan Aizad membuat mereka terdiam.

"Aizad... Percaya tak kalau ibu dan ayah mempunyai kuasa Sixth Sense?" soal ibu Aizad.

"I...Ibu dan ayah.... Salah satu dari mereka ke?" soal Aizad terketar-ketar.

Ibu Aizad mengangguk sambil mengesat airmatanya.

"Betul tu Aizad. Kamu pun mempunyai salah satu dari kuasa itu cuma kamu belum mengeluarkannya."

Aizad terkejut mendengar ayahnya kata begitu.

"Kami berdua ditangkap dan menjadi salah satu bahan uji kaji prof khai.

Dia ialah salah seorang saintis yang sangat tamakkan harta. Dia mahu dia orang pertama yang menjumpai dan selagi dia tidak kecapi dia tidak akan berputus asa." terang ibu Aizad panjang lebar.

"Jadi Nayli dalam bahaya!" kata-kata Aizad membuat ibu dan ayahnya terkejut.

"Adakah Nayli yang Aizad sebutkan ini Nayli yang mempunyai sayap?" tanya ayah Aizad dengan tegas.

"Y...Ya.." jawab Aizad terketar-ketar kerana takut dengan ketegasan ayahnya itu.

"Kita harus selamatkan dia!" kata ibu Aizad.

"Tapi dia tidak ingat Aizad" jawab Aizad sambil menundukkan kepalanya.

"Percayalah... Ibu akan memulihkan ingatannya semula" kata ibu Aizad sambil tersenyum.

"Tetapi bagaimana kita hendak keluar dari sini?" soal ayah Aizad.

"Aku boleh tolong" jawab Natasya yang entah muncul dari mana.

"Natasya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience