BAB 5

Romance Series 4896

Entah kenapa aku bersetuju untuk pulang bersama Kael. Mungkin kerana kata-katanya berjaya menarik perhatian aku untuk mengikutinya. Sebelum mengikut Kael, aku sudah memberitahu kak Nana bahawa aku akan pulang bersama lelaki itu. Oleh itu, kak Nana yang akan memandu van ditemani Alisa.

Sebelum beredar sempat lagi aku mendengar kata-kata pujian dari bibir Alisa dan kak Nana yang tidak habis-habis memuji kehenseman Kael. Hensem tang mana tak tahulah. Paling tak boleh blah, abang hensem. Itulah gelaran Alisa untuk Kael.

Aku tahu sejak dalam dewan lagi mereka tertanya-tanya tentang Kael. Mereka nampak semua perilaku Kael dan aku sewaktu berada di dalam dewan semasa kerja-kerja menghias. Yelah tiba-tiba sahaja mamat tu muncul di hadapanku. Aku terkejut apabila tiba di hadapan motorsikal Ducati kepunyaan Kael. Aku pandang Kael di sebelah dengan rasa tidak percaya.

“Are you kidding me? Awak nak saya balik dengan awak naik benda ni?” Aku tuding jari ke arah motorsikal berkuasa besar itu.

“Dah tu kau nak balik naik apa? Kereta? Nampak macam aku drive kereta ke hari ni?” Sindir Kael sarkastik. Muka kerek ditayang.

Aku ketap gigi menahan rasa. Jawapan yang menyakitkan hati tapi aku tetap rasa selesa dengannya. Aku sendiri tidak tahu kenapa.

“Tak payah nak geram sangat. Ikut aku cepat. Nanti dah settle, aku hantar kau balik rumah terus. Tak payah singgah kedai kau dah.”

“Mana awak tahu kedai tu kedai saya?” Seingat aku, aku tidak pernah memberitahunya tentang itu. Jujur aku terkejut apabila dia datang membeli bunga di kedai.

“Semua tentang kau, aku tahu Tristan Orked.” Satu persatu Kael sebut. Suaranya yang garau ditekan sedikit. Anak matanya galak memandang aku. Tajam.

Sekali lagi aku terkejut. Dia tahu nama penuh aku?

“Who are you actually?” Aku beranikan diri bertentang mata dengan Kael.

Lelaki ini benar-benar seperti pernah dilihat olehku sebelum ini. Seolah-olah aku pernah bertemu dengannya. Namun aku lupa. Anak matanya yang berwarna hazel sungguh menawan. Cantik sangat. Rasa nak tukar je anak mata dengan dia. Haha.

“One fine day kau akan kenal aku siapa. Yang pasti, aku kenal kau tapi kau tak kenal aku.” Suara Kael berubah dingin. Anak matanya segera dikalihkan ke arah lain.
Aku terdiam. Apa maksud kata-katanya? Dia kenal aku tapi aku tak kenal dia? Macam mana tu?

“Tak perlu fikir apa aku cakap. Kau ikut je aku.” Mamat ni macam tahu-tahu je apa yang ada dalam kepala aku. Boleh baca fikiran orang agaknya.

Tiba-tiba Kael tarik hujung lengan bajuku supaya dekat dengannya. Aku hanya membiarkan. Entah apa yang hendak dibuat olehnya.

“Duduk diam-diam.” Arah Kael serius.

Tangannya bergerak mencapai helmet lalu dipakaikan di kepalaku. Aku terpana dengan tindakannya.
Dia pakaikan aku helmet? Biar betik? Tak sangka mamat ni walaupun nampak kasar tapi sweet. Erk! Sweet?

Giliran Kael pula memakai helmet. Oh dia bawa dua helmet rupanya. Dia memang plan nak balik dengan aku ke apa ni? Sarung tangan hitam turut dipakai.

“Naik cepat.” Arah Kael selepas dia selesai memakai helmet dan sarung tangan. Ketika ini dia sudah berada di atas motor. Seketika kemudian enjin motor dihidupkan.
Kael berpaling ke arahku.

“Yang kau tercegat lagi kat situ kenapa? Terpesona dengan kehenseman aku?”

Erk! Muka aku cemberut. Perasan betul dia ni.
Segera aku menghampirinya sebelum naik duduk di belakangnya.

“Pegang aku kalau taknak jatuh.’ Ucap Kael di sebalik helmet yang dipakainya.

Bagaikan dipukau, aku hanya mengikut. Perlahan-lahan tangan bergerak melingkar di pinggang Kael. Tubuhnya aku peluk seerat yang boleh. Sejurus itu Kael segera memecut laju. Meninggalkan kawasan Grand Ballroom.

**********************************************************

Kael membawa aku ke sebuah taman. Kami berdua memilih untuk duduk di sebuah kerusi yang terletak di hujung taman. Agak tersorok daripada orang ramai. Aku tidak pasti tujuan Kael bawa aku ke sini. Kami duduk sebelah menyebelah sambil masing-masing hanyut dengan dunia sendiri. Lama mendiamkan diri, aku akhirnya membuka mulut.

“Kita buat apa kat sini?”

“Untuk bercakap.” Ringkas jawapan Kael. Pandangannya hanya fokus ke hadapan.

“Awak nak cakap apa dengan saya?”

“Kau tahu siapa Uqail?”

Sejurus mendengar nama Uqail, aku segera panggung kepala. Lurus tepat memandang ke arah Kael. Malangnya lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahku.

“Dia boyfriend saya.” Aku jawab juga walaupun pelik macam mana dia tahu mengenai Uqail.

“Boyfriend selama 4 tahun?” Kael segera berpaling ke arahku. Menatap aku dengan pandangan tajam. Nada suaranya kedengaran kurang senang di situ.

Aku kerutkan dahi. How did he know?

“Macam mana awak tahu pasal Uqail dan macam mana awak tahu dah berapa lama kita orang bersama?” Terluah juga persoalan yang berada di fikiran.

“Like I said before aku kenal kau tapi kau tak kenal aku.” Dingin.

“Then explain it!” Arahku.

Pelbagai soalan muncul di benak fikiran. Apa yang dimaksudkan oleh Kael bahawa dia mengenali aku tetapi aku tidak mengenalinya? Adakah benar bahawa kami pernah bertemu sebelum kejadian di lampu isyarat tempoh hari? Jika ya, mengapa aku tidak mengingatinya? Jika tidak, bagaimana dia mengetahui tentang aku dan Uqail? Adakah Kael seorang psikopat? Tidak mungkin! Hati mengatakan yang sebaliknya. Meskipun baru bertemu dengan Kael, aku dapat merasakan Kael seorang lelaki yang baik. Malah, aku selesa dengannya. Apa maksud semua ini?

“You'll know the truth but not for now. The time is coming. Get ready for it. Kau tahu nama aku siapa?” Soal Kael tiba-tiba.

“Kael.”

“Itu je yang kau tahu?” Kael tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh aku. Wajahku ditenung dalam-dalam olehnya. Gaya tenungan Kael buatkan aku sedikit meremang. Semacam je pandangan Kael terhadapku.

“Itu je yang saya tahu. Itu pun sebab Akmal yang sebut nama awak hari tu.” Lambat-lambat aku menjawab.

Kael mendengus. Eh! Aku salah cakap ke tadi?

“Kau taknak tanya nama penuh aku apa?”

“Err...apa nama penuh awak? May I know?”

“Nama aku Hans Mikael. Kau boleh panggil aku Kael. Tapi kalau kau nak panggil aku sayang pun boleh. Takde masalah. Lagi aku suka.”

Erk! Tiba-tiba rasa tercekik dengar kata-kata Kael. Dia tengah buat lawak cap ayam ke sekarang ni? Aku panggil dia sayang? A big no!

“Awak tengah buat lawak ke sekarang ni? Saya panggil awak sayang? Oh please tak kelakar.” Tuntas aku laju.

Sumpah kata-kata Kael kedengaran kelakar di cuping telingaku. Aku dah ada Uqail. Mustahil untuk aku menyukai lelaki lain selain Uqail. Aku sangat yakin akan hal itu.

“Aku tak main-main. Sekarang mungkin kau rasa kata-kata aku kelakar. Tapi aku tak main-main dengan apa yang aku cakap. I'm a man with my words.”

Terdiam aku dibuatnya. Terasa Kael benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya. Tambah-tambah dengan pandangan tajamnya. Pandangan maut!

“Mulai hari ni, aku nak kau ingat nama aku baik-baik. Hans Mikael. Lelaki yang ada sebelah kau sekarang ni, akan jadi lelaki paling penting dalam hidup kau suatu hari nanti. Mark my words.”

Jeda seketika.

“Remember kalau jadi apa-apa, panggil aku. Aku akan datang.”

Aku garu kepala yang tak gatal. Mamat ni jatuh tangga ke pagi tadi? Apahal lain semacam? Orait tak orait kau ni mat?

“What do you mean by kalau jadi apa-apa, panggil awak? Is it necessary?”

“Indeed. Ingat benda ni sampai bila-bila. Apa-apa jadi sekalipun, panggil aku. Aku akan muncul depan kau.”
Dahi aku berkerut. Tidak mengerti kata-kata Kael. Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Kael?

“Lagi satu, esok kau pakai cantik-cantik. Aku datang pick up kau kat rumah nanti.”

Dahi aku tambah berkerut.

“Buat apa?”

“Pergi majlis kahwin.”

“Majlis kahwin siapa?”

Dah kenapa Kael tiba-tiba ajak aku untuk menemaninya esok? Pergi majlis kahwin pulak tu. Majlis tu pulak majlis siapa sampai aku perlu ikut dia?

“Kau akan tahu.” Serentak itu, tangan Kael naik menyelit rambut aku yang terjuntai di dahi. Rambut diselit di tepi telinga.

Tindakan yang tidak dijangka daripada Kael berjaya buatkan aku kaku di situ. Kami saling bertentang mata. Lama. Irama jantung mula berubah rentak menjadi laju. Dua-dua saling bertatapan dengan jarak yang hanya beberapa inci. Pandangan Kael seolah sarat dengan sebuah kerinduan. Pandangannya redup tepat memandang ke dalam anak mata aku. Apakah maksud semua ini?

Thu, 16 Jun 2022 01:54 AM —

Share this novel

Nur Naimah
2022-06-19 18:20:10 

want more chapters...


NovelPlus Premium

The best ads free experience