BAB 9 - DARUS

Drama Series 91045

"Please welcome Mr Darus onboard, he is our new engineer and will in-charge on Actuated Valve servicing and installation." Ucap Adelyna, Ketua Sumber Manusia pada pekerja-pekerja Matcom Synergy & Services Sdn Bhd yang berkumpul untuk taklimat pagi.

Darus berdiri bangga. Sudah setahun dia tidak bekerja dan kini berpeluang menambah kenalan di tempat lain dalam industri minyak dan gas ini.

"Thank you everyone. I hope we can be a best buddy!" Gurau Darus pada rakan-rakan sekerja barunya.

Matcom Synergy & Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berlesen Petronas yang ditubuhkan untuk menyokong kemajuan instrumentasi dalam Actuation Valve Systems and Level Solutions ketika kerja-kerja mengerudi dijalankan di pelantar-pelantar minyak milik Petronas Carigali sekitar perairan Terengganu.

4 pelantar minyak di bawah Petronas Carigali iaitu Duyong, Jerneh, Lawit dan Bekok adalah dalam seliaan syarikat Matcom Synergy & Services Sdn Bhd. Darus adalah salah seorang jurutera yang akan menyelia bagi memastikan peralatan yang dipasang pada 4 pelantar ini berfungsi dengan baik setiap hari. Dia perlu menjalankan tinjauan dan mengakses keadaan Actuators dan Valves serta instrumen panel kawalan yang terdapat pada pelantar minyak.

Sekiranya peralatan tersebut gagal berfungsi, ia akan diselia oleh juruteknik bersama pantauan dari jurutera dengan menukar silinder dan pelincir pada Actuators Pneumatik dan Hidraulik supaya aliran minyak yang di salurkan ketika pengerudian dari paip besar bawah laut hingga ke loji penapisan minyak di persisiran pantai Paka, Dungun berjalan lancar.

Selesai sesi suai kenal, Darus disapa Adelyna.

"Mr Darus, don't forget to email your OGSP cert to me, yang lain-lain I akan minta my assistant to follow up." Kata Adelyna.

Darus hanya diam. Matanya masih tidak lepas dari terus memandang wanita seksi yang berdiri depannya itu.

"Mr Darus...Mr Darus, are you okay?" Adelyna memanggil berkali-kali bila melihat Darus kaku.

"Err..yes..yes!" Entah kenapa terbayang pula wajah si isteri, mungkin rindu sudah mula memutik di dalam hati walaupun baru 2 hari tidak berjumpa.

Darus masih belum sempat untuk menghubungi isterinya bertanya khabar. Sampai saja di Kemaman semalam selepas subuh , dia terus ke NIOSH untuk memperbaharui lesen Oil Gas Safety Passport (OGSP). Selepas itu, dia bergegas pula ke klinik panel syarikat untuk menjalani Offshore Medical examination bagi mendapatkan surat akuan kesihatannya.

Darus bernasib baik kerana dia sudah mempunyai lesen utama Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training (BOSIET)kerana dia pernah bekerja dalam industry minyak dan gas sebelum ini, maka tak perlu dia membazir masa untuk menghadiri kursus wajib itu lagi. Ketiga-tiga elemen penting ini adalah keperluan asas yang wajib sebelum dia dibenarkan bekerja untuk memasuki loji minyak dan gas di Malaysia.

"Amboi Mr Darus, belum sampai offshore lagi dah rindu dekat famili?" Adelyna ketawa kecil.

Darus sengih, matanya masih pada wajah Adelyna.

"Orang cantik bila ketawa pun nampak anggun."Hatinya berdetik. Sah, dia rindukan isterinya Ilyana.

"Mr Darus.."

"Just call me Darus." Darus memotong kata Adelyna.

"Okay Darus, pukul 5 nanti you terus pergi ke lapangan terbang Kerteh. Chopper akan hantar you ke Vessel untuk bawa sekali peralatan yang disimpan dalam Pelican Case sebelum transit ke pelantar Duyong."

Darus menghela nafas, pasti dia akan penat.

"Memang you akan letih dan terkejar-kejar tetapi kami tiada pilihan kerana ada beberapa jurutera dan juruteknik Matcom kena kuarantin di Vessel sebab positif covid." Ujar Adelyna.

"Petronas Carigali will lost a million dollar if no production just for one day. Since your PCR result negative, you're the best person will be at the platform to ensure their drilling works on schedule." Terang Adelyna lagi yang sedia maklum dengan respon Darus itu.

Darus mengangguk faham.

"Dekat Duyong nanti, you terus lapor diri pada Mr Akbar, dia in-charge untuk semua pekerja dari syarikat kita. Belajar seberapa banyak yang boleh kerana selepas itu you akan ke Jerneh pula untuk buat commissioning and monitoring works sebab jurutera di sana harus balik ke pejabat untuk siapkan laporan troubleshooting, klien komplen bacaan tekanan minyak tak konsisten." Sambung Adelyna.

"Bereh Cik Adelyna." Darus membuat tanda okay.

Mata Darus masih lagi tidak berganjak dari memandang susuk tubuh belakang Adelyna yang melenggang-lenggok berjalan meninggalkannya.

Dia melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 3 petang. Masih sempat untuk membuat panggilan pada si isteri sebelum dia bergerak ke airport Kerteh nanti.

****

"Yana.."

"Bangun Yana..."

Ilyana terdengar suara lelaki memanggil namanya, terasa ada sentuhan pada pipinya. Mukanya juga turut basah. Perlahan-lahan Ilyana membuka mata, otak cuba mencerna apa yang telah terjadi.

"Ab...abah. Apa yang dah jadi?" Ilyana terpisat-pisat bangun untuk duduk.

"Kau pengsan." Ramli mengeleng kepala.

"Pengsan?" Gumam Ilyana.

"Maafkan Abah, anak Abah banyak menyusahkan kau. Sepatutnya saat begini dia patut berada di sisi tapi kau di tinggalkan terkontang-kanting sendiri." Keluh Ramli.

"Abang Darus bukan sengaja Abah. Dia mencari rezeki, lagipun dia dah banyak membantu hal rumah tangga kami selama ini." Ilyana pertahankan suaminya.

Ramli diam seribu bahasa. Jauh termenung seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Abah..."Ilyana risau.

"Sabarlah Yana, abah akan cuba bantu mana yang boleh. Darus harus tahu mengenai hal ini. Dia tak boleh biarkan kamu tanggung seorang diri." Ramli cuba menenangkan menantunya.

~~Love it has so many beautiful faces
Sharing lives and sharing days
My love it had so many empty spaces
I'm sharing a memory now
I hope that's how it stays~~

Bunyi ringtones Forever Love, Gary Barlow pada handphone Ilyana menandakan ada panggilan masuk. Di capai dan terukir senyuman lebar bila melihat nama si pemanggil.

My Hubby calling...

"Sekejap abah, abang Darus call Yana ni." Dia bangun dan masuk ke dalam bilik di tingkat atas meninggalkan bapa mertuanya di ruang tamu.

Tidak menunggu lama, ditekan butang hijau dan menjawab "Assalamualaikum Abang."

"Waalaikumsalam sayang. Anak-anak dan sayang apa khabar? Abang rindukan sayang." Ceria suara Darus.

"Sayang rindukan abang juga." Lirih suara Ilyana setelah mendengar suara suaminya.

"Alhamdulilah sihat abang, anak-anak semua kerumah ibu ayah duduk di sana sepanjang PKP nanti. Bila abang sampai Kemaman?"
"Semalam pagi selepas subuh, sampai di Kemaman abang terus settlekan segala urusan berkaitan kerja, pagi ni pula kena lapor diri dekat pejabat. Petang ni abang dah kena naik offshore, abang pun tak tahu berapa lama di sana kerana banyak benda abang kena belajar. Letih abang." Rungut Darus.

Ilyana terdiam mendengar.

Dia serba salah untuk mengkhabarkan tentang surat mahkamah pada suaminya yang masih dalam keletihan. Tetapi bila lagi dia berpeluang untuk bercakap dengan Darus kerana belum tentu telekomunikasi di laut sebaik di darat.

"Abah datang ke rumah kita." Ilyana mulakan bicara.

"Oh kenapa Abah datang? Abang pun terlupa nak beritahu Abah tentang pekerjaan baru ni. Abah sihat?" Tanya Darus.

"Abah sihat, baru sampai tengahari tadi. Err..abah datang bawa surat mahkamah atas nama abang." Perlahan saja suara Ilyana.
"Surat mahkamah?" Darus terkejut.

"Mahkamah Tinggi mengeluarkan surat perintah setelah petisyen kebankrapan di kemukakan oleh Amin Tan & Co Advocates. Pinjaman peribadi dengan MBSB Bank berjumlah 150K, kad kredit dengan CIMB Bank dan RHB bank berjumlah 30K. Pinjaman ASB berjumlah 200K dengan Maybank." Ilyana membacakan isi surat itu pada suaminya.

Darus senyap.

"Sayang tak tahu nak buat apa sekarang ini abang." Adu Ilyana.

"Allahuakbar..." Hanya ungkapan kalimah Allah yang disebut Darus.

Perbualan mereka senyap seketika. Darus terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh isterinya.

Ilyana menunggu respon si suami.

"Abang akan usahakan dengan apa cara sekali pun untuk bayar hutang-hutang tu. Abang janji, sayang. Sayang janganlah risau okay." Lembut suara Darus memujuk isterinya.

"Sayang dan anak-anak jaga diri baik-baik dekat sana. Abang tiada disisi kerana mencari rezeki buat keluarga kita. Sentiasa ingat yang abang betul-betul sayang dan cintakan sayang sampai bila-bila." Luahan ikhlas hati Darus buat isterinya yang dikasihi.

Airmata yang bertakung di tubir mata, perlahan-lahan menitis ke pipi Ilyana. Dapat dia rasai kasih tulus seorang suami buat dirinya dan anak-anak. Niat Ilyana yang ingin berterus terang tentang khilaf dirinya dengan Cikgu Mansor terpaksa disimpan. Darus pasti akan kecewa jika mengetahui dia telah gagal mempertahankan maruah sebagai seorang isteri apatah lagi mengkhianati kepercayaan Darus terhadap dirinya.

Airmata di kesat, sehabis baik di kawal nada suaranya. Tidak mahu Darus tahu dia sedang menangis.

"Abang juga jaga diri baik-baik disana. Sayang dan anak-anak sentiasa doakan keselamatan abang yang berada di atas laut tu. Jangan nak mengatal eh, nanti kena panah petir baru tahu." Gurau Ilyana menutup hatinya yang walang itu.

"Kalau ada pun abang boleh mengatal dengan ikan saja sayang. Kiri kanan depan belakang hanya nampak laut saja, lagipun waktu kerja tak menentu memang tiada masa untuk tidur apatah lagi nak mengatal. Lainlah kalau sayang ada dekat dengan abang, memang hari-hari abang onzz." Darus ketawa sambil membayangkan muka Ilyana yang mungkin bengang dengan jawapannya.

"Ish abang ni merepek lah. Sayang turut rindukan abang, cintakan abang. Semoga setiap peluh dan titisan keringat abang yang keluar demi mencari nafkah untuk keluarga kita ini sentiasa berkat dan dibalas dengan syurga." Balas Ilyana.

Ilyana tahu suaminya pasti kusut memikirkan tentang masalah yang dihadapi tetapi kerana ego seorang lelaki dan suami, Darus tidak menunjukkan pada Ilyana.

"Okaylah sayang, I have to go. Pasal surat mahkamah dan segala hutang-hutang tu tak perlu sayang rungsing, nanti abang akan selesaikan. Yang penting sayang dan anak-anak sentiasa sihat dan gembira." Kata Darus.

"Baik abang." Jawab Ilyana.

"Terima kasih sayang untuk segalanya. Tu quiero mucho mi amore." Bisik Darus.

"Yo también te amo mi esposo." Bisik Ilyana membalas.

Ilyana senyum dalam tangis. Darus masih lagi seperti dulu suka meluahkan kata-kata cinta dalam Spanish sejak dari awal perkahwinan mereka lagi, katanya nampak lebih romantik dan klasik.

"Sampaikan salam abang pada Abah. Say sorry to Abah sebab tak dapat nak bercakap dengan dia buat masa ni, abang memang tengah sibuk uruskan itu ini. Nanti ada masa abang akan cuba call sayang dari platform okay, Assalamualaikum sayang." Darus akhiri perbualan.

"Inshallah abang, Waalaikumsalam." Jawab Ilyana sebelum panggilan tamat.

Ilyana termenung sejenak memikirkan pelbagai masalah yang membelenggu di waktu genting begini.

PKP yang menghadkan pergerakan dirinya dengan ketiadaan anak-anak disisi.

Dia dirogol oleh kawan sekerjanya sendiri.

Status muflis suaminya.

Dan kini..

Bapa mertuanya mungkin bakal duduk serumah berduaan dengannya kerana esok PKP sudah bermula.

Apakah akan ada masalah lain lagi yang bakal berlaku?

Yana buntu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience