BAB 5

Other Completed 5146

“Geng, kita ada masalah! Siapa yang dapat ganti tempat Dayana? Dia takleh carry on la, accident masa nak datang sini tadi. Kita tak banyak masa ni, siapa yang sanggup? Budak- budak kat sini jer la senang…da biasa tengok camna kita buat latihan. Dialog pun da tau serba sedikit”.

Masing-masing hanya mengeluh. Pulak! Masalah tambah musibah! Siapa yang nak?? Ini yang tak best kalau semua dah mempunyai tanggungjawab. Tak terkejar rasanya.

“Aik semua menung ape sal? Takkan semua da surrender kot? Heiii! Came on la…korang kan hari-hari tengok rehearsal ni. Takkan takde yang berani cuba kot…” pujuk Lutfi lagi.

“Ala Lutfi…kita orang ni bukan tak nak cuba, tapi tak boleh ler! Kau tengok muka kami ni, layak ker jadi heroin?? Buat malu jer…” celah Amira, pembantu pereka kostum.

Huh tak boleh jadi ni! Lutfi memerhatikan sekeliling, dan tersenyum. Heh heh heh…dia ketawa di dalam hati.

Payback time…santek punya!!!

“Aku ada idea…” Lutfi memandang anak buahnya. “Kill, kau ambik alih tempat Dayana tu. Kau dah biasa tengokkan? Aku percaya kau mesti boleh buat punya.” Lutfi tarik senyum memujuk.

“Eh, apa sal pulak aku? Kan ramai lagi ni? Kau suruh je Keju tu, bahagian dia biar aku takeover” bantah Killer.

“Adoiii!!! Kau ni kalau aku cakap jer, mesti nak pancunggg! Tak boleh ke kau setuju jer! Lagipun job kau biar Fazilah tu handle. Diakan assistant kau. Bolehkan Ila?” Lutfi berpaling ke arah Fazilah meminta persetujuan.

“Asalkan semua setel, aku jalan jer… Aku pun raser Killer lebih layak dari kami semua. Ada jugak gaya heroin jika nak banding dengan kami ni…” tokok Fazilah sambil mengangguk senang.

Ek eleh, kena lagi!

“Tak mahu la, aku bukan pandai sangat berlakon ni. Nak sebut dialog pun tergagap-gagap, dengan mekap ala-ala Rozita Che Wan lagi! Habis la kebrutalan aku nanti!”

Malu beb!!! Seumur hidup, belum pernah dia menempek sebarang jenis mekap di muka. Tak sesuai! Karang tak pasal-pasal kena bantai gelak, muka dia jugak berbirat! Mau dia sembunyi bawah katil sebulan nanti… Aku ni bukan pandai pegang berus mekap tu! Pegang berus besi reti ler! Bisik hatinya sendirian. Geli.

“Ahhh!!! Aku tak kira Kill, geng-geng yang lain semua mengharapkan kau! Sanggup ker kau hampakan dia orang? Show tiga, empat hari jer lagi! Kau tolong la mereka yang amat mengharapkan persetujuan kau ni…” Lutfi cuba menukar taktik dengan menggunakan psikologi pula. Minta-mintalah Berjaya!

Killer memerhatikan wajah rakan-rakannya yang memandang dengan wajah memohon simpati. Terbit rasa kasihan di hatinya. Sebenarnya dia pun bukan kejam sangat. Cuma cuak dengan Mamat Kepit tu aje… Ye la, nanti terpaksa la dia mendengar segala arahan mamat tu! Leceh!!!

“Ok la! Aku setuju tapi dengan satu syarat…” Killer memandang tepat ke arah Lutfi. Lutfi hanya mengangguk. Syarat apa lagilah kau ni Kill! Jangan kau mintak yang bukan-bukan dah ler!

“Time berlakon tu, aku nak pakai sneakers boleh…?” pinta Killer dengan muka poyo tahap dewa.

“Kau giler Kill?? Dah ler buat kisah uda dan dara…pakai kebaya lak tu! Takkan kau nak rembat dengan sneakers kau yang penuh dengan tatu tu! Kau ingat logik ker? Zaman 60an awek pakai sneakers??” ledak Lutfi tak percaya.

Jim yang hanya diam dari tadi ketawa dan rakan-rakannya yang lain turut serta. Ada juga yang memandang tidak percaya sambil mengelengkan kepala.

“Ala! Ok la tu, aku bukan pandai pakai heel ni! Karang terlentang aku kat atas stage tu… siapa nak jawab?? Kang tak pasal-pasal Si Dara buat gaya renang kuak lentang kat situ. Siapa yang malu?? Kelab kita jugak!” Lutfi hanya memandang tajam. Killer pula buat muka selamba.

“Kau jangan banyak songeh! Kang aku keluarkan aura petala ke lapan, kau nyesal! Kostum kita dah sediakan. Kau pakai je… Halimaton akan bantu kau. Dia yang arrange bab pakaian ni”

“Bab mekap lak, kau tak payah risau! Obi Cantik ada. Lelaki-lelaki dia pun kalau bab tempek muka, ada klasss…kau pun kalah. Menangis kau kalau tengok, sebijik cam pro beb! Dia boleh tolong. No hal!” Killer hanya mampu bersetuju. Yelah…masa dah suntuk, tak sampai hati jugak melihat rakan-rakannya gelisah memikirkan persembahan mereka nanti.

Dua tiga hari ini, mereka berlatih bersungguh-sunguh. Semua memberikan komitmen jitu. Lutfi berpuas hati dengan segala persiapan dan kerja keras mereka. Malam yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua, semua yang terlibat dengan persembahan malam Muhibbah kelihatan sibuk.

“Ades!!! Aton, kau tolong aku pakai pakaian ni, aku bukan reti nak pakai benda ni semua” Mamat Kepit punya pasal, aku pulak yang terkepit! Ces! Ces! Ces! Hati Killer menggerutu di dalam. Setelah selesai berkebaya anggun dengan bantuan Halimaton, Obi Cantik pula mengambil giliran untuk menconteng muka Killer.

“Nyah! kau dongakkan sikit muka kau ni, mak nak mekap… bukan senang tau, kau nak rasa penangan mak ni. Nanti kalau da siap, meratap Nasha Aziz tu tengok kau!”

Obi Cantik terus menempek segala benda yang dibawa ke muka.Tangannya lincah sekali. Alas bedak, krim muka, eye shadow, blusher, gincu ligat diaplikasikan ke muka Killer, seligat mulutnya yang tidak berhenti mengoceh.

“Ok dah siap! Fuhhh! Cantiknya kau Nyah… dah macam Raja Shahiera Raja Azrey mak tengok. Kalau mak ada anak, mak ambil kau jadi menantu.” Usik Obi Cantik setelah memberi sentuhan terakhirnya.

“Haah memang ler! Kau puji aku ker puji diri sendiri ni?? Gurau Killer. “Tapi aku salute ler kat kau! Kalau macam ni kerja kau, nenek tepi jalan pun dah nampak cam Era Pazira!” puji Killer terpegun apabila melihat bayangan wajahnya. Tak percaya, lengkap berkebaya pula tu, sebijik perempuan melayu terakhir.

“Oopps! Cop! Cop! Kau sebut nama sape tadi? Rasanya pernah ku dengar nama itu, tapi di mana ya??” pinjam dialog Yasin jap. Bukan dia tau pun! Hehe…

“Loeee! Itukan nama minah gedik perasan diva kat kolej ni. Kau tak kenal ke?? Takkan ler kau tak pernah jumpa dia??”

“Ishh! Aku tak ambil port benda tu semua. Tak layan derr… aku bukan campur dengan budak-budak perasan cute jelita ni. Payah! Lagipun, aku bukan level dorang.”

“Eleh! Kalau kau nak, boleh je Nyah…sengaja kau tutup kecomelan dengan lagak brutal tu! Camna orang nak perasan??”

“Weiiii Nyah!!! Kau jangan…nanti kalau orang dengar, terbelit tali usus dia orang, pasal gelak tak berenti empat puluh empat malam. Kau nak tanggung ker?” Killer terkekeh geli hati.

“Awwww…. Tak kuasa mak, Nyah!” Mereka berdua tertawa. Lutfi yang muncul untuk memastikan persiapan anak buahnya buat kali terakhir kelihatan tertoleh-toleh ke sekeliling.

“Hai Hensem! Cari siapa? Macam cipan hilang laki je mak tengok. Kau cari mak ke?” Obi Cantik tersengih miang.

“Mane Killer? Kite dah kena standby kat belakang stage ni! Kejap lagi turn kita. Ni mesti merayap tempat Jim ni.” Nazrul yang ditugaskan untuk persediaan prop telah lama bergegas ke belakang pentas dari tadi.

“Oiii Kepit! Aku tau ler, aku terlebih jelita hari ni, jangan le kutuk aku macam tu. Kau ingat aku ni tak bertanggungjawab ke? Aku reti jugak makna kerjasama tu!”

Apa yang penting?? Kerjasama!!!

“Takkan orang lain sibuk ke sana, ke sini aku pulak sibuk bersembang. Nak cakap pun agak-agak la sikit.” Tak puas hati nadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience