BAB 1 - CIKGU ILYANA

Drama Series 91045

Ilyana memandang di luar tingkap seketika termenung setelah selesai memberi arahan kepada pelajarnya untuk menjawab soalan ujian bulanan.Suasana di dalam kelas Tingkatan 2 Anggur tenang seketika.Tiada kedengaran suara pelajar bermain atau berbual.Para pelajar sedang menumpu perhatian terhadap ujian yang diberi Ilyana.

Otak Ilyana menangkap memori semalam yang berlaku di rumahnya ketika mereka selesai menikmati makan malam.Sambil duduk di ruang tamu menonton tv,Ilyana perasan,suaminya keluar dari rumah untuk menghisap rokok.Ilyana memang tegas di dalam hal ini,jika Darus mahu melepaskan gian rokok,semuanya mesti di luar rumah.Ilyana tidak mahu anaknya,Adam dan Adila melihat tabiat buruk bapa mereka merokok.Ilyana mahu anaknya membesar dengan persekitaran yang sihat.

Ilyana keluar setelah melihat suaminya keluar di halaman rumah.Rumah teres yang dibeli Ilyana berada di hujung sekali.Corner lot.Di tepinya dibina gazebo kecil untuk mereka sekeluarga berehat pada waktu petang.Kelihatan kelibat Darus yang asyik menghembus asap bagaikan seekor naga kekenyangan manakala tangannya tidak lepas menekan telefonnya.

Bunyi tembakan kuat kedengaran d gazebo itu.Sejak hilang kerja Darus semakin ketagih bermain game PUBG ini.Seolah-olah mengalami ketagihan.Telefonnya tidak lekang dari tangannya.

Ilyana hanya memerhatikan gelagat suaminya yang taksub dengan permainan PUBG itu.Sudah berbuih mulut ditegurnya.

"Abang..Sampai bila abang nak macam ni? " soal Ilyana sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi di depan suaminya.

" Sampai bila apa? " soal suaminya.Pura-pura tidak tahu tapi sebenarnya Darus sudah tahu akan soalan yang bakal ditanya.Soalan lazim kepadanya ketika ini.Matanya masih fokus pada game PUBG itu.

"Abang la..Sampai bila nak menganggur macam ni? " soal Ilyana.

Wajah suaminya berubah apabila soalan berkenaan ditanya oleh Ilyana.

"Entah la sayang,abang tak tahu la..Sayang pun tahu kan dah merata abang minta kerja,tapi semua takda respon,semua kata nanti nak call la,kelayakan terlalu tinggi la,demand gaji tinggi la,macam-macam alasan" ujar Darus sambil terus menghembus asap rokonya.

Darus adalah seorang jurutera di sebuah kilang di Shah Alam.Namun disebabkan Coronavirus menyerang negara,beliau telah diberhentikan lebih awal kerana kilangnya menghadapi masalah.Ada pekerja yang positive Coronavirus, dan terpaksa ditutup.Akibat agak lama ditutup,maka operasi terjejas..Disebabkan menghadapi masalah kewangan,maka Darus menjadi mangsa keadaan.Darus dan ramai lagi menjadi mangsa apabila kilang itu menutup terus operasi di Malaysia.

Ilyana memicit dahinya yang tidak sakit.Ada kala kasihan melihat suaminya.Bukan seorang pemalas namun nasib tidak menyebelahinya ketika ini.Suaminya seperti orang lain yang hilang pekerjaan sewaktu pandemik ini.

"CIKGU"

Tersentak Ilyana dari lamunannya.Panggilan itu menyedarkan Ilyana bahawa dia masih di dalam kelas.Lantas beralih ke arah pelajar yang memanggilnya.

"Saya sudah siap jawab" ujar pelajar perempuan itu lantang.

"Bagus,hantar kepada saya.Sesiapa yang sudah siap boleh hantar sekarang " kata Ilyana kepada pelajarnya.

Maka berpusu pelajar ke depan menghantar kertas jawapan mereka.

Suasana di dalam kelasnya tidak seperti hari-hari dulu.Dahulu ramai pelajar namun kini hanya separuh sahaja yang hadir.Tempat duduk mereka dijarakan dan wajib memakai penutup muka.Begitu juga Ilyana.Selesai tugasnya,Ilyana akan masuk mengajar di kelas lain pula.

Begitulah rutin Ilyana seharian,tugasnya sebagai guru.

Apabila loceng berbunyi pada pukul 1.30 petang tamatlah waktu mengajarnya.Ilyana keluar dari bilik guru sambil membelek telefonnya.

"Awal balik,cikgu" tegur satu suara.

Ilyana berpaling dan kelihatan Cikgu Mansor sedang berjalan di belakangnya.

"Ah ya..Saya kena balik awal..Ada hal sikit.Lagipun nak amik anak di nursery lagi." ujar Ilyana memberi senyuman sambil mempercepatkan langkahnya.Cikgu Mansor hanya tersengih.

Cikgu Mansor terus memandang susuk tubuh cantik milik Ilyana yang berjalan pantas dihadapanya.Cikgu Mansor seorang duda,berusia lewat 30an,tubuhnya tinggi kurus seperti kebanyakkan lelaki sebayanya.Cikgu Mansor sudah berpisah dengan isterinya kerana masalah sikapnya yang mata keranjang awal tahun lepas.

Cikgu Mansor mempunyai seorang kekasih gelap warga Indonesia,yang ditanggungnya secara diam.Apabila terbongkar,isterinya menjadi marah lalu bertengkarlah mereka sehingga berakhir dengan penceraian.Anaknya diletak bawah penjagaan isterinya manakala gadis Indonesia itu telah dihantar pulang kerana masuk negera ini secara haram tahun lepas.

Mujur hal Cikgu Mansor tidak heboh.Hanya beberapa kerat saudara terdekatnya sahaja yang tahu dan Cikgu Mansor pandai menyembunyikan cerita.Kehidupannya tidak dijaja merata.Para cikgu di sekolah itu pun tidak tahu.

Akhirnya kelibat Ilyana hilang apabila masuk ke dalam kereta Myvi Merahnya.

Cikgu Mansor terus memerhatikan sehingga kereta Ilyana hilang dari pandangan matanya.Sambil mengusap dagunya Cikgu Mansor tersengih sendirian.Baginya dapat melihat tubuh motok Ilyana pun cukuplah.

Cikgu Mansor adalah seorang lelaki yang mata keranjang.Ada saja akan kelibatnya mengusik cikgu-cikgu muda pelatih disekolah itu,namun tindakannya masih tidak melampui batas.Apabila Ilyana ditukarkan mengajar di situ,lagilah menjadi karenah Cikgu Mansor melihat cikgu baru secantik Ilyana mengajar disekolah itu.Mujur status Ilyana sebagai isteri orang membuatkan Cikgu Mansor tidak berani bertindak melampau.

Apabila duduk bersembang dengan cikgu-cikgu lelaki yang lain,mereka sering menjadikan Ilyana sebagai topik perbualan lucah mereka.Namun begitu mereka semua memuji kecantikan Ilyana kerana wajahnya dan bentuk tubuhnya tidak seperti cikgu lain.

Ilyana memiliki kecantikan semulajadi dan tubuhnya motok dan ramping dan menarik walaupun sudah mempunya anak berusia 4 dan 7 tahun.Lekuk dibadannya tersusun cantik ditambah ada hari Ilyana memakai baju kebaya.Cikgu Mansor dan cikgu lain adakala mengusik Ilyana dalam beberapa majlis rasmi.Ada saja kata-kata double meaning yang keluar dari celah mulut mereka.

Namun Ilyana hanya ketawa dan menganggap itu semua hanyalah gurauan untuk menghiburkan hati.Ilyana tidak pernah mengambil hati,Ilyana faham kebanyakan cikgu lelaki di sekolah itu memang bermulut manis dan adakala gatal bila bersamanya.Seolah-olah mereka kembali bujang dan tidak ada keluarga.

Ada yang juga cikgu lelaki yang baik dan hormat pada Ilyana.Kumpulan berperangai sepert Cikgu Mansor hanya 2-3 kerat sahaja.Dasar kerja kerajaan sekadar mahu gaji setiap bulan dan bukannya ikhlas mengajar anak bangsa sendiri.

Share this novel

hairee
2024-08-06 03:41:37 

salam,best cerita u


NovelPlus Premium

The best ads free experience