BAB 3

Other Completed 5146

Killer menuju ke hostel dan terus berborak-borak kosong dengan Nazrul. Mereka berdua memang begitu, kalau dah bertemu, pasti riuh jadinya .Malah ada yang tersalah anggap dengan persahabatan mereka dan menyangka mereka sedang dilamun cinta.

“Ok Jim, aku blah dulu la…dah terbayang-bayang tilam empuk kat bilik aku ni. Letih ler, semalam aku tidur lambat hehehe…” kata Killer setelah Nazrul memberhentikan keretanya di depan hostel.

“Kau ni study ke bergayut ?? patut ler mata tu asyik nak tutup je…rupanya jadi burung hantu yer…”

“Woiii! Burung hantu kau jangan sebut ea… Sensitif. Mamat Kepit tu cakap mata aku macam burung hantu. Kau jangan nak jadi pengikut dia lak, kan aku tak redhakan kau empat puluh empat hari! Baru kau tau…” Nazrul hanya ketawa mendengar ugutannya.

“Sebenarnya aku buat assignment malam tadi. Lepas tu…aku chat dengan member yang aku kenal kat ruangan sembang tu…aku da lama tak chat ngan dia, coz dia busy lately, last night, aku tengok dia join balik ” jelas Killer lagi.

” Cettt patut ler! Tapi kau jangan amalkan sangat chating tu…takut nanti kena kanser jari pulak tau…” usik Nazrul sambil beredar dari situ sambil mengangkat tangannya. Killer pula terus menuju ke arah biliknya.

Fuhhhh!!! Leganya dapat landing atas katil ni, desisnya sambil bergolek-golek di atas tilam. Sepuluh minit, dua puluh minit matanya tetap tak mahu lelap. Ish, mata ni tak mahu pejam lak! Otak tepu, badan letih… belayar la wahai mataku! omel Killer sendirian.

Akhirnya dia mengambil dan membuka komputer riba untuk melayari internet. Dan seperti biasa, dia akan memasuki ruangan sembang untuk menghilangkan rasa bosan. Tiba-tiba dia tersenyum lebar.

Yess! Dia ada hari ni! Killer terus mendaftar namanya yang digunakan sebagai nama samaran ketika di alam maya. Angell.

Angell : Hai Pitt…salam

Rakannya, Brad Pitt yang sedang aktif taliannya terus membalas.

Brad Pitt : Hai Anjelina, salam untuk kau juga.hehehe…

Angell : Hish… apa kau ni Pitt? Anjelina lakk…tak sesuaaiii la dengan aku ni. Kan aku dah cakap panggil Angell, kau sengaja nak malukan aku ea?.

Brad Pitt : Yer la… yer la…usik sikit pun dah melenting…hehehe…garang tahap membunuh. Kasihan la… saper yang jadi pakwe kau ni,Angell.

Angell : Ek elehh…eh, kau takde kelas ke hari ni ? Semalam kau cakap kelas kau full ?

Brad Pitt : Haah, supposed to be…but last minute got cancelled. Lecturer ada emergency la Angell…aku baru nak bersuai kenal dengan geng-geng kat situ. Aku kan student baru…

Angell : Yer tak yer…kau bagitahu, kau pindah kolej baru kan ? camne? gempak tak tempat baru kau tu??

Brad Pitt : Urmmm… ada yang ok dan ada yang ko…

Angell : Biasala tempat baru, nanti melekat la tu. Kau kan otak gempak, pandai ayat lecturer.. nanti ngan anak-anak murid lecturer sekali melekatt…hehehe…

Brad Pitt : Ek elehh, camne kau tau sangat aku ni ?? Jumpa pun belum… dah dua tahun kita chating, kau tak pernah nak jumpa aku. Kau ni tak sudi ke takut ??

Angell : Loeee… Pitt, aku bukan takut…just have to be careful. sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Yang kaki temberang dan kaki telan banyak sangat. Seriau aku dibuatnya…Lagipun t-shirt yang aku bagi pada kau kan ada. Nanti kalau kita blind date kau pakai yer…

Brad Pitt : Owhh t-shirt merah yang bertulis ‘ANGELL’ tu ?? Hah cantikk ler…kau pulak pakai t-shirt merah yang tertulis ‘PITT’…yang aku bagi tu, baru mudah aku nak cam kau kan… hikhik…

Killer hanya tergelak seorang diri membaca mesej-mesej yang dihantar oleh kawannya itu. Brad Pitt memang kelakar orangnya.Dan dia juga amat menyenangi cara dia berdiplomasi walaupun Brad Pitt tau yang dia seorang yang agak gila-gila orangnya.

Setelah agak lama berbual, akhirnya mereka menghentikan perbualan kerana masing-masing perlu menghadiri kelas pada petang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience