BAB 10 - PKP

Drama Series 91045

"Kadar kes harian Covid-19 melonjak naik kepada 5,389. Bagaimanapun kes sembuh menunjukkan peningkatan kepada 3,197 manakala jumlah kematian sebanyak 89 orang. Negeri-negeri yang tiada kes baharu dalam tempoh 24 jam adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan WP Labuan. Semoga kita terus bersabar dan mematuhi arahan kerajaan dan pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika kita terus mematuhi arahan PKP pasti kita akan berjaya menghapuskan Covid-19 di Malaysia."

Tekun Ramli mendengar sidang media mengenai kes harian covid di Malaysia yang di sampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

"Abah, mari makan. Yana dah siap masak." Pelawa Ilyana.

Ramli bingkas bangun menuju ke meja makan. Sudah seminggu dia berada di rumah anak menantunya gara-gara PKP yang telah dilaksanakan minggu lalu.

"Uishh, boleh gemuk abah macam ni. Hari-hari Yana masak lauk kegemaran abah, semalam sambal udang petai hari ni ikan patin masak tempoyak dengan ulam jantung pisang pula. Yana macam tau je makanan favourite abah ni." Kecur air liur Ramli melihat makanan yang terhidang di atas meja makan.

"Ala abah, bukan selalu pun Abah datang rumah kami. Inilah masanya Yana dapat masak kan lauk kegemaran Abah." Ujar Ilyana sambil menyenduk nasi ke pinggan Ramli.

Ramli membaca doa makan kemudian mula menyuap makanan. Sudah terlalu lama dia tidak merasai air tangan seorang isteri, jika di rumah dia hanya memasak lauk ringkas cukup sekadar untuk kenyang.

"Sedap betul masakan Yana, bertambah-tambah Abah makan."

Ilyana senyum. Kembang hatinya dipuji bapa mertua.

"Abah makan lagi, banyak Yana masak tu." Yana ingin menambah nasi ke pinggan Ramli.

"Eh cukuplah tu Yana. Dah 2 kali tambah ni, nanti perut Abah buncit, bila makan tak jaga mula datang macam-macam penyakit. Malam nanti abah makan lagi." Ramli menolak pinggan jauh dari Ilyana.

Usai makan, Ilyana masuk ke dalam bilik. Dia kembali menyemak kerja-kerja sekolah anak muridnya yang telah di hantar melalui Google Meet. Berkali-kali Ilyana menguap kerana mengantuk akibat kekenyangan sambil memeriksa setiap tugasan yang di hantar dari anak-anak muridnya.

Matanya sudah semakin berat untuk dibuka, tanpa dapat ditahan lagi Ilyana terlelap di atas meja belajar dengan kepala beralaskan lengan.

Ramli yang ingin masuk ke dalam bilik untuk berehat berhenti di depan pintu bilik menantunya yang tidak tertutup rapat. Ramli kehairanan kerana biasanya Ilyana pasti akan menutup pintu, tetapi kali ini pintu terbuka sedikit mungkin tombol pintunya rosak. Dia berhusnuzon.

Seminggu Ramli di sini, hatinya rasa lain semenjak dia berduaan dengan Ilyana di dalam rumah ini. Hampir 8 tahun Ilyana menjadi menantunya tetapi baru kini dia mula terasa rapat dengan Ilyana kerana selama ini Ramli banyak menghabiskan masa bersama cucu-cucu dan anak lelakinya, Darus jika mereka pulang ke kampung.

Ilyana hanya akan ada bersama ketika waktu makan atau pun menonton televisyen di waktu malam kerana selebihnya Ilyana lebih suka memerap di dalam bilik. Bila di tanya ketiadaan Ilyana, Darus memberitahu isterinya sibuk menyediakan soalan-soalan untuk kertas peperiksaan murid-muridnya atau sibuk menyiapkan tugasan harian seorang guru.

Ramli cuba mengintai dari celahan pintu, bilik itu sunyi sepi hanya kedengaran penghawa dingin yang terpasang. Matanya tertancap pada figura yang sedang tidur duduk dengan kepala di atas meja. Ramli serba salah, dia ingin masuk ke dalam bilik dengan niat ingin mengejutkan Ilyana supaya tidur berbaring di katil dengan selesa tetapi takut pula menantunya tidak selesa dengan kelakuannya nanti.
Tetapi jika di biarkan Ilyana tidur begitu sudah pasti badannya akan sengal-sengal dan sakit kerana postur badan yang tidak betul. Dalam dia teragak-agak, pintu di buka perlahan dengan sebelah badannya menerobos masuk ke dalam bilik menjenguk lebih dekat.

"Yana..yana.." Ramli memanggil perlahan.

Ilyana tidak menunjukkan sebarang respon mahupun pergerakan tubuh dengan panggilan Ramli.

"Yana...pergi tidur dekat katil tu. Nanti sakit badan tidur duduk lama-lama macam ni." Ramli cuba mengejutkan Ilyana, memanggil dari depan pintu bilik.

Isk..isk..isk..isk...

Kedengaran sendu tangis dari Ilyana tetapi postur tubuhnya masih dalam keadaan begitu, tidak bergerak.
Ramli buntu.

Lantas dia masuk ke dalam bilik, mendekati Ilyana yang masih lagi tersedu sedan dalam tidurnya.

Ramli terpana seketika melihat kecantikan Ilyana yang tidak bertudung. Rambutnya yang berwarna coklat keemasan di sanggul cantik menampakan leher serta tengkuk Ilyana yang putih itu.

Gulp.!

Ramli menelan liur terpesona.

Selama ini Ilyana bertudung di dalam rumah, melindungi mahkota kewanitaanya dari tatapan bukan ajnabi. Betapa beruntung anak lelakinya memperisterikan Ilyana yang sungguh cantik seperti Dewi Aphrodite ini.

Teragak-agak Ramli ingin mengejutkan Ilyana yang masih lagi sedu-sedan dalam tidur. Entah mimpi apa di siang hari sehingga boleh menangis dalam tidurnya.

"Yana..bangun yana..." Ramli memanggil perlahan.

Untuk beberapa ketika tiada respon dari menantunya, Ramli mengusap perlahan pipi Ilyana yang basah dengan air mata. Terasa lembut, licin halus dan sejuk pipi gebu menantunya. Serta merta satu keinginan yang telah lama berkubur kembali muncul.

Kali terakhir dia terasa libidonya naik ketika tanpa sengaja mengintai aksi malam pertama anak menantunya dulu. Dia yang pada mulanya ingin bertanya sesuatu kepada Darus telah terbantut gara-gara terdengar suara erangan anak lelakinya dari dalam bilik membuatkan hatinya meronta ingin mengintai dari celahan pintu yang tidak bertutup rapat.

"Yana...bangun nak. Kau mengigau ni."

Bila melihat Ilyana sedikit bergerak dengan usapan tangannya, tangan Ramli beralih ke bahu dan di goyang perlahan cuba mengejutkan menantunya itu.

Ilyana tersedar dalam keadaan terpisat-pisat terus mengangkat kepala yang mulai terasa lenguh tanpa menyedari Ramli berdiri di sisinya.

"Eh abah, buat apa dalam bilik ni? Maaf yana terlelap, abah nak apa-apa ke?" Kalut Ilyana berdiri.

Ramli mengukir senyuman manis apabila ikatan sanggul rambut Ilyana tertanggal, menguraikan rambut coklat keemasan jatuh hingga ke pinggang, menyerlahkan lagi keanggunan Ilyana. Cantik!

"Kenapa abah senyum?" Ilyana pelik dengan kelakuan mertuanya itu.

"Cantik.." Mata Ramli masih terpaku pada wajah Ilyana.

"Cantik?" Ilyana yang kebingungan mula menyedari yang dia tidak bertudung dengan rambutnya yang mengurai tidak berikat.

"Allah.." Ilyana kalut sambil memegang kepalanya.

Lantas terus di capai kain tuala yang tersidai di belakang pintu dan di sarung pada kepalanya. Ilyana terasa malu bila dia yang tidak berhijab di pandang oleh bukan ajnabi.

"Kenapa nak tutup kepala tu? Kan lagi cantik tanpa tudung." Soal Ramli yang semakin mendekati Ilyana.

Ilyana berundur setapak demi setapak bila Ramli makin mara ke depan hingga belakang badan Ilyana tersandar pada dinding bilik.

"Ab..abah buat apa ni?" Tergagap-gagap Ilyana dengan kelakuan luar biasa bapa mertuanya ini.

Ramli tidak menghiraukan soalan menantunya malah dia semakin mendekati hingga 1 jengkal lagi pasti pucuk hidung masing-masing akan bertemu. Ilyana menahan dada Ramli dari terus mendekati dirinya.

Ramli mengempung Ilyana dengan tangan kanan dan kirinya pada dinding. Haruman dari tubuh Ilyana seakan menyuntik nafsunya. Ilyana semakin pucat, meremang seluruh badan dengan kelakuan Ramli yang seakan mengodanya.

"Kenapa yana menangis?" Bisik Ramli pada telinga Ilyana.

Berkerut dahi Ilyana dengan soalan Ramli itu. Setahunya dia hanya terlelap sekejap, mengapa mertuanya bertanya soalan pelik pula?
"Darus tak ada, abahkan ada. Yana boleh cerita dengan abah kenapa Yana menangis dalam tidur. Apa yang menganggu Yana?" Tambah Ramli lagi.

Panahan renungan mata Ramli yang mempesona, hampir mencairkan hati Ilyana.

"Errr..ab..abah jangan macam ni. Yana okey tak ada apa-apa masalah pun. Yana sedikit letih dengan tugasan yang perlu di hantar melalui aplikasi online pada murid-murid setiap hari, entah mereka buat entah tidak homework yang diberi." Bohong Ilyana.

Dia cuba mengusir perasaan pelik yang mula menjalar di dalam hati dengan renungan Ramli itu.

Bapa mertuanya seperti dapat menangkap ada sesuatu yang telah terjadi pada dirinya. Sudah seminggu kejadian itu berlaku, Yana mahu melupakan tetapi Ramli pula mula bertanya.

"Jangan tipu abah sayang...Abah tahu Yana sembunyikan sesuatu. Luahkan pada Abah, mana tahu Abah boleh bantu. Orang yang menangis bukan kerana dia lemah, tapi menangis kerana telah berusaha untuk kuat dalam waktu yang lama. Jadi, saat hujan carilah pelangi. Di saat gelap carilah bintang dan Abahlah bintang dan pelangi yang Yana perlukan."Pujuk Ramli dengan nada sensualnya.

Tangan Ilyana masih di dada bidang Ramli menahan dari dirapati. Dia semakin tertekan di asak dengan kelakuan Ramli yang agak sensual itu.

"Tak ada apalah Abah, Yana penat aje." Ilyana masih mempertahankan prinsip tidak mahu berkongsi rahsia hitam itu dengan sesiapa.

Sinis senyuman Ramli.

Bukan Ramli tidak tahu, hampir saban malam dia terdengar Ilyana menangis di dalam tidurnya seperti mengalami mimpi buruk. Hatinya ingin sekali untuk masuk ke dalam bilik tidur menantunya bagi menenangkan Ilyana tetapi niat itu terbantut apabila mendapati pintu bilik di kunci dari dalam.

Kali ini Ramli tidak akan melepaskan peluang keemasan yang ada bila dapat berduaan di dalam bilik dengan menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience