BAB 2

Fantasy Completed 9438

Pagi yang tenang dan matahari mulai menyinari bumi.

Setengah orang hanya duduk di rumah dan tidur manakala setengah manusia pergi mencari rezeki di dunia yang makin membangun ini.

Aizad memandang pemandangan di pagi hari melalui tingkap rumahnya. Betapa indahnya pemandangan yang dicipta oleh Sang Pencipta. Dia berharap dia dapat melihat ini untuk selama-lamnya tetapi kehidupannya bakal berubah kerana dia akan memulakan perjalanan untuk membantu Nayli menjadi manusia biasa semula.

Aizad memandang ke arah Nayli yang masih tidur nyenyak lagi. Dia mahu mengejutnya tetapi dia tidak berani kerana pasti dia masih penat.

Aizad teringat akan pesanan ibunya dahulu ketika dia masih ada di hadapan mata Aizad.

"Beranikan diri melakukan sesuatu perkara kerana setiap perbuatan pasti ada kebaikan dan keburukannya"

Lamunan Aizad terhenti apabila menyedari bahawa Nayli sudah bangun dari tidurnya.

"Selamat pagi" kata Aizad sambil tersenyum.

"Selamat pagi juga" jawab Nayli dan membalas senyuman Aizad itu.

"Lebih baik kau mandi dahulu. Aku mahu mencuci lukaku terlebih dahulu" kata Nayli teragak-agak.

"Baiklah, aku mandi dahulu. Kalau ada apa-apa jerit sahaja" kata Aizad dan terus ke arah bilik airnya yang sangat kecil itu.

Mungkin Nayli tak dapat masuk dengan sayapnya yang bersaiz sederhana besar itu.

Setelah Aizad selesai mandi dan Nayli selesai mencuci lukanya, mereka mengambil sarapan.

"maaflah aku cuma ada roti dan kaya. Ini sahaja yang aku mampu beli untuk berjimat" jawab Aizad dalam nada yang sedih.

Nayli bersimpati atas apa yang jadi pada Aizad.

"Aku tak kesah pun asalkan ia boleh dimakan" jawab Nayli sambil tersenyum.

"Ya Allah cantiknya dia bila tersenyum. Entah perasaan apa yang ada di dalam hatiku ini" kata Aizad dalam hati.

Mereka mengambil sarapan yang tidak seberapa itu dan segera bersiap-siap untuk meninggalkan tempat itu.

"Kau pasti mahu meninggalkan rumah kau?" tanya Nayli kepada Aizad.

"Kau mungkin tak akan kembali ke sini lagi".

"Aku tahu itu... dan aku sudah bersedia... aku juga mahu mencari keluargaku" jawab Aizad dengan penuh yakin.

"kalau begitu, mari pergi" kata Nayli.

Aizad melihat rumah itu buat kali terakhir. Dia tekad.Dia mahu menolong Nayli dan mencari keluarganya kerana dia tidak sanggup lagi tinggal di situ. Dia mahu mencari diri dia yang dahulu semula. Aizad yang mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Aizad yang sentiasa tersenyum. Aizad yang mempunyai ibu bapa yang menjaga dia semasa kecil dulu.

Nayli dan Aizad menunggu di stesen bas untuk menaiki bas yang hendak ke Kuala Lumpur. Dengan duit yang Aizad simpan selama ini cukup untuk mereka berdua menaiki bas tersebut. Nayli kurang selesa kerana ada sahaja yang memerhatinya. Aizad mengambil sweater yang ada di dalam begnya dan menyelimuti sayap Nayli di belakang supaya tidak dapat dikesan oleh pengintip yang telah diupah oleh ahli-ahli saintis tersebut.

Selepas beberapa minit, bas untuk ke Kuala Lumpur sudah tiba.

Nayli dan Aizad segera menaiki bas tersebut. Mereka memilih duduk di hadapan supaya mereka boleh segera keluar tanpa diperhati. Mereka berasa lega kerana berjaya menaiki bas yang hendak dinaikinya tanpa ditangkap.

Apa yang tinggal hanya menanti apa yang bakal terjadi di tempat asal Nayli nanti. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memerhati mereka dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience