BAB 1

Other Completed 5146

”Hey, Kau dah kenapa jalan macam drunken master selamba badak kau langgar aku! Jalan guna kaki atau mata. Lain kali jalan jangan guna telinga sampai aku yang besar macam polar bear ni kau tak nampak!’’
Killer terus membebel apabila semua buku dan nota yang dikelek terus berterabur akibat dirempuh oleh pemuda yang kelihatan selamba dengan rasa tidak bersalah. Dia segera tunduk untuk mengutip segala harta karun miliknya.

“Opsss miss, acik, akak, sorry sangat-sangat, yang sebenarnya saya ni manusia hamba Allah yang cukup sempurna sifatnya Allah bagi dan sebab itu saya berjalan guna semua anggota badan yang diberi oleh-Nya. Miss sendiri pun nampakkan yang saya jalan guna mata. Cuma masalahnya saya tak sempat nak brek tadi sebab miss tiba-tiba turn ke arah saya, sudah tu taka da signal pula, jadi sekarang siapa yang salah?’’ balas mamat tu dengan selamba badaknya sound aku.

Ek elehh, melawan mamat ni yer…tak padan dengan kurus, muka pun lurus bendul jer, tapi menjawab bukan main…macam pompuan. Nak main signal-signal pulak tu, ingat ni sekolah memandu ker? Dah ler cakap pun dah macam zaman retro. Bersaudari bagai.. seriau aku dengar. Nasib baik la kelas abang Mezah aku tu dah nak mula, bebelnya dalam hati.

Killer tidak mahu lagi terlambat seperti semalam. Malu asyik kena perli oleh prof Hamzah. Asal lambat je…dia! Asal dia je…lambat! Dek bengang… terus dipanggil prof Hamzah dengan panggilan abang! Tapi nak buat macam mana, terang-terang dia yang salah. Kalau bawak ke mahkamah sivil ker… mahkamah syariah ker… dia tetap kalah mati! Heh heh…

“Ok la, sekarang aku malas nak bertekak dengan kau! Kira kau ni bernasib baik la…tapi lain kali, pikir dulu dua tiga kali sebelum kau berani nak cari pasal dengan aku… Adiosss…”

” Opps lupa! Sebelum aku blah, aku nak bagi advice sikit untuk kau ni…next time kalau berjalan…jangan asyik terkepit jer…menyusahkan orang, dah la lambat, buat semak laluan jer..” Killer pun tanpa berlengah terus meninggalkan pemuda itu dengan tergesa-gesa. Namun sempat lagi dia memberi nasihat ala-ala bang long bunyinya. Erk, abang?? Kihkih.. kak long ler… Hehehe…

Mintak-mintak la..abang Mezah tu belum masuk, kalau tak bernanah pulak la telinga aku hari ni. Getusnya perlahan sambil berlari ala-ala detektif yang sedang mengejar peragut.

Dua tiga budak senior yang sedang bersantai sambil menjual minyak urat kelihatan terpinga-pinga dengan kelajuan tahap dewanya. Kalaulah ini merupakan satu perlumbaan, sah-sah dia la juara.

” Oii geng, cuba kau tengok, Killer tu mesti buat lari pecut sebab lambat ke kelas. Dah takde muka lain..asik dia jer. Ish..ish!”

” Hish! Kau ni, jangan ler kuat sangat..nanti kalau si Killer tu dengar..mati kita kena sembur..kang tak pasal-pasal kena tadah telinga dengan kata-kata membunuh si Killer tu..” sampuk rakannya sambil tertoleh-toleh ke arah gadis yang digelar Killer itu.

Memang dia lebih dikenali sebagai Killer di kolej ini. Rakan-rakan yang menggelarnya kerana menurut mereka tahap keceluparannya agak membunuh kesabaran pihak lawan yang sedang berlawan intonasi suara jika ada yang tidak kena dan jika ada yang sanggup untuk beradu nada suara yang lebih tingggi dan nyaring. Maknanya time bergaduh ler tu!

“Kau ni macam tak biasa tengok aksi pecut si Killer ni. Biasala kalau time gini memang aksi ni dah jadi perkara biasa bagi aku…takde keajaibannya pun..da kalih benar aku tengok.”

Akhirnya mereka hanya ketawa sesama sendiri sambil mengingatkan sikap Killer yang entah bila akan berubah. Tak padan dengan perempuan tapi perangainya tuhan je yang tahu . Nakalnya nauzubillah…

Lutfi pula yang ditinggalkan dengan amaran terus beredar sambil mengomel sendirian. Ades!! Apa la malang nasib kau ni Lutfi, hari pertama dah kena sembur dengan minah senget suara soprano tu, nasib baik dia tu perempuan…erkkk, perempuan ker?? confused aku!

Lutfi tersengih sendirian, lucu juga apabila difikirkan. Nasib baik gadis itu cepat beredar dari situ, kalau tidak malu juga dia jika adegan mereka itu menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.

Tengok gaya kalahkan jantan. Dah la tu, kata-kata pun boleh dikira tahap membunuh tu. Bunuh hati dan perasaan. Yang paling syahdu…perasan yang dia tu besar sangat, padahal kalau nak dibandingkan saiz, nenek aku lagi besar. Lutfi terus bermonolog sendirian.

Argghhh!! Tak payah fikir ler tentang minah tu…baik aku cari kelas aku ni…lagi banyak faedah. Lutfi terus beredar untuk memasuki kuliahnya yang baru sahaja didaftarkan selepas dia berpindah dari kolej lamanya. Setelah berlegar dua tiga kali dan bertanya pada pelajar yang berselisih dengannya, akhirnya dia berjumpa dengan kelas tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience