BAB 7

Other Completed 5146

Killer memasamkan muka. Entah kenapa jika berperang mulut dengan si Kepit ni asyik dia jer yang terpaksa beralah. Padahal selama ini, belum pernah dia beralah dengan sesiapa. Bukan sikap dia untuk menyerah dengan mudah. Nazrul sendiri kadang-kadang hanya membiarkan Killer menang tanpa bertanding. Malas nak menyangkal, bukan boleh menang pun katanya.

Persembahan mereka akhirnya selesai dengan gemilang. Ramai yang memberi pujian dengan lakonan mantap yang ditunjukkan. Yang menjadi primadona tentulah Killer yang mendapat banyak bunga.

“Aiii tak tidur la budak tu malam ni! Asik tersengih jer dapat bunga…” Usik Nazrul.

“Adeh kau nih! Tak kasi can langsung aku nak berangan! Aku baru nak ambil award dari Rosyam… kau dah potong.” Ujar Killer sambil menjeling. Namun bibirnya tetap mengukir senyuman. Nazrul tergelak mendengar rungutan kawannya. Sewel punya budak, baru acting sekali berangan sampai ke langit.

“Letihnya!!! Jim jom gerak. Aku dah sengguk tahap dinosour ni. Kang ada pulak yang kena tindih jadi bantal kat sini.” Huuuuaaarrghhhhh…

“Hishh! Kau ni kalau menguap tutup mulut la Kill, tak senonoh betul. Pakai ala-ala perempuan melayu terakhir tapi perangai cam perempuan kayu terakhir. Aci redah jer! Takde perasaan langsung…” Nazrul menegur.

“La! Aku ingat dah tutup mulut rupanya tutup mata. Hehehe… Sori ler, aku letih giler hari ni! Tak perasan mulut kena tutup guna tangan. Aku ingat handsfree macam mata jugak! Hehehehe…” Mereka beredar dari situ. Jim bergerak terlebih dahulu kerana penginapannya lebih jauh.

“Alamak lupa, aku kan bawa bike hari ni! Camna nak naik ni, dah ler berkebaya ketat! Kang rabak kebaya ni, mampus aku kena ganti. Koman-koman tergadai empat lima ratus ni!”

“Kau buat apa lagi kat sini? Tak balik lagi??” tegur Lutfi yang muncul tiba-tiba. Sebenarnya dia sedang dalam perjalanan menuju ke arah keretanya ketika dia terlihat Killer yang sedang ralit menggaru kepala sambil merenung buah hatinya di sebelah. Apa lagi kalau bukan superbikenya yang ditunggang siang dan malam tu…

“Oooww mak engkau cendol berbunga!!! Hishh kau ni Kepit! Sentap aku! Nasib baik aku takde kanser tali usus. Kalau terburai kat sini, kau nak kutip?” latah Killer sambil mengurut pinggang.

“Hikhikhik… kau ni Kill, orang terperanjat urut dada, kau urut pinggang! Apa kess?”

“Cet!!! Aku kalau terperanjat memang camni. Buah pinggang goyang! Kau ni pesal tiba-tiba jer muncul? Buat terperanjat aku jer! Nasib aku tak lepaskan senjata rahsia tadi.”

“Apa senjata rahsia kau tu? Teringin jugak aku nak tau”

“Rahsia mana boleh kasi tau. Kalau kau dah tau, hilanglah rahsianya! Eiihh…” balas Killer.

“Eleh!!! Aku tau kau punya senjata… mesti pepper spray kan” tebak Lutfi cuba menduga. Killer tersenyum seraya menggelengkan kepala.

“Kalau kau nak tau sangat.. aku bagitau la..”

Jeng jeng jeng…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience