BAB 2 - HUTANG

Drama Series 91045

Ilyana terus pulang kerumah.Kedua anaknya telah berada di rumah.Ada hikmahnya suaminya tidak bekerja ketika waktu pandemiks ini.Sekurang-kurangnya boleh Darus mengambil anak sulungnya ketika balik dari sekolah dan anak bongsu di rumah pengasuh.Jika tidak sebelum ini Ilyana terpaksa mengejar masa mengambil anaknya di sekolah.

Ilyana yang mengajar di Sekolah Menengah manakala anak sulungnya yang bersekolah di darjah 1 di sebuah sekolah yang agak jauh dari tempatnya mengajar.Dan ditambah waktu pulang anaknya lebih awal dari waktu Ilyana habis mengajar.Jadi timbul kesukaran untuk Ilyana menjemput anaknya tepat pada waktu pulang,nasib baik suaminya ada ketika ini.

Ilyana masuk ke dalam rumah dan kelihatan Darus dan anak sulungnya sedang makan nasi bungkus.Sudah menjadi rutin seharian kerana Ilyana tidak akan sempat balik memasak.Jadi kebanyakkan makan tengah hari dibeli bungkus.Hujung minggu sekali sekala Ilyana akan masak.Itupun jika mereka tidak keluar bersiar-siar.

Ilyana masuk ke bilik dan menanggalkan pakaiannya.Dibuka tudungnya lalu digantung.Disarung baju t-shirt lalu keluar duduk bersama suami dan anaknya di meja.Anak bongsunya terpacak di depan TV menonton Didi and Friends.

"Sedap nasi abah beli? " soal Ilyana pada anak lelaki sulungnya.

"Sedap,mama nak makan?" soal anaknya.

"Ehh tak pa..Mama dah makan " ujar Ilyana.

"Abang,duit belanja ada lagi ke?" soal Ilyana.

Suaminya mengukir senyuman.Sinis.

"Ada la baki duit saya gaji sebelum ini.Cukuplah.Jangan risau,saya tak mintak la duit awak tu " cebik Darus sambil menyuap nasi masuk ke dalam mulutnya.

Ilyana terasa sakit hati mendengar jawapan suaminya.Niatnya baik terhadap suaminya namun jawapan sinis dari suaminya menghiris hatinya.

Darus terus makan tanpa mempedulikan Ilyana.Tidak dipelawa pun isterinya makan walaupun sekadar ajak ajak ayam.Darus terus melahap makanannya sehingga licin.

Selesai makan seperti biasa Darus akan keluar untuk mengeluarkan asap dari tubuhnya.Rokok John seludup lari cukai dipegangnya erat di gazebo itu.

Ilyana pula memandikan anak dan menyelesaikan urusan rumah seperti membasuh,cuci pinggan dan mengemas.Setelah itu barulah Ilyana berehat kadangkala tertidur hingga ke petang.Penat.Begitulah seharian yang dilalui Ilyana sewaktu PKP ini.

Selepas makan malam,Ilyana sekali lagi bertanya suaminya mengenai pekerjaan.Kali ini mulalah Darus merasa rimas dan jengkel kali ini.Namun suka tau tidak,mahu tak mahu dijawab juga soalan isterinya demi mengelak perbalahan berlarutan.Menurut Darus,dia ada memohon untuk bekerja di atas kapal pula.

Terkejut Ilyana memdengar kata-kata Darus.Kalau dulu bekerja dikilang,bolehlah Ilyana terima namun bila masuk bab kerja di atas kapal Ilyana mula menyoal kembali adakah patut suaminya memilih kerja sebegitu.

Darus memberi alasan dia sudah tidak tahu dimana lagi mahu mencari kerja dengan gaji yang setimpal dengan kelayakannya.Kereta Honda Citynya,motorsikal Honda CBRnya perlu dibayar ansurannya bulan-bulan.Bil air elektrik rumah,hutang dan pinjaman peribadinya lagi semuanya perlu dijelaskan setiap bulan.Mujur rumah mereka dibeli Ilyana menggunakan pinjaman kakitangan kerajaan sedikit sebanyak mengurangkan beban Darus.Darus merasakan bebanan kewangannya sangat tinggi ketika ini.

Oleh sebab itu,Darus memilih kerja yang tinggi bayarannya.Walaupun terpaksa meninggalkan anak dan isterinya berbulan.Nanti apabila sudah stabil,masalah coronavirus dapat dikawal, barulah Darus berikhtiar untuk kembali mencari kerja di daratan kembali.

Ilyana akhirnya akur dengan kehendak suaminya.Ada betul katanya.Ilyana tidak mahu lagi bertanya hal seperti itu.Cukuplah dengan sikap Darus yang lebih bertanggungjawab sanggup mencari kerja daripada duduk di rumah berterusan leka bermain PUBG atau Mobile Legends.Walaupun ketika ini,Darus kerap bermain game di telefonnya.Itu lebih menyakitkan mata Ilyana.Pernah mereka bergaduh kerana hal ini namun Ilyana mengalah kerana bimbang Darus naik tangan.Walaupun kerap ditegur,namun Darus tetap sama.

Selesai menidurkan anaknya di bilik sebelah,barulah Ilyana masuk ke bilik untuk tidur.Kemudian barulah Darus masuk.Seperti biasa Darus terus merebahkan badan di atas katil dan terus dibuai mimpi.Mungkin matanya letih mengadap permainan PUBG itu.

Ilyana termangu sendirian.Seperti wanita lain yang bersuami ,Ilyana juga mempunyai nafsu dan kehendak.Ilyana mahu dibelai dan dimanja seperti wanita..Awal perkahwinan dahulu mereka kerap berasmara dan Darus sebenarnya hebatr di ranjang namun entah kenapa sejak PKP dilaksanakan Darus tiba-tiba suram dan tidak berminat lagi melakukan hubungan kelamin.Sebenarnya sudah lama Ilyana dan Darus tidak melakukan hubungan seks.Seingat Ilyana hampir 2 bulan mereka masuk ke bilik dan terus tidur.

Darus pula kerap masuk lambat ke bilik disebabkan selalu tidur lewat akibat bermain game.Darus seolah lupa kehendak dan tanggungjawabnya kepada Ilyana.Ilyana pastilah malu hendak meminta dan berharap Darus memulakannya namun pengakhirannya hampa.

Sebagai wanita,Ilyana mahu dibelai suaminya namun Ilyana malu untuk meminta dari suaminya.Takkanlah timba mencari perigi.Nanti takut diperli suaminya pula.Akhirnya Ilyana hanya mampu memendamkan perasaannya di dalam hatinya.

Share this novel

Azman Awal
2023-08-09 06:30:40 

Syoknya DPT jilat pantat,awek2 wsap


NovelPlus Premium

The best ads free experience