BAB 1

Romance Series 4896

Kring! Kring!

Jam loceng yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil berbunyi. Sesungguhnya bunyi itu mengganggu lenaku. Dengan rasa mengantuk yang masih menebal dalam diri, aku buka mata sedikit. Tangan bergerak mencapai jam loceng lalu dimatikan.

“Baru boleh tidur dengan aman,” ucapku perlahan. Aku kembali memejamkan mata. Mahu menyambung tidur.

Hari ini merupakan hari minggu. Usai solat subuh pagi tadi aku kembali menyambung tidur akibat kepenatan bekerja. Aku sengaja ambil cuti pada hari ini. Mahu berehat. Memandangkan aku mengambil cuti, kerja-kerja di kedai aku serahkan seratus-peratus kepada pekerja. Untung jadi bos. Bila-bila masa sahaja boleh cuti.

Kebelakangan ini kedai bunga yang diusahakan oleh aku menerima banyak tempahan memandangkan ramai yang melangsungkan perkahwinan. Musim orang berkahwin agaknya. Meskipun penat dan tidak menang tangan team aku dibuatnya, namun aku bersyukur. Inilah punca rezeki aku dan juga pekerja-pekerja aku.

Ramai juga yang buat tempahan bunga terutama bunga untuk hiasan pelamin. Cuti hujung minggu dapat la qada' tidur yang tidak cukup. Itulah konsep yang aku pegang sejak zaman belajar sehinggalah sudah bekerja.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik diketuk dari luar. Aku membuka mata kembali. Dahi berkerut sedikit. Lagi sekali tidurku terganggu. Siapa pula yang ketuk pintu ni?

“Tris dah bangun ke belum?” Suara umi kedengaran di luar pintu bilik.

Aku menghembus nafas perlahan.

“Dah umi,” perlahan sahaja aku menjawab. Masih mengantuk.

“Cepat bangun pergi mandi. Hari ni Fira balik dari Jepun. Maksu mintak tolong jemput Fira dekat airport. Umi dengan abah ada hal sekejap lagi.”

Kata-kata umi menyebabkan aku terus terbangun dari berbaring. Terkejut dengan kata-kata umi. Comforter ditolak ke bawah lalu aku terus turun dari katil. Pintu bilik dituju. Tombol pintu bilik dipulas laju.

"Fira balik hari ni?” soalku setelah pintu dibuka. Kening saling bertaut.

Umi tersenyum nipis lalu mengangguk.

“Fira dah habis belajar. Fira tak bagitahu Tris ke yang dia balik hari ni?” Soal umi dengan dahi berkerut. Mungkin pelik dengan pertanyaanku.

Aku menggeleng. Tak guna punya sepupu! Punyalah rapat tapi tak bagitahu pun nak balik hari ni. Jumpa nanti memang aku luku kepala Fira.

“Dia cuma cakap akan balik dalam masa terdekat tapi tak cakap pulak nak balik bila," balas aku perlahan.

Umi ketawa mendengar balasanku.

Umi kalau dah gelak macam tu ada la tu balasan umi sekejap lagi. Mungkin umi akan kata Fira nak buat kejutan untuk aku. Aku buat kesimpulan sendiri.

“Fira nak buat kejutan untuk Tris la tu. Korang kan dah lama tak jumpa. Kali terakhir korang jumpa sebelum Fira fly ke Jepun 5 tahun lepas.”

Nah! Tepat sangkaanku.

“Banyaklah kejutan.” Aku buat muka sambil peluk tubuh. Tak puas hati.

“Dah, tak payah nak buat muka. Siap cepat. Flight akan landing pukul 11:30 pagi kejap lagi. Umi nak bawak abah pergi hospital. Buat rawatan,” kata umi lantas berlalu turun ke tingkat bawah.

Aku sedia maklum abah mempunyai temujanji dengan doktor 3 kali seminggu. Abah menghidap penyakit buah pinggang tahap 4. Setiap minggu perlu ke hospital untuk dialisis buah pinggang. Sudah 3 tahun abah ulang alik ke hospital di mana hospital sudah menjadi rumah kedua kami.

Along sudah berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri manakala adik lelakiku, Thaqif masih bersekolah. Jadi sekiranya aku tidak mempunyai sebarang urusan, akulah yang akan membawa abah ke hospital. Bergilir-gilir dengan umi. Nak harapkan umi seorang bawa abah ulang alik ke hospital, kesian juga memandangkan umi sudah tua dan semakin tidak larat. Sebagai anak yang kasihkan ibu bapa, aku berazam akan berbakti kepada orang tuaku selagi hayat dikandung badan. Besar ganjarannya berbakti kepada orang tua.

Tanpa membuang masa aku masuk ke dalam bilik semula. Tuala di penyidai dicapai. Kaki laju melangkah ke arah bilik air. Mahu mandi dan bersiap-siap.

**********************************************************

Aku memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah. Jam di tangan dikerling sekilas. 11:20 pagi. Tinggal lagi 10 minit sebelum Fira mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

“Waktu macam ni la lampu nak merah. Dari tadi beratur panjang dekat traffic light. Sampai turn aku nak jalan boleh pulak merah,” aku membebel tak puas hati.

Akibat suasana sepi di dalam kenderaan, tangan bergerak ke arah radio kereta. Radio dibuka. Cuba menghilangkan bosan sementara menunggu lampu bertukar hijau. Jalan jammed teruk hari ni. Kesesakan lalu lintas pada hujung minggu sebegini. Hujung minggu memang ramai ibu bapa membawa anak-anak keluar. Aku mengambil telefon yang diletakkan dalam beg bersebelahan tempat memandu.

Sedang aku mendail nombor Fira tiba-tiba...

Klak!

Aku berpaling ke arah sisi kananku. Gigiku diketap geram apabila terpandangkan cermin sisi kereta sudah patah. Tingkap kereta segera diturunkan. Mataku memandang tajam empunya motorsikal berkuasa besar Ducati di sebelah keretaku.

“Sedara,” panggilku dengan nada sedikit keras. Geram punya pasal.

Pemilik Ducati hitam tersebut menoleh. Tak nampak muka kerana lelaki tersebut memakai full face helmet. Cermin helmet langsung tak dibuka. Sempat aku menilik pakaian yang dipakai olehnya. Serba hitam dari hujung rambut sampai hujung kaki. Motor warna hitam pakai baju pun serba hitam. Serupa orang nak pergi berkabung. All black!

“Pardon me?” lelaki itu bertanya.

“Awak tak pandai bawak motor ke?” Selarku keras.

Cermin kereta patah siapa tak melenting? Sudahlah kereta dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Akulah satu-satunya hamba Allah dalam rumah yang kedekut sedikit berbanding adik beradik yang lain. 10 sen pun aku berkira lagi tau!

“Saya cakap awak tak reti bawak motor ke? Handle motor awak tu dah patahkan cermin sisi kereta saya!” suaraku celah gigi. Menahan geram.

Lelaki tersebut menjatuhkan pandangan ke arah cermin sisi keretaku. Kepalanya kembali diangkat memandangku.

“Patah sikit je.” Jawapan tak bersalah langsung.

Mataku membulat mendengarkan balasan lelaki tersebut. Patah sikit je?! Ada juga yang makan kaki lepas ni. Memang mintak betul la! Cermin kereta aku patah la labu. Siapa nak ganti?

“Patah sikit je awak cakap? Bawak motor macam…” belum sempat aku menghabiskan ayat, bunyi hon bertalu-talu kedengaran dari arah belakang.

“Woi! Bila nak bergerak? Lampu dah hijau.” Laung seseorang dari belakang keretaku.

Sekelip mata lelaki yang menunggang Ducati di sebelah keretaku memecut pergi. Aku ketap bibir namun aku masih sempat melihat nombor plat pendaftaran motor tersebut.

“Dah lambat nak ke airport, cermin sisi kereta pula patah angkara manusia yang tak reti bawak motor,” bebelku perlahan sebelum mula memecut.

Permulaan hari yang malang bagiku. Erghhh !

**********************************************************

Aku duduk di sebuah kerusi di ruang menunggu. Lambat 10 minit tapi tak mengapa. Fira belum keluar. Aku perlu menunggu sehingga batang hidung Fira muncul di balai ketibaan. Untuk elakkan rasa bosan menunggu, aku scroll Fac. Bosan habiskan masa like dan komen postingan rakan-rakan Fac, aku buka aplikasi TikTok pula.

Awal-awal kemunculan TikTok dulu, aku sangat skeptikal terhadap aplikasi tersebut. Bagiku aplikasi tersebut membawa banyak keburukan daripada kebaikan sementelah aku dengar buah mulut orang ramai mengatakan aplikasi tersebut membawa impak negatif terhadap golongan anak muda.

Setelah aku terjebak dengan aplikasi TikTok, aku akui keburukan dan kebaikan penggunaan TikTok bukanlah diambil kira daripada buah mulut orang namun bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya kita menggunakannya ke arah kebaikan maka kita akan memperoleh kebaikan daripadanya. Begitulah sebaliknya.

Selain menonton video lawak, aku juga suka menonton video masakan di TikTok meskipun aku jarang memasak. Terdapat banyak resipi masakan yang dimuat naik oleh orang ramai namun aku paling suka dengan konten video masakan Khairul Aming, seorang influencer yang gemar memasak juga seorang usahawan muda menerusi jualan sambal Nyet Berapi. Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas.

“Tris..” Namaku diseru oleh seseorang.

Aku panggung kepala. Fira berdiri beberapa langkah di hadapanku bersama 2 buah luggage di sisi. Aku mengukir senyuman manis. Jam di tangan sempat dikerling sekilas. 12:25 tengahari. Aku bangun menghampiri Fira.

“Weh, lama tak jumpa kau. Rindu gila dengan kau.”

Ayat pertama Fira setelah aku berdiri di hadapannya. Kami berpelukan seketika. Melepaskan kerinduan setelah 5 tahun tidak bersua muka secara face to face. Sepanjang Fira menyambung pengajian di Jepun, kami biasanya video call melalui Skype dan juga aplikasi WhatsApp. Setiap hari aku melihat Fira post gambarnya di Instagram miliknya. Hmm minah tu kaki selfie. Budak ood siakk. Haha.

“Kau tak bagitahu aku pun nak balik hari ni. Kecik hati aku tau tak?” Tak semena-mena lengan si Fira aku cubit. Melepaskan habuan.

Fira mengaduh kecil sambil mengusap lengannya. Mukanya berkerut sedikit. Haa padan muka! Buat lagi aku geram. Kan dah mendapat.

“Sorry beb. Memang aku sengaja taknak bagitahu kau. Nak buat kejutan untuk kau. Alih-alih aku yang terkejut. Mak Long kata kau yang datang pick up aku.”
Fira sengih menampakkan giginya yang putih bersih. Aku ketawa. Sendiri mahu buat kejutan, sendiri terkejut. Lawak!

“Umi dengan abah aku pergi hospital. Dialisis buah pinggang hari ni. That's why aku yang datang jemput. By the way, disebabkan kau la aku tak boleh tidur lama hari ni tau. Tak guna la kau ni. Balik tak bagitahu, ganggu aku nak rehat pulak tu.” Sedas aku bagi.

“Sorry la Tris. Aku tak tahu Mak Long tak boleh datang jemput. Sorry eh?” Fira buat muka. Acah-acah comel tapi sayang kelihatan buruk pada pandangan aku. Aku lagi comel. Ahaks!

“Kali ni aku maafkan kau. Jom pergi makan. Aku belanja kau.”

“Eh! Nak pula kau belanja aku. Selalunya kau kedekut tahi hidung masin.” Bidas Fira sambil ketawa. Kami sememangnya rapat sejak kecil. Perangai aku yang suka berkira, Fira sudah sedia maklum. Dah cukup kenal perangai aku.

Aku buat muka.

“Kali ni aku belanja kau sempena kepulangan kau. Nak ke tak nak?”

“Mestilah nak!” Fira sudah tersenyum suka.

Aku ketawa kecil. Sudah ku duga. Fira mana pernah tolak kalau bab makan terutama bila aku yang belanja. Aku kan jarang belanja orang. Kedekut sikit.

Aku membantu Fira menarik beg beroda kepunyaannya. Mahu beredar dari situ. Dari tadi berbual di tengah-tengah balai ketibaan serupa tiada hari esok. Lenguh juga kaki ni asyik berdiri. Baru beberapa langkah berjalan, aku buka mulut.

“Kau tahu tak, cermin sisi kereta aku patah. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit lepas ni nak baiki,” ceritaku tanpa dipinta.

Apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku di lampu isyarat, wajahku berubah masam. Masih geram dengan mamat Ducati tersebut. Jengkel dengan balasan lelaki itu.

“Kenapa pulak? Asal boleh patah?” soal Fira kalut. Wajahku dipandang mahukan jawapan.

“Mamat Ducati yang patahkan," balasku dengan nada mendatar.

“Siapa?"

“Nanti aku cerita.”

Langkah diteruskan sehingga keluar dari pintu utama. Beg beroda Fira aku campak begitu sahaja masuk dalam bonet kereta. Fira menggelengkan kepala melihat tindakanku itu. Selepas itu, aku memecut menuju ke restoran kepunyaan Akmal yang merupakan kekasih Fira. Akmal walaupun masih muda namun sudah mempunyai restoran sendiri. Pencapaian yang harus dibanggakan bagiku.

**********************************************************

Aku dan Fira mengambil tempat di bahagian paling hujung di restoran milik Akmal. Kami duduk secara berhadapan. Tempat yang kami duduki agak tersorok daripada orang ramai. Suasana ketika ini agak lengang. Mungkin kerana hari ini merupakan hari minggu. Kebiasaannya hari bekerja restoran Akmal penuh dengan pelanggan yang datang menikmati makan tengahari.

Aku suka datang makan kat sini sebab makanan yang dimasak sedap dan menyelerakan. Banyak pilihan. Selain makanan yang sedap, hiasan dalaman restoran ni juga mengenyangkan mata aku. Lukisan yang digantung di dinding restoran cantik belaka. Paling menarik ada arak buku. Kerusi dan meja juga disediakan. Bila bosan tunggu makanan siap, aku akan duduk di situ. Belek buku sebagai bahan bacaan.

“Siapa yang patahkan cermin kereta kau?” Laju sahaja Fira menyoal setelah kami selesai order makanan.

“Mamat Ducati. Dia park motor sebelah kereta aku. Waktu tu kat traffic light. Sekali dia datang, handle motor dia tu pergi gasak cermin sisi Myvi aku tu hah. Tak pasal-pasal patah.” Aku menceritakan situasi sebenar seringkas yang mungkin. Summary gitu.

“Kau serius?” Soal Fira dengan mata yang membulat. Terkejut barangkali dengan penjelasanku.

Aku mengangguk perlahan.

“Kau kenal ke mamat tu?”

“Gila kau kenal? Aku tak kenal dia. Bawak motor macam orang kudung takde tangan. Tak reti park motor.” Kan dah keluar ayat kasar dari mulut aku yang sedikit cabul ni. Aku kalau tengah marah mulut laju semacam sikit. Takde signal main sembur aje.

Fira ketawa. Entah apa yang kelakar tak tahu la.

“Habis tu, kau tak mintak ganti rugi dengan mamat tu? Takkan kau biar je mamat tu terlepas? Aku kenal kau macam mana. Tris yang aku kenal bukan jenis ambil mudah bila something bad happen melibatkan duit, harta, kawan dan keluarga dia. Kau akan berubah jadi monster bila orang berani usik semua tu” Panjang lebar Fira bercakap. Mengeluarkan fakta tentang diri aku. Tangannya naik menyelit rambut di tepi telinga.

“Macam mana nak mintak ganti rugi kalau dia cuma cakap patah sikit je. Dah la tak nampak muka. Dia jawab selamba atok dia,” balasku tidak puas hati.

Bila sebut pasal mamat Ducati dekat lampu isyarat, sumpah rasa geram datang balik. Menyirap je darah ni. Geram nak hempuk mamat tu buat macam bola keranjang. Kalau tak dapat buat macam bola keranjang, buat sepakan penalti bola sepak okey juga. Annoying!

Fira angkat kening gaya Ziana Zain.

“First time aku dapat tau orang berani cari pasal dengan kau. Aku bet kau mesti bengang gila dengan mamat tu. Agak-agak kalau kau jumpa dia balik, kau cam tak dia? Kan tak nampak muka.” Soalan minta kaki daripada Fira Athisya.

“Tak ingin aku nak jumpa dia,” tukasku laju-laju. Aku buat muka.

Fira ketawa suka. Suka la tu tengok muka aku asyik cemberut. Aku yang cun melecun ni kalau dah buat muka auto nampak macam tenuk. Alah binatang comel tu.

“Rancak korang sembang.” Sampuk satu suara.

Aku dan Fira mengangkat kepala. Akmal!

“Baby!” Jerit Fira dengan riak wajah teruja. Teruja dengan kemunculan Akmal barangkali. Kalau diikutkan kami berdua akan berjumpa dengan Akmal selepas makan. Tidak sangka Akmal muncul awal dari yang dijanjikan.
Tangan Akmal bergerak meletakkan makanan dan minuman yang dipesan oleh kami berdua di hadapan kami masing-masing.

Aku tak pelik kalau Akmal yang hantar makanan. Pekerja di sini sudah kenal aku siapa. Tiap kali makan di sini, Akmal yang akan hantar pesanan aku. Rasa kagum sekejap apabila pemilik restoran turun padang menghantar makanan pelanggan pakej dengan senyuman manis. Namun sekejap sajalah. Dia senyum manis bukan dekat aku tapi dekat si Fira! Senyum dekat aku macam tu jawabnya ada juga yang makan dulang makanan sekejap lagi. Akulah tu yang makan dulang makanan tu.

Si Fira pulak aku tengok dah tergedik-gedik suka. Suka bila dapat tatap wajah kekasih hati yang dirindui. Asyik sengih menampakkan gigi putihnya itu. Dah serupa iklan gigi.

“Korang kalau nak senyum macam beruk baik korang pergi masuk hutan sana. Menyemak aku tengok korang ni. Sorang senyum sorang lagi sengih macam tak cukup gigi,” tegur aku dengan nada suara yang sengaja dikuatkan. Muka aku? Sah-sah serupa orang kena sembelit. Pahit, payau, berkerut semua ada.

“Dengki la tu,” balas Fira. Nak menangkan pakwe dia la tu.

Aku julingkan mata ke atas. Gaya aku bila meluat.
Akmal mengambil tempat di sebelah Fira. Pasangan kekasih kan? Haruslah duduk sebelah menyebelah. Takkan sorang duduk Utara sorang duduk Selatan pula.

“Tak kuasa aku nak dengki," balas aku laju.

Fira dan Akmal sama-sama ketawa. Payah kalau dua-dua jenis yang tak berapa kelakar tapi cuba jadi kelakar. Tak macam aku ni. Seorang yang kelakar semulajadi. Tak dibuat-buat. Aku cakap apa pun orang gelak walaupun aku tak buat lawak. Buktinya? Tengok sajalah Fira dan Akmal yang ketawa mengekek sekarang ni. Entah apa-apa je.

Aku mula makan. Malas melayan pasangan kekasih itu. Makan lagi kenyang. Layan dua orang mangkuk ayun tu sampai ke sudah tak berisi perut aku ni hah. Melihatkan aku sudah menjamah makanan, Fira juga ikut makan.

Rasa loya tekak aku apabila Fira menyuap Akmal makan.
Akmal mengunyah makanan dengan riak wajah gembira. Biasalah orang mabuk bercinta gaya mabuk ketum. Akmal dan Fira bercinta sejak zaman sekolah lagi namun hubungan mereka tetap mesra sehingga ke hari ini. Terpisah benua pun masih tetap utuh. Selesai mengunyah makanan, Akmal buka mulut.

“Kau kalau nak merasa macam ni, ajak pakwe kau join sekali. Dah lama aku tak nampak Uqail.” Kata-kata daripada Akmal membuatkan aku terdiam.

Ya. Bukan sahaja Akmal sudah jarang nampak Uqail malah aku sendiri yang merupakan kekasih kepada lelaki itu juga sudah jarang melihatnya. Tiap kali aku menelefonnya pasti dia mengatakan dia sedang sibuk. Banyak kerja la nak uruskan itu la nak uruskan ini la. Macam-macam alasan yang diberi.

Sudah 4 tahun kami bercinta. Bercinta dari zaman universiti namun hubungan kami tidak seperti pasangan kekasih yang lain.
Kalau perempuan lain boleh mengada dengan boyfriend sendiri tapi aku? Belum sempat nak mengada mesti Uqail sudah letakkan tanda noktah. Jangan nak mengada. Tak kuasa dia nak layan katanya. Oh lupa! Mengada lebih-lebih siapa nak layan kan?

“Dia sibuk.” Itu je la jawapan paling ampuh yang biasa aku gunakan apabila melibatkan Uqail.

“Sibuk sampai tak ada masa untuk awek sendiri?” soal Fira sarkastik. Straw disisip sebelum air disedut. Mahu menyejukkan tekak.

Aku buat muka. Mula dah si Fira ni. Sejak mula-mula aku couple dengan Uqail lagi sepupuku ini tidak sukakan Uqail. Sebab apa dia tak suka tak pula diberitahu. Kalau bercakap tentang Uqail mesti Fira cepat-cepat mengelak. Ubah topik.

“Entahlah aku dah malas nak cakap hal ni. Aku nak makan.” Intonasi nadaku mula berubah rentak.

Fira dan Akmal yang berada di hadapanku masing-masing memandang sesama sendiri. Mungkin sudah faham maksud nadaku sebentar tadi.

“Chill la weh.” Fira bersuara setelah senyap seketika di antara kami bertiga.

Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Langsung tidak bersuara. Hanya fokus makan namun hanya seketika cuma apabila mataku terpandangkan ke arah Ducati hitam yang diparkir di hadapan restoran. Aku mengecilkan mata. Cuba mengenal pasti Ducati itu. Seketika kemudian mataku membulat. Meskipun hanya melalui cermin kaca, aku cam Ducati itu kepunyaan siapa. Nombor platnya masih segar di ingatan.

“Motor mamat tu ada kat sini,” kataku dengan nada yang kuat sedikit.

Fira dan Akmal menoleh ke arah yang sedang dilihat olehku.

“Siapa?” soal Fira dan Akmal serentak.

“Mamat Ducati,” jawabku sebelum bangun berdiri. Kaki melangkah ke arah pintu restoran.

Langkahku sedikit tergesa-gesa dek kerana pemilik motorsikal itu sudah keluar dari restoran. Dari jauh mamat itu dilihat sudah bersiap-siap memakai sarung tangan hitam. Kalau aku lambat alamatnya melepas la peluang aku untuk tuntut ganti rugi daripada lelaki itu. Aku harus cepat. Perhitungan penting harus dibuat.

“Kau nak pergi mana wei?” jerit Fira dari arah meja makan. Terpinga-pinga apabila aku tiba-tiba bangun dari meja makan.

Aku berhenti tepat di belakang mamat Ducati yang bertanggungjawab mematahkan cermin sisi keretaku. Nafas disedut sebelum dihembus perlahan-lahan. Aku sudah bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu.

“Excuse me,” tegurku. Tanganku naik menepuk belakang badan lelaki itu.

Teguranku berjaya membuatkan pergerakan lelaki itu terhenti. Dia yang mahu memakai helmet menoleh ke belakang. Seketika aku terdiam apabila berhadapan dengan lelaki itu.

Anak mata lelaki itu! Anak mata lelaki itu begitu cantik. Warna hazel yang memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun bukan itu soal utamanya. Ada sesuatu di situ namun aku tidak tahu apa. Kami berpandangan buat seketika waktu.

“Yes? Anything?” soal lelaki itu mendatar. Riak wajahnya sedikit kebingungan. Mungkin pelik apabila disapa oleh perempuan yang muncul entah dari mana.

“Awak…”

Belum sempat aku habiskan ayat, kedengaran namaku disebut lantang dari arah pintu restoran.

“Tristan Orked!”

i'm not good enough in writing but i'm trying. thank you !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience