BAB 3

Romance Series 4896

Umi membebel sambil tangan lincah mengacau asam pedas dalam periuk di atas dapur. Aku yang mendengar bebelan umi hanya mendiamkan diri sambil memotong sayur. Membantu umi menyediakan makanan tengahari. Umi kalau dah mula membebel, jawabnya seminggu jugalah hujan. Memang kena tadah telinga dengar umi membebel.

"Tris tak ada calon ke? Umur dah 26 belum kahwin lagi. Umi dulu umur 21 dah kahwin tau. Tengok si Fira ni bahagia je umi tengok bergayut dengan pakwe tiap malam. Tak lama lagi dapatlah merasa nasi minyak." Seperti peluru berpandu umi membebel tentang diriku yang belum berkahwin meskipun usia sudah menginjak 26 tahun.

Soal kahwin sudah acapkali umi buka mulut. Katanya mahu melihat aku berkahwin sementara abah masih ada. Along sudah 3 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Sekarang giliran aku pula untuk berkahwin sementelah aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Adik lelaki aku pula masih bersekolah. Thaqif akan mengambil SPM pada tahun ini.

"Ala umi ni.Tris bukan taknak kahwin cuma sekarang belum masanya lagi," aku memberikan alasan.

Hubungan aku dan Uqail tiba-tiba sahaja berubah dingin. Lelaki itu asyik mengelak dariku. Bagaimana hendak berkahwin jika lelaki itu tidak pernah membuka mulut mengatakan ingin berkahwin denganku? Aku sendiri tidak pernah mengenali keluarga lelaki itu. Yang aku kenal hanyalah ibu saudaranya, Aunty Rose.

Selama kami menjalinkan hubungan, lelaki itu hanya kenalkan aku dengan ibu saudaranya sahaja. Katanya belum bersedia mahu memperkenalkan aku dengan keluarganya.

Keluargaku tidak pernah tahu aku menjalinkan hubungan dengan Uqail. Lelaki itu terlalu mementingkan privasi. Jadi, aku tidak menyalahkan umi sekiranya umi kerap bangkitkan soal kahwin.

"Banyaklah belum masanya lagi untuk berkahwin. Orang lain umur 26 dah beranak pinak." Lagi sekali dibom oleh umi.

Fira ketawa mengekek mendengarkan kata-kata umi. Nak bahan aku la tu. Fira sendiri akan berkahwin tidak lama lagi. Fira muda 3 tahun dari aku tapi kami sangat rapat memandangkan ibu kami hanya dua beradik saja. Aku yang tua ni bukan tak ada calon tapi calon mengelak. Apa la nasib aku. Sadis.

"Mak Long jangan risau. Fira akan pastikan Tris kahwin tak lama lagi. Percaya cakap Fira." Yakin sahaja jawapan Fira. Bibirnya senget sedikit sambil memandang aku. Mengejek.

Aku buat muka. Menyampah pula tengok muka berlagak Fira. Lobak merah yang ada di tangan aku sagat kuat-kuat. Tak dapat sagat muka Fira, sagat lobak merah pun jadilah.

"Fira tak ada ke kawan-kawan lelaki yang boleh dijodohkan dengan Tris? Kawan-kawan dekat tempat belajar Fira mesti handsome semuanya."

Mula dah umi merancang mahu mencari jodoh untuk aku. Alahai umi. Zaman sekarang dah tak valid cari jodoh untuk anak. Peredaran zaman seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Anak umi dah ada calon tapi calon asyik mengelak!

"Ada je Mak Long tapi risau pula takut tak kena dengan taste Tristan Orked ni hah. Kut la high demand. Nakkan MMA fighter. Perghh tak lawan."

Fira dan umi sama-sama ketawa sakan. Aku pula hanya tersenyum kecil. Kata-kata Fira buatkan aku teringat zaman ketika aku masih belajar di universiti. Dulu aku selalu berangan mahukan teman lelaki yang handal dalam fighting skills. Puncanya aku tengok drama Korea yang bertajuk Fight For My Way.

Tak boleh move on dengan watak Go-Dong Nam lakonan Park Seo Joon. Dalam drama itu, Park Seo Joon membawa watak sebagai bekas juara taekwondo. Sejak itu aku meminati lelaki yang handal dalam fighting skills. Bagi aku lelaki sebegitu kelihatan seksi dan paling penting body dorang tough. Haha.

"Fira boleh tak tolong ambil mangkuk? Mak Long nak sendukkan asam pedas. Dah siap dah ni." Umi menyuruh Fira mengambil mangkuk. Api dapur ditutup.

"Baik Mak Long."

Fira bangun dari kerusi. Mangkuk diambil dari kabinet sebelum bertukar tangan kepada umi. Bau asam pedas yang menusuk hidung benar-benar buatkan aku tidak sabar untuk memakannya. Bau pun dah sedap apatah lagi bila makan. Hoho.

"Waktu awal-awal Mak Long kahwin dengan Pak Long, Mak Long pandai masak tak?" soal Fira tiba-tiba.

Fira duduk di belakang umi sambil memerhatikan tingkah umi yang sedang menyenduk asam pedas ke dalam mangkuk.

"Kenapa Fira tanya macam tu? Ada apa-apa ke ni?"

"Takdelah Mak Long. Fira tanya sebab InshaAllah tiga bulan lagi Fira nak naik pelamin. Fira tak pandai masak sebab tu tanya Mak Long awal-awal kahwin dulu Mak Long pandai masak ke tak."

Umi berhenti menyenduk asam pedas lalu menoleh. Bibirnya menguntum senyuman lebar. Gembira apabila mengetahui Fira bakal berkahwin tidak lama lagi.

"Wah! Seronok Mak Long dengar kamu dah nak nikah. Mak Long pulak yang excited macam Tristan yang nak kahwin." Umi ketawa kecil.

Aku hanya diam menunggu butir bicara umi yang seterusnya.

"Kalau Fira nak tahu, awal-awal kahwin dulu Mak Long tak pandai masak macam sekarang. Nasib baiklah Mak Long dapat mentua yang baik. Arwah nenek Tristan la yang ajar Mak Long. Ikutkan Pak Long, Pak Long bosan juga asyik makan makanan yang dibeli kat kedai. Siapa je tak cemuh kan? Seorang suami mestilah nak merasa air tangan isteri. Betul tak?"

Fira mengangguk. Setuju dengan kata-kata umi.

"Fira masih ada masa lagi untuk belajar masak. Fira kena ingat, bila dah kahwin nanti Fira kena utamakan suami. Kena jaga perut suami. Air tangan isteri ni lain. Tak sama macam beli kat kedai. Sama juga macam air tangan seorang ibu. Percayalah air tangan isteri dan ibu paling sedap di dunia." Panjang lebar umi berkata. Tangan naik menepuk-nepuk bahu Fira.

"InshaAllah Mak Long. Masa yang ada ni, Fira akan gunakan untuk belajar masak."

Umi menoleh ke arahku.

"Tris, dengar tak tu? Fira nak belajar masak. Kamu pula bila nak belajar masak? Masak yang simple-simple je kamu tahu. Jarang masuk dapur. Sibuk memanjang."

Erk! Aku pula yang kena. Umi ni haa adoi la.

"Ala umi ni. Tris pula yang kena."

"Kamu dah tua. Dah besar panjang pun hal-hal dapur masih harapkan umi. Kalau macam ni gayanya, esok-esok kahwin tak berasap la dapur rumah kamu."

Aku garu kepala yang tidak gatal. Aduh umi ni.

"Nanti-nanti la Tris khatam bab dapur. Umi ni tak chill langsung."

"Banyaklah kamu punya chill. Umi cakap bukannya nak dengar. Siapalah yang bakal jadi suami kamu nanti. Memang nasib la dapat anak dara macam kamu buat bini. Lengkuas dengan halia pun masih tertukar. Apa nak jadi entah."

Wajahku berubah kelat. Aduh umi ni. Tak bertapis langsung bila bercakap. Hal aku masih tidak dapat bezakan halia dengan lengkuas terkeluar juga. Memalukan!

Fira tutup mulutnya dengan tapak tangan. Dirinya sedaya upaya menahan dari meletuskan tawa. Malangnya tawa terletus jua. Sekilas aku jeling ke arah Fira.

"Kamu pun sama Fira. Jangan nak ketawakan Tristan. Kamu dengan dia dua kali lima!"

Umi berpusing semula ke periuk yang berada di atas dapur. Menyambung menyendukkan asam pedas ke dalam mangkuk.

Nah kau! Setepek umi bagi. Giliran aku pula mentertawakan Fira pakej jelirkan lidah ke arahnya. Padan muka. Haha.

**********************************************************

Usai makan tengahari di rumah, aku kembali semula ke kedai. Tempahan Tan Sri Afham harus disiapkan dengan kadar segera. Tinggal beberapa hari lagi sebelum team kami bergerak ke dewan untuk menghias dewan bagi majlis bersanding. Aku pandang Alisa dan Bob yang tekun menyiapkan kerja.

"Banyak lagi ke belum siap?" soalku mahu mengetahui progress terkini.

"Sikit lagi kak Tris. Dah tak banyak mana. Esok lusa siap la ni," ujar Bob sambil tangan sibuk menggubah bunga.

"Haah betul kak Tris. Sikit je lagi," Alisa menyampuk.

Aku mengangguk. Aku juga tidak ketinggalan menggubah bunga seperti yang diminta oleh Tan Sri Afham. Katanya dia mahu sentuhan air tanganku.

"Agak-agak Tan Sri Afham suka tak dengan hasil kerja kita nanti?" Kak Nana memecahkan keheningan.

"Mestilah suka. Hasil air tangan team kita. Perfecto!"

Ada-ada saja jawapan Alisa. Alisa tepuk tangan sambil menayang muka bangga seperti menang anugerah gubahan bunga terbaik peringkat antarabangsa.

Bob menggeleng.

"Kau ni Lisa yakin sangat bercakap. Aku hempuk kepala kau dengan bunga ni karang." Bob acah-acah mahu hempuk kepala Alisa menggunakan bunga yang ada di tangannya.

"Kau hempuk aku, rosaklah bunga tu nanti. Kau nak bayar ke?" soal Alisa. Kening diangkat beberapa kali. Mahu mengusik Bob.

"Kau jangan nyah. Aku walaupun lembut macam ni, aku tak tergamak tau nak rosakkan tempahan customer. Karang melayang duit gaji aku. Menangis tepi bucu katil aku nanti." Bob buat muka sedih seraya melentokkan tangan di udara. Mamat lembut macam tu la.

Semua yang berada di situ ketawa melihat reaksi Bob. Mamat sotong. Itulah gelaran Bob dalam kalangan kami. Meskipun Bob jenis lembut akan tetapi dia boleh diharapkan untuk buat kerja-kerja gubahan bunga. Hasil air tangannya tidak mengecewakan. Lawa bak hang! Kalah aku yang perempuan ni. Uhuk!

"Insha Allah Tan Sri puas hati dengan hasil air tangan kita semua." Aku menyampuk.

"Insha Allah." Semua berkata serentak.

Aku mengukirkan senyuman.

"Dah settle semua kerja, Tris belanja korang makan. Tanda penghargaan sebab bertungkus lumus siapkan tempahan." Aku membuat sebuah janji.

Sesekali belanja pekerja, apa salahnya? Meskipun aku agak kedekut tapi aku tak lokek belanja pekerja makan setelah mereka selesai menguruskan tempahan yang diterima. Tanpa mereka siapalah aku. Kedai bunga Orked Florist tidak akan membangun tanpa mereka.

Orang kata, dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain.
Pendek kata, konsep ini juga berkait rapat dengan berkongsi rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya)."
(Surah al-Baqarah, ayat 212)

Tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Bahkan dengan berkongsilah dapat mendidik seseorang itu supaya menjadi seseorang yang kaya jiwa dan harta benda. Tidak kedekut sesama makhluk.

"Yeay! Kak Tris belanja makan lagi." Jaja yang berada di bahagian paling hujung melompat suka.

Orang nak belanja makan, siapa je yang tak suka. Ye dok?

"Makan besar lepas ni." Sampuk Kak Nana.

"Jadi, kena siapkan tempahan cepat-cepat. Cepat siap, cepatlah dapat makan besar." Tutur Alisa dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Alisa walaupun baru berusia 16 tahun, dia seorang yang rajin bekerja kerana mahu membantu ibunya menyara keluarga. Keluarganya orang susah. Ayahnya sudah meninggal ketika dia berumur 8 tahun. Selepas ayahnya meninggal, ibunya yang mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga mereka dengan menjual nasi lemak setiap pagi di hujung simpang jalan. Adik-adiknya masih sekolah. Alisa pula hanya bersekolah sampai di Tingkatan 2 sahaja.

Meskipun Alisa tidak menghabiskan sekolah, dia seorang yang rajin. Pernah beberapa kali aku memberitahunya supaya bersekolah semula dengan syarat aku menanggung semua kos persekolahannya, akan tetapi Alisa menolaknya. Katanya dia tidak mahu terhutang budi dan menyusahkan aku. Bagiku hal seperti itu tidaklah besar mana namun apakan daya apabila Alisa terus-terusan menolak. Jauh di sudut hati, terbit rasa kasihan kepadanya.

Kali pertama dia datang meminta untuk bekerja di sini, secara jujurnya aku terkejut. Usianya masih muda namun dihabiskan untuk mencari wang demi menghidupkan keluarga. Sayu hati ini melihatnya. Justeru itu, aku mengambilnya untuk bekerja denganku.

"Makan je yang kau ingat nyah." Bob tepuk bahu Alisa. Alisa mengaduh kecil.

"Tak apa bukan selalu," kataku. Mata galak memandang ke arah Alisa.

Bukan mahu melebihkan Alisa tetapi aku kenal perangai Alisa macam mana. Dia bukan seorang yang boros. Setiap kali aku belanja makan, pasti dia akan membawa pulang makanan untuk keluarganya. Katanya supaya dapat merasa walaupun sikit sorang. Aku bangga punya pekerja seperti Alisa. Utamakan keluarga dalam segala hal.

Sun, Jun 12 2022 16:48 PM —

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience