BAB 3 - PENGUMUMAN

Drama Series 91045

Ilyana memandu pulang setelah tamat sesi persekolahan.Terngiang di dalam fikirannya sewaktu mesyuarat ringkas dengan Pengetua sebentar tadi.Mereka berbincang tentang kaedah pengajaran yang akan dijalankan jika PKP dilaksanakan nanti.Kementerian Pendidikan meminta para guru untuk mengajar secara online.

Kemungkinan sekolah akan ditutup lama berikutan peningkatan kes coronavirus.Setiap hari kes melebihi 5000 kes.Rakyat mula bimbang namun ada yang tidak mahu PKP dilaksanakan kerana akan menjejaskan periuk nasi mereka.

Dalam berbincang di mesyuarat itu,ada cikgu yang menyalahkan kerajaan sebagai punca masalah coronavirus melonjak sebegini tinggi.Menurut cikgu tersebut,ramai rakyat memaki hamun ahli politik setiap hari yang gila kuasa melompat bagaikan kera kerana mahukan kuasa.Lompat ke sana ke mari sambil menjaja merekalah yang kepentingan rakyat sebaliknya mereka mahu mengembangkan tembolok sendiri.

Kes coronavirus semakin meningkat,Menteri Kesihatan tenggelam di dalam lautan air suam.Timbalan menteri langsung tidak wujud.Tanya pada rakyat sesiapa pun tidak kenal siapa dan nama para menteri sekarang.Sungguh marah benar guru tersebut.
Riuh rendah dengan ketawa para guru di dalam bilik mesyuarat itu apabila mereka bermain teka nama Menteri.Semua tidak kenal.Hanya kenal PM sahaja.Ilyana juga ketawa melihat para guru menyindir ahli politik dan pemimpin negara.

Semua sedar dan juga hairan kerana lonjakan kes coronavirus seolah-olah dipandang rendah oleh masyarakat dan pemimpin di Malaysia.Masih ramai bersesak di dalam pasaraya,jalanraya sentiasa padat dengan kenderaan.Ianya sangat berbeza dengan PKP kali pertama.

Pengetua akhirnya memutuskan untuk semua guru mengajar secara online.Pengetua mencadangkan group video call digunakan sebagai alternatif seperti Whatssapp,Microsoft team Google Meet dan lain-lain aplikasi lagi yang boleh membantu.Akhirnya mesyuarat ditamatkan kerana ada guru yang mahu balik kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan sebelum PKP.

Pengetua masih bercakap dengan beberapa orang guru kanan setelah menamatkan mesyuarat.Ada juga cikgu yang berbual sesama sendiri memberi idea dan ilham menganai kaedah pengajaran yang akan dipraktikan nanti.

Ilyana merasa gusar dengan situasi yang dihadapi.Gusar sekali kerana Pengetua mahukan para guru mengajar secara online.
Mana mungkin ianya boleh dilaksanakan sepenuhnya dan berkesan.Bukan semua pelajarnya ada kemudahan internet dan komputer.Dari kalangan kaya tiada masalah,tetapi bagaimana dengan pelajarnya yang miskin?

Ilyana tidak mahu membebankan pelajarnya.Mujur Ilyana adalah guru matapelajaran Sejarah.Sejarah tidaklah seperti Matematik yang perlu ditunjukkan langkah pengiraanya,formula dan sebagainya.Matapelajaran Sejarah cukuplah seperti memahami sesuatu peristiwa dan mengingati nama tokoh,tempat dan peristiwa terjadi.Ilyana mula merangka beberapa langkah untuk pelajarnya jika PKP dilaksanakan kembali.

Pulang dari kerja, Ilyana mengemas rumah dan mengurus anaknya sambil menunggu pengumuman penting dari kerajaan berkenaan PKP.Dan di TV petang itu disiarkan secara live penguman PM mengenai isu PKP ini.Dan menurut PM,PKP akan dilaksanakan dan kerajaan memberi masa 2 hari untuk rakyat menyelesaikan segala hal sebelum perintah dikuatkuasakan.

Ilyana termangu mendengar pengumuman itu.Fikirnya pasti Darus lebih gembira kerana dapat melekat terus di rumah kerana tidak perlu lagi keluar mengambil anak-anak.

Waktu makan malam,Ilyana sekeluarga menikmati makan malam.Darus yang lapar setelah seharian menembak di dalam telefonnya.Ramai pengganas kulit putih tumbang dalam arena PUBG itu.Ilyana pula masak agak banyak malam ini,salah satunya udang masak sambal.Darus yang sukakan masakan itu melahap semahunya.Sambil menikmati hidangan,Darus membuka mulut mengenai tawaran kerja yang baru diperolehinya petang tadi.

Menurutnya beliau telah ditawarkan bekerja di syarikat minyak dan gas.Darus mengatakan beliau perlu ke Kemaman lusa,iaitu tarikh akhir yabg diberikan oleh kerajaan sebelum PKP dilaksanakan.Menurut Darus,pihak majikan memintanya untuk melengkapkan beberapa dokumen esok dan pada malamnya harus bertolak ke Kemaman.

Ilyana terkejut dengan berita itu.Tidak jangka Darus memaklumkan kepadanya ketika ini.Di saat negara sedang bersiap sedia menghadapi PKP,suaminya pula perlu meninggalkan keluarga.Hatinya gundah gulana kerana Darus akan keluar dari rumah dalam jangka masa yang lama.

" Abang ni betul ke esok dah nak kena bertolak?" soal Ilyana.Mencari kepastian.

"Ya.Esok saya nak siapkan dokumen, medical checkup malam nanti awak hantar saya pergi naik bas,lusa saya kena sampai Terengganu" ujar Darus sambil menyuap nasi.

"Tapi kenapa last minute? Tak boleh tunggu habis PKP? " soal Ilyana lagi.

"Hmm..kalau tu syarikat bapak abang tak apa la..Ini syarikat orang..orang dah offer pun kira bersyukur la..Ada jugak kerja untuk saya..Kalau saya duduk rumah makan tidur saja nanti awak juga yang nak mengungkit " cebik suaminya sambil berselera memasukkan nasi ke dalam mulutnya.

" Ehh ke situ pulak..Abang serius ke nak ke sana? Tinggalkan saya seorang diri kat rumah?" soal Ilyana mencuka.

" Nak buat macam mana sayang, itu saja yang ada bagi saya kerja.Takkan nak suruh saya mintak duit dari awak pulak tiap-tiap hari.Lagipun saya banyak hutang nak kena bayar.Kereta tu dah 2 bulan miss,nanti kena tarik,satu hal pulak.Dah ada orang nak bagi gaji banyak macam ni kenalah korban sikit" ujar Darus lantang.

" Macam mana pulak dengan anak-anak?Abang sanggup tinggalkan mereka juga.Dah la dengan saya seorang diri nak uruskan mereka ? " soal Ilyana lagi.

" Alah awak ni..nama pun PKP,awak pun dah tak kena pergi sekolah mengajar,awak duduklah dengan mereka.Semua dah ada kan? Internet pun laju.Awak boleh work from home,untunglah..Saya kena keluar cari rezeki..Lagipun kes coronavirus tinggi setiap hari,saya confirm PKP ni makan masa 2-3 bulan.Sempat lah saya balik nanti " ujar Darus lagi.

Ilyana termangu mengenangkan nasib dirinya.Matanya kaku memandang nasi.Tiba-tiba selera makannya menghilangkan diri.
Ilyana tahu buang masa untuk bertegang leher sekarang.Ada betul kata Darus itu.Untuk survive di kala pandemik ini satu cabaran yang besar.Ilyana sebagai guru tidak akan merasa kesan yang ketara kerana bekerja makan gaji,cuti atau kerja cukup bulan kerajaan akan memberi gajinya akan masuk.

Keesokan hari Darus bersungguh-sungguh menyelesaikan urusannya.Darus mahu kesana dengan senang tanpa tertinggal apa-apa pun dokumen penting.Inilah kali pertama dalam hidupnya Darus bekerja di lautan.Pengalaman baru akan ditempuhinya.

Darus yang memiliki Ijazah dala Kejuruteraan Mekanikal,jadi mudahlah baginya meminta kerja yang ketika ini memerlukan kemahiran.Mungkin rezekinya kali ini lebih baik dari sebelum ini.Jauh disudut hatinya Darus tidak mahu berpisah dengan keluarganya apakan daya niat di hati hendek memeluk gunung,tetapi tangan tak sampai.

Darus harus berkorban sedikit masanya.Gaji yang ditawarkan pun lumayan bersesuaian dengan kelayakannya.Lagipun Darus bekerja bukanlah tetap,kontrak sentiasa diperbaharui nanti mengikut ekonomi.

Akhirnya malam itu Darus bertolak ke Terengganu.Ilyana dan anak-anak menghantar Darus ke Terminal Bas.Anak kecilnya menangis berpisah dengan bapanya.Ilyana turut sedih namun apakandaya,untuk kelangsungan hidup mereka ,perlu dicekalkan hati.Air mata Ilyana membasahi pipinya yang putih dan mulus itu,Darus merenung keluarganya dari di atas bas.Namun mereka perlu cekal.Mereka melambai-lambai apabila bas Darus bergerak meninggalkan mereka lalu hilang dari pandangan mata.

Kemudian barulah Ilyana pulang ke rumah bersama satu kerinduan.Malam yang bakal mendatang pastilah tidurnya tidak seperti sebelum ini.Kamarnya akan sunyi.Bersendirian tanpa suami disisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience