BAB 6 - CIKGU MANSOR

Drama Series 91045

Akibat menjadi orang terakhir dibenarkan masuk ke pasaraya itu, Ilyana hampir terlepas membeli barang keperluan hariannya. Mujur pihak keselamatan membenarkan Ilyana masuk untuk membeli. Riak muka adik cashier yang tidak berpuas hati sewaktu melayan Ilyana membuat bayaran tidak dia peduli, yang penting barang-barang keperluan sudah dibeli.

Selesai membuat pembayaran, Ilyana berjalan kaki menuju ke arah keretanya yang di parking pada bahagian belakang pasaraya itu dengan tangan sarat memegang beberapa beg plastik barang-barang. Hanya tinggal kereta Ilyana sahaja disitu, tidak banyak pelanggan pada waktu begini kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 8 malam dimana undang-undang PKPD tidak membenarkan sebarang kenderaan berada di atas jalan raya kecuali hal kecemasan saja.

Ketika dalam perjalanan ke keretanya, Ilyana terasa seperti ada bayangan manusia sedang mengekori. Semakin lama, bayangan itu semakin menghampiri dirinya. Dia yang berasa takut cuba memberanikan diri menoleh ke belakang namun kosong.
"Ish, perasaan aku je kot!" Bisik hatinya. Dipercepatkan langkah menuju ke arah keretanya.

Ilyana membuka beg tangan, mencari-cari kunci kereta yang terselit didalam beg. Dalam dia kalut mencari kunci, tiba-tiba beg tangannya diragut secara kasar. Ilyana terkejut dan kaget melihat dua orang lelaki warga Bangladesh sedang memegang beg tangannya itu.

Ilyana yang ketakutan mula berlari ingin meminta bantuan. Baru beberapa langkah dia berlari, tiba-tiba tangannya di rentap dari belakang. Habis bertaburan beg-beg plastik berisi barangan keperluan yang di beli tadi. Salah seorang lelaki Bangladesh itu berjaya memegang tangannya.

"Adik manis, apa laju-laju lari? Mau pigi mana ini adik manyak cantik." Soal salah seorang lelaki Bangladesh yang mencengkam erat pergelangan tangan Ilyana.

"Ini malam saiya sangat sunyi. Ini adik manis kasi teman kami bule?" Seorang lagi rakan lelaki Bangladesh itu bersuara.

Ilyana makin meronta-ronta, cuba melepaskan tangannya yang di pegang kuat oleh lelaki-lelaki Bangladesh itu.

"Lepaslah bodoh..lepaskan tangan aku ni!" Ilyana menjerit, semakin agresif cuba melepaskan diri.

Salah seorang lelaki Bangladesh itu terus menarik Ilyana ke dalam pangkuan, tangan kirinya memeluk erat pinggang sehingga Ilyana dapat merasai alat sulit lelaki itu bergesel dengan punggungnya. Ternyata kudrat lelaki Bangladesh ini sangat kuat, dengan sekali angkat saja dia berjaya mencempung Ilyana dengan mudah pada bahu kirinya.

"Tolong !! Lepaskan aku!" Ilyana menjerit.

Namun kedua-dua lelaki Bangladesh tersebut tidak mempedulikan nya. Tangan Ilyana menumbuk-numbuk belakang tubuh lelaki Bangladesh itu dengan kakinya kuat meronta cuba melepaskan diri. Mereka hanya ketawa dan terus berjalan membawa Ilyana ke sebuah lorong sunyi dan gelap.

Tubuh Ilyana di telentangkan dengan kasar di atas rumput semak bersebelahan longgokan kotak dengan kedua belah kaki tangannya didepa dan dipegang erat oleh mereka. Ilyana semakin agresif meronta dengan harapan dapat melepaskan diri.

"Tolo..." Jeritan Ilyana terhalang apabila lelaki Bangladesh itu menekup mulutnya dengan tangannya yang besar berbulu kasar.
Mereka semakin ghairah, cuba meraba seluruh tubuh badan Ilyana. Lelaki Bangladesh itu mengusap pipi Ilyana yang basah dengan air matanya akibat dalam ketakutan sambil ketawa. Tak tahan melihat tubuh gadis manis ini yang bakal menjadi 'santapan' bergilir mereka nanti.

Salah seorang dari lelaki Bangladesh itu bertindak dengan merentap tudung Ilyana secara kasar sehingga tercabut, menampakan rambutnya yang di sanggul. Hanya tangisan yang menemani Ilyana ketika ini. Tidak pernah dia menduga kejadian seperti ini akan berlaku kepadanya. Berhadapan pula dengan dua syaitan bertopengkan manusia.

Di dalam hati Ilyana tidak henti-henti berdoa semoga ada kelibat manusia yang lalu disitu. Sesungguhnya Ilyana tidak rela tubuhnya di nodai oleh dua lelaki Bangladesh ini.

"Tol...tolong...jan..jangan..." Terketar-ketar suara Ilyana memohon supaya jangan di apa-apakan. Dia tidak mahu!
Kedua-dua lelaki Bangladesh itu hanya ketawa, suka melihat gadis manis ini merayu-rayu.

"Kurang ajar!! Tiba-tiba Ilyana terdengar suara garau menempik.

Serta merta salah seorang lelaki Bangladesh itu tercampak kerana ditendang. Rakan lelaki Bangladesh itu pula tergamam melihat kawannya di sepak dan di tumbuk berulang kali oleh seorang lelaki.

Dalam keadaan huru hara itu, lelaki Bangladesh yang melihat rakannya di pukul mula panik lantas melepaskan Ilyana dan membuka langkah seribu menyelamatkan diri.

Manakala lelaki Bangladesh yang dalam kesakitan di pukul itu telah bertindak dengan menendang sekuat hati pada bahagian perut lelaki yang sedang menumbuknya hingga terjatuh ke belakang. Bingkas lelaki Bangladesh itu bangun berlari dan hilang disebalik kegelapan bangunan, mungkin takut wajah mereka dikenali dan juga dicederakan atau ditangkap.

"Awak tak apa-apa ke Cikgu?" suara lelaki yang menghampiri dirinya itu membuatkan Ilyana tergamam.

Bagaimanakah lelaki ini mengetahui dirinya seorang cikgu? Apabila diamati wajah lelaki itu dengan teliti, air mata Ilyana kembali menitis.

"Cikgu Mansor." Hanya dua patah perkataan terpacul dari bibir Ilyana.

Dia bangun dan terus memeluk rakan sekerjanya itu dengan erat kerana masih dalam ketakutan. Siapa sangka, lelaki yang paling dia benci kerana sering mengusiknya di sekolah inilah yang telah membantu. Jika tidak entah apa nasib dirinya.

Cikgu Mansor tergamam dengan tindakan spontan Ilyana yang memeluknya. Tidak pernah terlintas di benak kepala yang wanita idamannya itu berada dalam dakapannya kini. Cikgu Mansor mengusap perlahan rambut Ilyana yang kelihatan tidak terurus untuk menenangkannya. Setelah Ilyana kelihatan sedikit tenang, Cikgu Mansor kemudian merengangkan diri daripada memeluk Ilyana.

"Cikgu tak apa-apa ke? " soal Cikgu Mansor sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Ilyana. Di rapikan juga rambut yang tidak terurus itu.

"Saya OK." Jawab Ilyana yang mulai tenang, di biarkan saja perlakuan Cikgu Mansor padanya.

Cikgu Mansor bangun mengambil tudung Ilyana yang telah koyak, terdampar di atas rumput itu. Dia berpatah balik kepada Ilyana yang sedang membersihkan sedikit kotoran yang terdapat pada pakaiannya.

"Cikgu nak pergi balai buat report? " soal Cikgu Mansor lagi.

Ilyana termangu.

Kalau diikut kan hati memang dia mahu ke balai membuat report polis tapi apakan daya Ilyana tidak sempat mengecam wajah lelaki-lelaki Bangladesh itu. Mujur tiada sebarang kecederaan pada dirinya malah Ilyana bersyukur dengan kedatangan Cikgu Mansor, jika tidak entah apa nasibnya.

"Tak apa lah Cikgu Mansor, yang penting saya dah selamat. Terima kasih sebab tolong saya." Ujar Ilyana perlahan.

Cikgu Mansor hanya mengangguk. Dia kemudiannya tolong mengutip barang-barang yang dibeli oleh Ilyana yang jatuh bertaburan di atas jalan ketika berlaku insiden tadi.

"Mari saya temankan cikgu ke kereta. Barang-barang ni biar saya bawa." Cikgu Mansor mengiringi Ilyana ke keretanya.

Mereka beriringan berjalan ke kereta yang di parkir Cikgu Ilyana. Persepsi Ilyana pada Cikgu Mansor kini mula berubah. Ternyata Cikgu Mansor mempunyai sisi yang baik walaupun dia lebih di kenali sebagai buaya dan dibenci olehnya dulu.

"Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih pada cikgu kerana selamatkan saya tadi. Kalau tak, entah apalah yang jadi pada saya tadi agaknya." Ucap Ilyana.

Cikgu Mansor hanya tersengih sambil mengangguk.

Ilyana mencari kunci keretanya namun tidak jumpa. Wajahnya mula panik, mungkin tercicir sewaktu dirinya diangkat oleh lelaki-lelaki Bangladesh tadi.

"Cari apa tu cikgu?" Soal Cikgu Mansor bila melihat Ilyana begitu kalut menyelongkar beg tangannya sambil meraba poket seluar yang di pakai.

"Kunci kereta saya, mungkin tercicir masa kejadian tadi kot." Jawab Ilyana cemas.

Ilyana berpatah balik untuk pergi mencari kunci kereta, Cikgu Mansor turut membantu mencari tetapi gagal dijumpai. Hari sudah semakin gelap tanpa sebarang lampu jalan, menyukarkan untuk melihat apatah lagi mencari.

"Macam ni lah cikgu, hari pun dah lewat ni, apa kata saya hantarkan cikgu balik? Dah pukul 8 ni, takut kena saman pula kalau terserempak dengan peronda polis sebab dah langgar peraturan PKP."

Lagipun kalau kita bagitau apa yang jadi tadi pun belum tentu mereka percaya." Ujar Cikgu Mansor panjang lebar.

Ilyana serba salah dengan cadangan Cikgu Mansor itu tapi ada benarnya juga. Lagipun waktu begini mana ada e-hailing.

"Tapi, tak apa ke? Saya tak mahu menyusahkan Cikgu Mansor. " Ujar Ilyana, segan.

"Eh, jangan la malu-malu dengan saya cikgu. Saya ikhlas menolong." Jelas Cikgu Mansor.

"Jom, saya hantar awak balik." Tanpa menunggu jawapan dengan pantas Cikgu Mansor memimpin tangan Ilyana menuju ke arah kereta BMW 3 series model lama miliknya.

Ilyana terkejut dengan perbuatan Cikgu Mansor itu namun dia mendiamkan diri. Ilyana mengalah dan mengikut saja kerana mengenangkan Cikgu Mansor telah membantunya tadi.

Jalanraya terasa sunyi, hanya kelihatan kereta mereka sahaja di atas jalan raya. Sambil memandu, Cikgu Mansor membuka radio dengan perlahan bagi mengisi kesunyian di dalam kereta kerana masing-masing hanya diam melayan perasaan sendiri.

"Mengapa cikgu pergi beli barang seorang diri? Mana suami cikgu?" Soal Cikgu Mansor berbasa-basi.

"Suami saya dah pergi ke Terengganu semalam, bekerja di sana." Ujar Ilyana.

"Anak-anak cikgu pula siapa yang jaga?" Soal Cikgu Mansor lagi.

"Oh, anak-anak saya semuanya dah balik rumah atuk nenek mereka, petang tadi ibu ayah saya ambil mereka." Jawab Ilyana.
"Alahai, kesian cikgu nak mengharungi PKP seorang diri dekat rumah nanti. Jikalau cikgu perlukan apa-apa bantuan, jangan segan silu telefon saya, segera saya sampai." Cikgu Mansor mengukir senyuman.

"Jangan risau, saya ikhlas membantu." Dua kali Cikgu Mansor tekankan dia ikhlas membantu bila Ilyana tidak memberi respon.

"Cikgu, dah lewat sangat ni dekat pukul 9 lebih dah. Apa kata kita berhenti singgah di rumah saya sekejap. Saya ada beli makanan tadi, nanti dah sejuk tak sedap pula. Boleh kita makan sekali, lagipun rumah saya depan simpang tu saja." Pelawa Cikgu Mansor.

Ilyana serba salah dibuatnya, ingin mengelak dan menolak takut menyinggung perasaan Cikgu Mansor yang telah banyak membantunya. Dia tidak mahu termakan budi, takut tak terbayar nanti.

"Err isteri cikgu tak marah ke? " Soal Ilyana cuba menolak cara baik. Dia terlupa akan status Cikgu Mansor, seorang duda.
Cikgu Mansor ketawa terkekeh-kekeh.

"Saya ni kan bujang, cikgu. Alah, sekejap saja lepas kita makan saya hantarlah cikgu balik. Lagipun malam-malam macam ni mana ada e-hailing." Jawab Cikgu Mansor.

Ilyana terdiam. Cikgu Mansor sudah menolongnya, apa salah jika dia menunaikan permintaan Cikgu Mansor yang hanya mahukan makan malam saja.

Ilyana mengangguk perlahan tanda setuju.

Cikgu Mansor tidak lekang memandang Ilyana, girang hatinya bila pelawaan diterima baik. Kereta Cikgu Mansor menyusur masuk ke perumahannya dimana kawasan kejiranan di situ dikelilingi kaum Tionghua.

Pintu pagar automatik rumah teres 2 tingkat dibuka lalu di parkir keretanya di dalam halaman rumah dan di pelawa Ilyana masuk. Tanpa banyak bicara dia ikut masuk ke dalam rumah Cikgu Mansor itu. Keadaan di dalam rumah Cikgu Mansor agak bersepah, pakaian berterabur di merata tempat. Segera di kutip pakaiannya dan dicampak ke dalam bakul baju kotor.

"Maaflah cikgu rumah saya bersepah sikit, maklumlah hidup berseorangan." Ujar Cikgu Mansor sambil mengaru keningnya menutup rasa malu.

"Jomlah kita makan dulu, takut lambat pula cikgu balik ke rumah nanti." Pelawa Cikgu Mansor.

Selesai makan malam, Cikgu Mansor memberitahu pada Ilyana untuk keluar menghisap rokok sebentar di gazebo luar rumah dan akan menghantar pulang setelah Ilyana bersedia.

Sementara menunggu Cikgu Mansor selesai merokok, Ilyana mengangkat pinggan dan gelas kotor di bawa ke sinki untuk di cuci. Sedang leka membasuh pinggan, tiba-tiba Ilyana terasa lain. Badan terasa seram sejuk, nafasnya naik turun, peluh mula membasahi dahi.

"Apa hal ni?" Gumam Ilyana.

B.E.R.S.A.M.B.U.N.G

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience