Aku berdiri di hadapan cermin panjang yang tergantung pada dinding bilik sambil menilik pakaian yang tersarung di tubuh. Cermin panjang yang tergantung itu aku beli dekat Shopee. Meskipun harganya murah tidak semahal harga kayangan, namun aku cukup suka dengan design yang dihasilkan. Simple but nice!
Baju kurung moden potongan peplum warna purple dipadankan dengan sanggul rambut yang tinggi. Seperti biasa, aku hanya mengenakan mekap yang tipis. Sekadar menaikkan seri wajah. Aku sudah sedia cantik. Ahaks!
“Perfect,” gumamku sendirian setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri. Extra cantik aku hari ni. Huhu.
“Akak, abang Kael dah sampai. Cepat sikit.” Kedengaran suara Thaqif dari luar bilik sambil tangan mengetuk sedikit pintu bilik.
"Kejap lagi akak turun." Laung aku dari dalam bilik.
Kedengaran tapak kaki Thaqif berjalan menjauhi pintu bilik. Menandakan adikku itu telah beredar. Tangan pantas mengambil sling bag yang tergantung di bahagian hooks hanging pole. Sling bag disangkut di bahu kanan sebelum kaki bergerak mencapai telefon pintar yang terdampar di atas katil. Aku segera menuruni tangga sesudah keluar dari bilik. Sesampai di pintu pagar, aku mengerutkan dahi memandang Kael yang segak dengan baju Melayu warna putih berdiri bersebelahan Audi R8 V10 putih di bahagian penumpang hadapan.
Siapa sebenarnya lelaki ini? Tengok dari gayanya nampak macam orang berada. Tak nampak macam orang kebanyakan seperti aku ni hah. Atau memang benar Kael anak tiri Tan Sri Afham?
"Lama ke awak tunggu?" Soal aku setelah berdiri di hadapan Kael.
Kael menggeleng.
"Takdelah lama mana. Baru je lagi."
Mendengarkan itu, aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tahu Kael tidak menunggu aku untuk tempoh waktu yang lama. Risau juga Kael terpaksa menunggu aku lama. Tak semua orang mampu bersabar menunggu. Aku tahu itu.
“Shall we go?”
Aku mengangguk seraya mengukirkan senyuman manis buat Kael. Rajin pula aku senyum dekat Kael. Tapi tak apa. Senyum kan sedekah?
Kael bukakan pintu kereta untuk aku. Gentleman siak! Aku memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tak lama kemudian, kereta yang dipandu Kael meluncur laju membelah jalan raya.
Sepi di antara kami. Yang kedengaran hanyalah radio yang dibuka dengan bunyi sederhana perlahan. Sekadar menemani kami yang masing-masing diam tidak bersuara. Kali pertama naik kereta mahal macam ni, rasa teruja pula. Maklumlah aku bukan anak orang kaya. Keluargaku sederhana sahaja. Aku pula mampu naik kereta Myvi je. Myvi pun Myvi la janji ada kenderaan untuk bergerak. Beli dengan hasil titik peluh sendiri, feel dia lain sikit. Rasa bangga pun ada. Huhu.
"Kau nampak cantik sangat hari ni." Tiba-tiba Kael memujiku. Memecahkan kesunyian di antara kami.
Aku segera menoleh ke arahnya.
"Pujian ikhlas ke ni?" Rasa macam tak percaya pula Kael memuji aku cantik.
"Ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam." Serentak itu aku nampak Kael ukirkan senyuman di wajah.
Aku menunduk sambil mengulum senyum. Dalam hati rasa kembang apabila Kael memujiku. Tak sangka sebenarnya Kael akan memuji. Kan dah kata aku ni cantik orangnya. Mekap nipis pun dah terserlah kecantikan. Ahaks.
"Apa pun jadi lepas ni, aku nak kau kuatkan hati."
Senyuman di bibir terus mati mendengarkan kata-kata Kael. Pantas kepala diangkat menoleh ke arah Kael yang masih tenang memandu.
"Apa maksud awak cakap macam ni?"
Kael menoleh ke arahku.
"Kau akan tahu. Soon. Mungkin dalam kepala otak kau sarat dengan bermacam-macam persoalan, tapi percayalah kau akan tahu jugak nanti. Wait and see." Kael kembali fokus dengan pemanduan. Riak wajahnya kelihatan serius.
Apa maksud Kael? Perasaan ingin tahu kian menebal dalam diri. Kata-kata Kael sedikit sebanyak membuatkan aku semakin tidak sabar ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan olehnya.
**********************************************************
Aku tercengang apabila kami tiba di Grand Ballroom. Ini kan tempat yang aku datang semalam untuk hias dewan bagi majlis perkahwinan anak Tan Sri Afham. Kael menarik tanganku supaya mengikuti langkahnya. Aku hanya membiarkan langsung tidak memarahi perbuatan Kael. Kami berjalan beriringan.
Kelihatan dua orang penyambut bertugas sebagai penyambut di pintu utama dewan. Kami berhenti tepat di hadapan penyambut tersebut.
"Encik Mikael," ucap salah seorang penyambut diikuti dengan tundukan. Salah seorang lagi penyambut turut menundukkan kepala.
Tingkah yang ditunjukkan buatkan aku tertanya-tanya. Siapa sebenarnya Kael ni? Kenapa penyambut tunduk hormat kepadanya? Gaya macam Kael ni tetamu terhormat.
Kael hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum tipis.
"Silakan Encik Mikael." Penyambut berkenaan mempersilakan kami melangkah masuk ke dalam dewan.
Semakin bertambah persoalan di minda. Orang lain yang datang perlu tunjukkan kad undangan kepada penyambut tetamu. Aku dan Kael pula dibenarkan masuk begitu sahaja. Seolah-olah Kael memiliki lesen besar tanpa perlu menunjukkan kad undangan. VVIP mungkin?
Kami mengambil tempat di barisan paling hadapan. Aku duduk bersimpuh di sebelah Kael. Tok kadi sudah ada di tempatnya. Bersedia untuk menikahkan bakal raja sehari sebentar sahaja lagi. Aku menoleh kiri dan kanan. Orang ramai sudah memenuhi dewan. Ramai juga tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Aku tunduk memandang telefon di tangan. Jari lincah menaip membalas chat Fira di aplikasi WhatsApp.
Aku ada hal sekarang. Nanti aku reply.
Ikon send ditekan.
Ting!
Notifikasi telefon berbunyi. Menandakan Fira telah membalas pesananku. Laju betul minah ni balas. Fast reply. Hoho.
Kau kat mana? - Fira
Aku kat dewan. Attend majlis akad nikah. Aku teman Kael.
Send.
Suasana tiba-tiba bertukar sepi. Aku segera mute kan bunyi telefon. Bimbang akan mengganggu majlis yang bakal dimulakan. Nanti dah habis majlis ni, baru aku balas chat Fira. Aku panggung kepala. Seketika kemudian aku tergamam apabila pandanganku bertaut dengan pandangan seseorang yang amat dikenali olehku. Uqail! Baru aku sedar bahawa lelaki itu merupakan pengantin lelaki pada hari ini. Lelaki itu segak dengan baju pengantinnya. Dia juga kelihatan terkejut melihat aku di situ.
Aku tidak tahu apa yang harus aku rasakan. Sedih? Marah? Benci? Sakit hati? Aku tidak pasti apa perasaanku ketika ini. Lelaki yang aku cintai bakal berkahwin dengan wanita lain.
Lelaki itu akan berkahwin dengan perempuan lain sementelah aku masih bergelar kekasihnya. Apakah semua ini? Adakah ini semua mimpi? Aku menoleh ke arah Kael yang berada di sebelahku. Wajahnya kelihatan tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dari riak wajah Kael, lelaki itu seperti sudah lama mengetahui hal ini. Inikah yang dia mahu tunjukkan kepadaku? Apa motif Kael? Bawa aku ke sini sebab nak aku tengok dengan mata kepala aku sendiri?
Sepanjang majlis berlangsung, aku hanya menayangkan riak wajah yang tenang. Namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati aku ketika ini. Hancur sehancurnya! Apakan daya, aku harus tunjuk kuat depan Uqail. Ya harus!
Usai majlis pembatalan air sembahyang, aku cepat-cepat menarik lengan Kael. Mahu segera berlalu dari situ. Sudah tidak berdaya mahu berlama-lama di situ melihat kekasih sendiri menikahi wanita lain di hadapan mata.
“You have to be strong.” Kael berbisik di telinga sebelum kami beredar dari situ.
Sejurus memasuki kereta, aku segera menghamburkan tangisan. Tangisan yang ditahan ketika masih berada di dalam dewan akhirnya pecah jua. Sudah tidak berdaya menahannya. Aku seperti sudah hilang rasa malu menangis di hadapan Kael. Lenyap sudah wajah tenang yang aku pamerkan semasa majlis akad nikah.
Sakit dengan sebuah kenyataan yang baru aku lihat sebentar tadi. Uqail sudah sah bergelar suami orang! Lelaki yang aku cintai sepenuh hati menikahi wanita lain di hadapan mata aku sendiri. Kasih yang aku beri, tuba yang dibalas oleh lelaki itu. Ya Allah, sakitnya terasa bagaikan ditusuk pisau belati. Pedih dan menyakitkan.
“Shh it’s okay to cry. You’ll be fine after this.” Setelah agak lama membiarkan aku menangis, Kael akhirnya bersuara. Cuba memujuk aku daripada terus-terusan menangis.
Lembut sahaja nada Kael namun nada yang lembut itu seakan-akan air yang dicurahkan ke dalam api. Membakar api kemarahan dalam diri aku. Membuak-buak rasa marah terhadap Kael. Awak jahat Kael!
Aku kesat air mata. Kasar. Wajah Kael di sebelah dipandang garang seperti mahu ditelan.
“Awak dah lama tahu Uqail akan kahwin hari ni?” suara celah gigi.
Lambat-lambat Kael mengangguk.
Aku mendengus kasar. Sumpah sekarang ni aku rasa nak cakar-cakar je muka Kael. Biar rosak kulit muka dia. Padan muka! Sakit hati aku dengar jawapan dia.
“Kenapa awak tak bagitahu awal-awal hal ni dekat saya? Awak suka kan tengok saya macam ni? Suka la kan saya menangis sebab Uqail? Suka la kan saya menangis macam orang bodoh sebab lelaki tu?” Tuduh aku melulu. Suara sudah bertukar rentak. Kasar.
Kael mengeluh. Wajahku dipandang tepat.
“I hate seeing you cry for another man that doesn’t deserves you.” Keras suara itu menjawab. Pandangannya berubah tajam.
“Then why you did this?!” Aku menjerit lantang. Sudah mula hilang pertimbangan dalam mengendalikan emosi.
“I've got your back. Aku buat semua ni sebab aku taknak kau sakit di kemudian hari!” Kael turut meninggikan suara. Geram denganku agaknya.
"But then still awak rahsiakan dari saya!"
"Aku dah bagi hint dekat kau sebelum ni tapi kau tak pernah nak endah! Kau yang tak pernah peduli dengan kata-kata aku."
Aku terdiam.
“Apa maksud awak?”
“Dah banyak kali aku cakap dekat kau yang aku kenal kau tapi kau tak kenal aku. Kau tak pernah nak fikir maksud disebalik kata-kata aku kan? Kau selalu anggap aku main-main dengan kau. Betul tak?"
Aku gigit bibir. Kata-kata Kael ada benarnya juga. Bukan aku tidak pernah memikirkan maksud disebalik kata-katanya namun aku tidak menemui jawapan untuk semua itu.
"Maybe kalau boleh anggap apa yang kau fikirkan selama ni betul. Aku tahu kau tertanya-tanya siapa aku. Tiba-tiba muncul dalam hidup kau. Aku adik tiri Uqail. Aku tahu hubungan korang kurang baik beberapa bulan kebelakangan ni. Dia tak bagitahu kau yang dia akan kahwin dengan anak kawan papa dia. Tan Sri Afham ayah tiri aku. Ayah kandung Uqail. Mesti kau terkejut dapat tahu siapa Uqail sebenarnya kan? Selama korang bercinta, dia tak pernah kenalkan kau dekat family kita orang. I knew it.” Panjang lebar penjelasan Kael.
Sekali lagi aku terdiam. Banyak tentang Uqail yang aku tak tahu. Anak orang kaya rupanya. Selama ni dia bagitahu aku dia orang biasa-biasa je. Patutlah dia hanya kenalkan aku dengan ibu saudaranya sahaja. Dia taknak aku tahu siapa dia sebenarnya. Yang aku tahu, dia kerja sebagai engineer. Yang lain zero. Bodohnya aku selama ni tak pernah cuba ambil tahu tentang latar belakang Uqail.
“Untuk apa awak bagitahu saya semua ni?”
“Sebab aku taknak kau terus-terusan berharap pada orang yang salah. Yang tak layak untuk kau. Sedangkan masih ada orang yang harapkan kau.”
“Siapa?”
“Aku.”
**********************************************************
Malam itu aku duduk bersila di atas katil. Fira pula setia di sisiku. Fira datang ke rumah setelah aku memberitahunya tentang Uqail. Awal-awal aku memberitahunya tentang pernikahan Uqail, jenuh aku dengar Fira sumpah seranah lelaki itu. Marah benar dengan Uqail.
Fira dari dulu tidak sukakan Uqail. Aku je yang bodoh nakkan lelaki itu. Sayang punya pasal. Terlampau sayang sampai ditipu hidup-hidup pun tidak sedar. Ada kalanya kita harus menerima dan mendengar kata-kata orang sekeliling tentang apa yang diberitahu oleh mereka. Mereka lebih nampak apa yang 'kurang kena' terutama mengenai pasangan hidup. Mungkin kita rasa kita sudah cukup betul membuat pilihan, namun di mata orang yang memandang? Mereka lebih tahu.
“Kan aku dah cakap sebelum ni. Jangan percayakan sangat si Uqail tu. Kau dengan dia tak sesuai. Tengok apa dia buat dekat kau. Dia tipu kau hidup-hidup." Fira memulakan mukadimah. Sudah bersedia mahu membahas tentang Uqail.
“Aku sendiri tak sangka dia tipu aku hidup-hidup selama ni,” balasku perlahan. Kepala menunduk.
Itu sahaja yang mampu katakan ketika ini. Aku sedar aku juga silap dalam hal ini. Membuta tuli percayakan Uqail. Namun perbuatan Uqail sangat-sangat mengecewakan aku.
“Jangan cakap kau je tertipu. Aku dengan Akmal pun tertipu sama. Akmal tu bestfriend Kael tau. Tapi Kael tak pernah bercerita lebih-lebih pasal family dia."
"Kael terlalu berahsia."
Fira mengangguk. Bersetuju dengan kata-kataku.
"Aku sebenarnya kesian tau dekat kau. Kau mati-mati percaya dekat Uqail tanpa sekelumit pun perasaan ragu-ragu. At the end dia kahwin dengan orang lain depan mata kau sendiri. What the heck!”
Aku panggung kepala. Wajah Fira dipandang.
"Aku ni, bodoh kan?" Tubir mata mula bergenang. Selepas Kael menghantar aku balik, aku berkurung seharian dalam bilik. Menangis tak henti-henti sampai bengkak mata mengenangkan apa yang telah terjadi. Sekarang mahu menangis balik. Mengingatkan kembali apa yang terjadi, hati kembali sakit.
"Tris…" Fira segera memeluk aku. Erat. Belakang badan aku diusap lembut. Cuba menenangkan aku.
Sesungguhnya aku sedang hancur ketika ini. Hati ini terlalu sakit dengan apa yang terjadi. Kebenaran yang menyakitkan. Katanya cinta tapi mengapa menyakiti?
"Fira, apa kurangnya aku sampai dia buat aku macam ni? Sakit Fira, sakit sangat-sangat." Aku menangis teresak-esak di dalam pelukan Fira. Dada terasa berat. Mahu pecah.
"Kau tak kurang apa pun. Jangan persoalkan apa yang jadi. Mungkin ada hikmah-Nya yang kita tak nampak. Just kau dengan dia tak berjodoh." Lembut Fira membalas.
"Tapi aku sayang dia."
"Aku faham tapi dia dah pun jadi suami orang. Kau kena redha."
"Tak mudah untuk aku terima semua ni. Aku dengan dia bercinta bukan sehari dua tapi dah bertahun."
"Aku tahu semua tu. Aku faham. Take your time. Aku tahu tak mudah untuk kau terima semua ni tapi percayalah cakap aku. Sakit yang kau rasa hari ni, Allah akan gantikan dengan sebuah kemanisan di kemudian hari. Sekuat mana kau genggam, kalau Allah kata dia bukan untuk kau, genggaman tu akan terlerai jugak. Jodoh ajal maut Allah dah tetapkan." Panjang lebar Fira bercakap. Kali pertama Fira kelihatan matang dalam berkata-kata. Sisi yang jarang ditunjukkan oleh Fira. Selalunya dia banyak main-main.
Kata-kata Fira sedikit sebanyak meresap ke dalam hati. Kata-kata yang menyedarkan aku tentang sesuatu. Qada' Dan qadar Allah. Aku berhenti menangis. Air mata disapu dengan hujung jari. Pelukan dileraikan. Wajah Fira ditatap.
"Terima kasih Fira. Kata-kata kau buatkan aku tersedar tentang qada' dan qadar. Aku lupa benda tu."
Fira mengangguk. "Aku sayang kau. Aku taknak kau sedih-sedih macam ni."
"Kau nak buat aku nangis balik ke?"
"Janganlah nangis balik. Nanti aku kena marah buat kau nangis." Nada suara dibuat-buat sayu.
Dahi berkerut. "Kenapa pulak?"
"Mungkin apa yang jadi ni asbab kau jumpa seseorang yang jauh lebih baik dari Uqail. Yang boleh bahagiakan kau. Someone yang tengah tunggu kau."
"Apa maksud kau?"
"Kael." Fira tersengih-sengih.
"Kenapa dengan dia?" Tak faham aku apa sebenarnya yang Fira cuba sampaikan.
"Aku rasa dia suka kau la. Dia tu aku tengok takdelah teruk mana walaupun dia jenis kasar. One word, hensem ."
Aku menghela nafas. Ini lagi seorang. Tentang Kael memang tidak habis fikir dibuatnya. Kata-katanya pagi tadi masih tersemat kukuh di ingatan. Dia memang suka aku ke?
"Tak mungkinlah dia suka aku. Kita orang baru je kenal." Sangkal aku. Tak percaya sebenarnya Kael suka aku melainkan dia sendiri yang bagitahu.
"Tak mustahil. Mana tahu love at first sight?"
Aku gelengkan kepala. Merepek betul minah ni.
"Kau tahu tak, sebelum ni Akmal ada bagitahu aku yang Kael ada abang tiri. Mak dia kahwin dengan orang kaya pangkat Tan Sri tapi aku tak sangka Uqail tu abang tiri dia. What a small world. Uqail tu pulak boyfriend kau. Dua-dua penipu.” Masam mencuka wajah Fira.
“At least Kael jujur dengan aku. Dia sengaja ajak aku teman dia sebab nak tunjuk siapa Uqail sebenarnya.” Aku mempertahankan Kael.
Mamat tu penipu juga tapi sekurang-kurangnya dia beritahu aku. Erk! Boleh diterima ke alasan sebegini?
“Hai, pertahankan Kael nampak?” Fira angkat kening sambil tersenyum mengusik. Hilang sudah wajah masamnya tadi. Digantikan pula dengan senyuman mengusik.
“Bukan apa. Kalau dia tak bagitahu aku, mesti aku tak tahu semua ni. Mesti lepas ni aku masih anggap Uqail tu boyfriend aku sedangkan dia dah kahwin.”
“So kau nak buat apa lepas ni? Masih nak teruskan hubungan dengan Uqail?”
Aku jeling ke arah Fira. Mintak kaki ke apa si Fira ni? Gaya meminta betul.
“Kau gila ke? Aku taknak rampas suami orang walaupun hakikatnya aku tak pernah rampas sesiapa. Aku akan putuskan hubungan aku dengan dia. Mungkin dah tertulis dia bukan jodoh aku. Kau sendiri yang cakap sekuat mana aku genggam, bila mana Allah berkehendak, genggaman tu akan terlerai jugak.”
Fira menghela nafas. Wajahnya kelihatan lega.
“Kau kena kuat. Trust me ada orang yang lebih baik dari dia untuk kau. Ada baiknya Mak Long dengan Pak Long tak pernah tahu pasal Uqail. Kalau tak lagi haru.” Fira menggelengkan kepala.
Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Fira. Aku sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya umi dan abah mengetahui hubungan aku dengan Uqail namun lelaki itu menikahi wanita lain. Entah apa reaksi umi dan abah. Pasti mereka turut sedih dan marah dengan apa yang terjadi.
“But kau tak terfikir ke? Uqail pergi, Kael pulak datang. Mamat tu bukan biasa-biasa tau. Ada gym sendiri. Cara dia pandang kau tak sama macam dia pandang orang lain. Aku yakin dia suka kau tapi mungkin dia tak berani nak bagitahu kau.” Fira buat kesimpulan sendiri.
“Kau merepek apa kau ni? Kita orang baru je kenal since the first day we met dekat traffic light.” Aku menyangkal kata-kata Fira.
Kata-kata Kael pagi tadi masih segar di ingatan. Namun aku menganggap kata-kata itu sebagai gurauan semata-mata. Kael tunggu aku? Gaya dia bercakap seolah-olah seperti sudah lama menunggu aku. Tapi bagaimana mungkin? Tidak mungkin Kael sukakan aku.
“Mana ada aku merepek. Aku cakap benda betul. Tak dapat abang, dapat adik tiri pun jadi la. Lagi handsome dari si abang. Bertuah kau.”
Fira ketawa riang. Suka la tu bila rasa kesimpulan yang dia buat tu betul. Entah apa-apa je la si Fira ni. Bukan betul sangat pun. Pandai-pandai je.
"Banyaklah kau. Merepek je la kau ni. Tak mungkin Kael suka aku. Tak semudah tu aku nak jatuh cinta dekat dia. Hati aku masih ada nama Uqail."
"Takde benda yang mustahil dalam dunia ni. Kun fayakun. Bila Allah berkehendak, maka jadilah ia. Hari ni maybe kau tak suka dia, esok lusa Allah terbalikkan hati kau untuk suka dia, kita tak tahu. Lebih baik kau jaga-jaga dengan kata-kata kau sendiri. Takut nanti kata-kata kau makan diri. Hati kita ni Allah yang pegang."
Aku menunduk. Kata-kata Fira sedikit sebanyak memberi impak kepada aku. Benar yang dikatakan oleh Fira. Hati kita Allah yang pegang. Sebaik-baiknya berbaik sangka kepada Allah yakni di waktu menerima nikmat berupa ujian.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)
Setitis demi setitis air mata kembali mengalir lesu di pipi. Aku yang sering terleka selama ini. Aku lupa Allah Maha Mengetahui. Bukan kita yang mengatur dunia, tetapi dunia yang sedang mengatur kita. Adakalanya kita berkehendak namun kehendak itu tidak semestinya akan tertunai sesuai dengan keinginan kita.
Fira menepuk-nepuk belakang badan. Memberi kekuatan kepada aku. Aku tahu dia risau dan sedih melihat keadaan aku. Kami membesar bersama-sama. Cubit paha kanan, paha kiri ikut terasa.
"Kau memang sepupu terbaik aku. Thanks," ucap aku dalam tangisan dengan suara yang serak.
"Small matter. Kau kena kuat tau. Lepaskan dia okay? Dia tak layak untuk kau."
Aku mengangguk. Jalani sahaja kehidupan ini. Jika kamu ingin terbang di langit, kamu harus meninggalkan bumi. Jika kamu ingin ke depan, kamu harus melepaskan masa lalu yang menjatuhkan kamu.
"Kael ada mintak tolong aku untuk pass sesuatu dekat kau. Aku dah send dekat kau nanti kau tengok eh?"
Pandangan naik menghala ke arah Fira. Pandanganku sedikit kabur namun aku masih dapat melihat Fira yang sedang tersenyum tipis bersama telefon pintar di tangan.
"Send? Kau send apa?"
"Nanti kau tengok kau tahulah. Aku dah send kat Whatsapp."
Aku garu kepala yang tidak gatal. Bila masa pulak minah ni buat kerja? Lagi tepat, bila masa dia hantar apa yang diminta oleh Kael?
"Bila masa kau send dekat aku? Tak perasan pun."
"Tadi. Dah kau sibuk menunduk menangis tak henti-henti. Aku ambil la peluang waktu tu. Mana kau nak perasan. By the way, aku dah send sekali phone number Kael. Kau save nombor dia sekarang!" Arah Fira gaya bos.
Terus kering air mata aku. Dasar sepupu!
"Apahal aku kena save nombor dia?"
"Banyak bunyilah kau ni." Fira memasukkan telefonnya di belakang poket seluar jeans. Kaki melangkah menuruni katil sebelum bergerak ke arah meja kecil bersebelahan katil. Telefon pintarku diambil.
Aku hanya memandang perlakuan Fira yang sedang menekan-nekan skrin handphone. Entah apa yang dibuatnya aku tidak pasti. Setelah beberapa minit, Fira menyerahkan semula handphone kepadaku.
"Aku dah buat apa yang Kael suruh. Nanti kau check Whatsapp kau. In case kau geram ke apa ke, kau contact Kael. Dia pesan macam tu. Aku balik dulu. Cau."
Belum sempat aku membuka mulut, Fira sudah menonong keluar daripada bilik turun ke tingkat bawah. Telefon di tangan dipandang. Membulat mataku memandang skrin yang masih menyala.
Fira tukar wallpaper homescreen telefon guna gambar Kael. The heck?!
5 February 2023 13:45 pm
Share this novel
bila nak bawak keluar lagi saya dh addicted sgt ni
i'll be waiting for next chapter!!
want more chapter...its fun to read