BAB 6

Romance Series 4896

Disebabkan Kael menghantar aku pulang ke rumah lewat maghrib tadi, umi dan abah mengajak Kael untuk solat dan makan malam di rumah kami. Thaqif, adik lelaki aku tak habis-habis memuji si Kael. Hensem la mata dia cantik la body dia lawa la apa la. Dari hujung kaki sampai hujung rambut dia puji lelaki itu. Naik muak aku mendengar semua pujian Thaqif. Dah kena jampi agaknya si budak Thaqif tu. Baru pertama kali jumpa dah puji macam-macam.

“Mikael dah lama ke kenal dengan anak makcik?” Seperti biasa umi yang kepoh akan membuka mulut bertanya itu ini. Saat ini kami berlima sedang menjamu selera di meja makan kecuali Fira. Sepupuku itu sudah pulang ke rumah keluarganya sementelah ayah dan ibu saudaraku sudah kembali ke Malaysia.

Oh ya, jangan terkejut umi panggil Kael dengan panggilan Mikael. Kata umi nama Kael merupakan nama salah seorang malaikat iaitu malaikat Mikail. Selain itu, Mikael bermaksud kesejahteraan dan pemberian Allah. Kata umi lagi, erti nama Mikael sangat baik. Berbanding Kael, umi lebih gemar memanggil dengan panggilan Mikael. Abah pun sama.

Ketika sampai di rumah tadi kebetulan umi sedang menunggu aku balik kerja di luar pintu pagar rumah. Pada awalnya umi kelihatan terkejut kerana aku pulang ke rumah dengan menaiki motorsikal kuasa besar bersama Kael sementelah kereta Myvi kesayangan aku ditinggalkan berada di kedai. Aku tidak lagi berasa pelik apabila Kael mengetahui alamat rumah keluargaku sehingga menghantar aku pulang ke rumah. Bak kata Kael, dia kenal aku tapi aku tak kenal dia. Maksudnya dia tahu semua perkara tentang aku.

Ikutkan hati aku tidak ingin mengajak Kael masuk ke dalam rumah. Namun disebabkan umi telah melihat Kael, beria-ria umi mengajak supaya solat dan makan malam di rumah kami. Abah yang muncul di pintu rumah turut memanggil Kael masuk ke dalam. Kata abah sudah lewat maghrib. Sebaiknya segerakan solat daripada tangguhkan. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk menunaikan solat di awal waktu. Banyak kelebihan dan kebaikan solat di awal waktu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi mengenai amalan paling utama ialah solat diawal waktu. Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Sepatutnya aku bawa Uqail ke rumah sekarang terbalik pula. Kael lelaki pertama yang aku bawa balik ke rumah. Rasa malu pun ada ketika aku memperkenalkan Kael kepada keluargaku. Kata umi dia ingatkan aku bawa balik bakal menantu untuk dia. Umi juga tidak kering air liur memuji Kael. Rasa nak sorok je muka bila umi sebut tentang bakal menantu. Apatah lagi Kael memandangku penuh makna. Siap senyum lagi dekat aku.

“Kita orang baru je kenal.” Aku menjawab bagi pihak Kael.

“Kita orang dah lama kenal makcik.” Jawapan yang berbeza keluar dari bibir Kael.

Aku pandang Kael yang duduk bertentangan dengan aku. Bila masa pulak kami dah lama kenal? Memandai-mandai je mamat ni. Hempuk karang.

“Mana satu korang ni? Dah lama kenal atau baru kenal?” soal abah yang duduk di tengah-tengah ruang makan. Abah raja, ketua dalam rumah ni. Haruslah selayaknya tempat abah di situ.

“Kita orang baru kenal je bah.” Cepat-cepat aku menjawab. Tidak mahu memberi peluang Kael menjawab. Karang dia buka mulut, pasti dijawabnya kami sudah lama kenal. Apa motif Kael cakap macam tu? Aku tidak senang dengan perkara itu.

“Eleh akak nak cover la tu. Kalau dah lama kenal, cakap je la dah lama kenal. Nak sorok-sorok pulak.” Thaqif yang berada di sebelah Kael menyampuk. Bibirnya sudah tersengih-sengih.

Si Thaqif ni memang! Dalam kalangan kami adik-beradik, Thaqif paling suka menyakat aku. Tidak hairanlah dia lebih rapat dengan aku berbanding Along. Along garang dan tegas. Karakter anak sulung memang macam tu agaknya.

“Diamlah kau.” Aku jegilkan mata ke arah Thaqif.

Thaqif jelirkan lidah. Tidak takut dengan jegilan sebentar tadi.

Kaki yang berada di bawah meja segera naik menendang. Namun aku silap percaturan. Tendangan itu tersasar terkena kaki Kael. Berkerut wajah lelaki itu menahan sakit. Alamak! Salah target pula.

“Kenapa Mikael? Berkerut je muka tu?” tanya umi apabila perasan riak wajah Kael berkerut.

“Takde apa makcik. Ada semut api gigit,” jawab Kael sebelum jeling ke arah aku.

Aku buat-buat tak nampak jelingan itu. Makanan yang ada di dalam pinggan aku suap ke dalam mulut. Meneruskan makan tanpa memandang Kael yang sedang merenung tajam ke arahku.

“Mikael ni sekali tengok nampak segak. Kerja apa?” abah bertanya ingin tahu.

“Kerja biasa je pakcik.”

“Kerja apa yang biasa tu?”

“Bukak gym je pakcik," balas Kael dengan senyuman nipis tersungging di bibir.

"Oh bukak gym." Abah menganggukkan kepala beberapa kali.

Aku yang tengah makan terbatuk tiba-tiba apabila dengar perkataan gym yang keluar dari bibir Kael. Did he say gym? Umi yang duduk di sebelahku segera menghulurkan segelas air sambil menepuk lembut belakang badanku. Huluran umi disambut sebelum dengan rakus aku meneguk air untuk menghilangkan perit dalam tekak. Setelah merasakan sudah okey, gelas air diletakkan di atas meja bersebelahan pinggan.

“Makan jangan nak gelojoh sangat.” Pesan umi.
Aku pandang umi di sebelah.

“Mana ada Tris gelojoh. Tiba-tiba je terbatuk.” Aku bela diri.

Pandangan diangkat ke hadapan. Bertembung dengan pandangan milik Kael. Lelaki itu tenang sahaja memerhatikan tingkahku. Sekilas aku nampak dia mengukirkan senyuman manis buatku. Aww! Manis gila dia senyum. Melting weh!

Tidak disangka Kael merupakan owner gym. Padanlah Thaqif asyik memuji badannya. Memang diakui tubuh badan Kael kelihatan fit dan tough. Nampak sasa walaupun Kael kurus dan tinggi lampai bak model.

**********************************************************

Ketika mahu pulang, aku menghantar Kael sehingga ke pintu pagar. Aku pandang sahaja perilaku Kael yang sedang memakai helmet full face kepunyaannya. Gayanya bersahaja namun lelaki itu seakan mempunyai aura yang mampu menarik minatku untuk terus memerhatikannya. Selesai memakai helmet, lelaki itu mencapai sarung tangan pula.

Aku silangkan tangan di dada. Berpeluk tubuh. Pandangan tidak lepas menatapnya.

“Kenapa awak cakap dekat abah yang kita dah lama kenal? Apa motif awak cakap macam tu?” Soalan yang bermain-main dalam fikiran sejak di meja makan akhirnya terluah jua.

Seakan perasan aku sedang bercakap dengannya, pergerakan Kael terhenti. Dia segera menoleh ke arahku. Sarung tangan diletakkan kembali di atas tank. Visor helmet dibuka.

“Kau cakap dengan aku ke?” Soal Kael disebalik helmet yang dipakainya.

Aku hembuskan nafas. “Saya tanya kenapa awak cakap dekat abah kita dah lama kenal? Apa motif awak cakap macam tu?”

Kael buka kembali helmet yang dipakai. Helmet dipegang erat di tangan.

“Kenapa? Salah ke aku cakap macam tu?”

Aku cebikkan bibir.

“Memang salah! Saya tak suka.” Suara celah gigi.

“Sebab?”

“Nanti umi dengan abah fikir kita berdua ada apa-apa. Umi tu dah lama nakkan menantu lelaki. Awak tak dengar ke umi cakap apa masa mula-mula sampai sini? Umi ingatkan awak bakal menantu dia.”

Kael ketawa kecil. Entah apa yang kelakar aku tidak pasti.

“Biar je la umi dengan abah kau fikir kita ada apa-apa. Aku lagi suka dorang fikir macam tu sebab aku akan pastikan kata-kata umi kau pasal bakal menantu akan jadi kenyataan. One fine day aku akan jadikan kata-kata tu satu kenyataan. Aku akan jadi suami dan ayah pada anak-anak kau.” Yakin sahaja Kael menuturkan ayat itu.

Aku juihkan bibir. Lelaki seperti Kael nampaknya seorang yang percaya diri. Terlalu yakin dengan apa yang dikatakannya.

“Dalam mimpi pun belum tentu awak akan jadi suami saya apatah lagi ayah kepada anak-anak saya. Saya dah ada Uqail. Dia yang akan ambil tempat tu,” balas aku turut yakin dengan apa yang aku katakan.

Dengan memegang helmet di tangan, Kael berjalan merapati aku dan berhenti tepat di hadapanku. Kael memandang tepat ke dalam mataku sebelum tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya ke arahku. Tindakan Kael buatkan jantung aku semakin laju mengepam darah ke seluruh tubuh.

“Awak nak buat apa ni?” Soal aku tergagap-gagap. Hampir hilang nafasku apabila berada dekat dengannya.

Kael serongkan kepalanya ke arah cuping telingaku kemudian…

“No matter what happens you'll be my bride cause you're mine, sunshine.” Bisik Kael tepat di cuping telingaku.

Bisikan Kael benar-benar buatkan aku gementar. Kata-katanya kedengaran serius. Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya membuatkan pipi kiriku hampir terkena bibir merah Kael. Jarak kami terlalu dekat sehingga deru nafasnya dapat didengari olehku.

“Can you please stop doing this?” Hampir tidak kedengaran suaraku dek kerana terlalu gementar.

“Doing what?” balas Kael masih tenang. Aku tidak tahu bagaimana dia masih setenang itu sedangkan aku sudah hampir mahu luruh jantung.

“Like this. Saya tak selesa.” Serentak itu tangan menolak tubuh Kael ke belakang. Mata bertentang mata.

“You're going to fall in love with me. Soon.”

“In your dream! Go and back to your home.” Halau aku.

Aku tidak mahu Kael berlama-lama di sini. Semakin lama dia di sini, semakin aku tidak betah. Kata-kata Kael kedengaran asing bagiku. Aku jatuh cinta dengan dia? Impossible!

“Esok jangan lupa pakai cantik-cantik. 9 am sharp.” Kael berlalu ke arah Ducati Diavel 1260 kepunyaannya sambil memakai helmet. Setelah duduk di atas Ducati, sarung tangan dipakai. Enjin motorsikal dihidupkan sebelum tongkat diangkat. Sesaat kemudian Kael menghilang dari pandangan.

Aku menghela nafas panjang. Siapa sebenarnya awak Kael? Kenapa awak terlalu yakin dengan kata-kata awak? Malas memikirkan, aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Pintu pagar dikunci sebelum kaki melangkah memasuki rumah.

Saat mahu naik ke tingkat atas, kedengaran suara abah memanggil namaku dari arah ruang tamu. Tidak jadi mahu naik ke tingkat atas, aku melangkah ke ruang tamu. Kelihatan umi dan abah santai di sofa seperti sudah lama menanti aku di situ.

“Ye bah, kenapa?” Aku mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan umi dan abah.

"Mikael tu siapa? Abah tengok kemain korang berdua duduk rapat-rapat dekat pintu pagar."

Aku tersengih seperti kerang busuk. Abah perhatikan kami dari dalam rumah rupanya. Gara-gara tindakan Kael, abah salah faham.

"Kita orang kawan je bah. Tak lebih dari tu."

"Kawan apa macam tu sampai duduk rapat-rapat?" Sampuk umi.

"Abah berkenan kalau Mikael jadi menantu abah. Kalau betul kamu berdua pasangan kekasih, mintak Mikael bawak mak ayah dia datang sini. Kita bincang. Abah tak suka tengok kelakuan korang macam kat luar tadi. Tak manis orang pandang. Nanti orang cakap abah dengan umi tak didik anak dara kami dengan ilmu agama." Panjang lebar abah bercakap meluahkan apa yang bersarang dalam fikirannya.

"Abah, Tris faham maksud abah tapi kita orang cuma kawan biasa. Baru je kenal. Tak sampai sebulan pun lagi. Untuk hal yang dekat luar tadi, Tris mintak maaf. Tris lalai." Meskipun pada dasarnya semua berpunca daripada Kael, aku tetap meminta maaf. Aku faham perasaan abah. Pastinya risaukan anak perempuannya.

"Takpelah benda dah jadi. Lepas ni cuba elakkan." Pesan abah.

Aku mengangguk. Kael, semua ni salah awak! Kalau Kael ada depan aku sekarang memang aku debik.

"Tris cakap baru je kenal dengan Mikael tapi kenapa abah nampak dia macam sukakan Tris?"

Rasa tercekik tiba-tiba dengar kata-kata abah. Kael suka aku? Kata-kata Kael kembali terngiang-ngiang di cuping telinga.

No matter what happens you'll be my bride cause you're mine, sunshine.

Adakah itu boleh dikategorikan suka? Kael suka aku? Macam mustahil je. Dia sendiri tahu hati aku milik siapa.

"Taklah bah. Perasaan abah je tu." Cepat-cepat aku sangkal.

"Jangankan abah, umi pun rasa macam tu. Kami ni orang tua pernah merasa muda. Tengok dari gaya Mikael pun boleh nampak dia ada hati dengan Tris." Umi menyokong kata-kata abah.

"Umi dengan abah ni merepek je. Kami kawan je. Tak lebih dari tu."

"Kalau betul pun apa salahnya. Mikael tu umi tengok baik budaknya. Sopan santun berbudi bahasa, hensem pulak tu. Berkenan umi dibuatnya. Bertuah siapa dapat dia. Anak mata dia tu cantik betul. Kalau dia jadi menantu umi, cucu umi nanti mesti dapat mata yang cantik menurun ayah dia." Mula dah umi bercakap soal menantu. Belum apa-apa dah sebut pasal cucu. Adoi la umi.

"Ingat Tris, kalau hujung tahun ni Tris belum ada calon, abah akan nikahkan Tris dengan Mikael. Abah suka dia walaupun dia nampak muda dari Tris."

"Abah…"

"Abah tak main-main. Abah betul-betul nak tengok Tris kahwin dulu sementara abah masih ada. Tris satu-satunya anak perempuan abah. Sebelum abah tutup mata, kalau boleh abah nak tengok Tris kahwin. Sekurang-kurangnya abah tahu ada orang boleh jaga anak abah bila abah dah takde nanti." Abah bersuara sayu. Pandangannya juga sayu.

Rasa nak menangis bila dengar abah sebut macam tu. Pantas kaki bangun menghampiri abah. Tubuh abah aku peluk erat. Ya Allah, sesungguhnya aku belum bersedia untuk kehilangan abah. Aku belum puas menikmati kasih sayang abah. Abah hero kami.

Aku tidak salahkan abah kerana terfikir mahu kahwinkan aku dengan Kael. Abah tidak tahu bahawa anak perempuannya ini sudah memiliki kekasih. Bukan salah abah tetapi salahku sendiri kerana tidak berterus terang.
Abah menepuk lembut belakang badanku. Cuba menenangkan aku yang hampir menitiskan air mata. Umi pula sekadar memerhatikan tingkah kami sambil mengesat air mata yang bertakung di tubir mata. Setelah melepaskan pelukan, aku duduk bersimpuh di hadapan abah. Tangan abah aku genggam.

"Abah jangan cakap macam tu. Tris sayang abah. Tris janji lepas ni kalau Tris belum bawak balik bakal menantu untuk umi dan abah, Tris ikut cakap abah."

Aku sedar dengan apa yang aku katakan. Oleh itu, aku akan bawa Uqail datang ke rumah. Aku akan perkenalkan Uqail sebagai bakal menantu umi dan abah sebelum abah nikahkan aku dengan Kael.

Abah mengusap lembut kepalaku sambil berkata "Mikael lelaki yang baik. Sebelum dia balik tadi, dia mintak izin dengan abah nak berkawan dengan Tris. Dia cakap dengan abah yang dia akan jaga Tris dengan baik."
Aku terpana. Kael minta izin abah untuk berkawan dengan aku?

"Bila masa dia mintak izin abah?" Soal aku ingin tahu.
"Waktu Tris tolong umi kemas dapur lepas makan. Waktu tu la dia cakap dengan abah."

Aku akhirnya ingat. Selesai makan, aku membantu umi mengemas dapur manakala abah dan Kael bersembang di ruang tamu. Thaqif pula terus naik ke tingkat atas untuk mengulangkaji pelajaran.

"Lelaki macam Mikael susah nak jumpa. Satu dalam sejuta. Dia berani minta izin dengan abah maknanya dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Jangan berkasar dengan dia. Lelaki macam dia la yang sesuai untuk dibuat suami. Bukannya lelaki yang hanya pandai berkata-kata." Tambah abah.

Aku pandang umi. Umi yang mengerti dengan maksud pandanganku menganggukkan kepala. Bibir pula menguntum senyum. Akhirnya aku mengangguk.
Kalau dah itu kata abah, aku ikut sahaja. Aku setuju dengan apa yang dikatakan oleh abah. Kael seorang lelaki yang baik. Dia berani meminta izin daripada abah. Bukankah itu sesuatu hal yang harus dibanggakan?

Mon , Jun 20 2022 09:35 AM —

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience