BAB 2

Other Completed 5146

Fuhh lega!! Nasib baik lecturer belum masuk, boleh jugak aku rileks kejap, gumam Lutfi. Dia terus menuju ke tempat duduk kosong di sebelah seorang perempuan yang sedang melentukkan kepalanya di atas meja. Hanya itu yang tersisa kerana kelewatannya tadi.

“Anak saper ni!! Orang dalam kelas belajar, dia sibuk lakar peta dunia atas buku. Kalau suka sangat Geografi, kenapa masuk kelas Bussiness Law ni.. tak faham betul…” katanya perlahan.

Tiba-tiba kepala yang enak terlentuk itu beralih ke arahnya. Siap dengan dengkurnya sekali. Alamak!! Minah Senget la.. habis la aku! Mesti demam kura-kura ni kalau dia tau aku dok sebelah dia. Silap-silap dia pulak yang bertukar jadi lecturer… Kes speeding la ni…sampai dalam kelas pun boleh bantai tidur!

Ish-ish… Lutfi cuba untuk melilau ke tempat lain, manalah tahu kalau nasibnya baik ada lagi kerusi kosong di celah-celah pelajar lain. Dalam kelam kabut dia menjengah, tiba-tiba terdengar laungan nyaring seorang pelajar.

“Attention guysss!!! Hari ini kelas terpaksa dibatalkan kerana prof terpaksa cuti emergency. Kabarnya mak tiri bapak angkat belah bapa sedara jiran dia passed away… sebab tu ler dia terpaksa cuti…”.

“Ek elehhhhh!! Mana kau tau dia cuti sebab tu?? Lain macam je excuse aku dengar. Tah-tah kau yang reka tak??” Liesa, pelajar yang bersebelahan dengan Lutfi menyampuk.

” Hehehe… Kau ni potong stim betul. Aku baru je nak loyar buruk sikit… Cettttt!!”

Terkekeh Nazrul yang memang terkenal dengan kenakalannya namun merupakan salah seorang top student dan teman rapat Killer kerana mereka memang satu kepala dalam apa jua perkara. Nazrul beredar lalu menghampiri Killer yang sedang terlentuk lena. Hish! Dah macam tidur dalam bilik dibuatnya. Dia mengelengkan kepala. Hampeh tul budak ni…dalam kelas pun sempat tabur benih mimpi tu…tak tahan betul ler…

“Weii!!! Kill bangun ler..apa la kau nie, siap meleleh lagi tu! Pengotor betul…cepattt!!! Kelas kita cancelled ni… Bangunnnnnnnnnnnnnn!!!”

Hish budak ni, kalau dah letak kepala, tsunami datang pun belum tentu dia sedar. Nazrul membebel di dalam hatinya.

“Kill bangun derr… Api!!! Api!!!”

Senyap. Sunyi.

“Kill banjirrrrr!!! cepattt selamatkan diri kauuu!!!”

Killer tetap kaku dengan dengkuran yang halus kedengaran. Malah kelihatan makin lena sambil mengesat air liur basinya yang mula mengancam untuk keluar dari posisi strategiknya.

“Kill ada sesuatu kat kaki kau tuh, eiii! Ada lipas la..dah nak merayap atas kaki kau tu…besarnyanya… bunting sulung lak tu”

“Hah!!! Apa kau kata ?? Lipas?? Bunting?? Arghhhhh!!! Tolongggg lipassss buntingggg!!!” dengan tiba-tiba Killer terus melompat bangun dan menjerit sambil membuat aksi geli. Dia memang alah benar dengan menatang tu. Geli yang teramat geli!

“Kahkahkah!!! Kau ni kalau aku kata kiamat pun belum tentu kau bangun…tapi dengar jer nama binatang kesayangan kau tu terus je ‘on’ yer! Kill..Kill… kata brutal rupanya penakut tahap kuda air… ” Nazrul, yang hanya dipanggil Jim oleh Killer terus tergelak.

“Cess kurang asam kau Jim! Kau dajalkan aku err? Kau nampak ni?” Killer menunjukkan kepala lututnya.

“Kau teringin nak makan sup kepala lutut ker? Aku bagi free je kat kau. Lagipun hari ni, turn aku belanja kau kan? Lagi satu! Aku bukan penakut beb, cume aku tak berapa nak kamceng arr ngan menatang tu…” tambah Killer membela dirinya.

“Loeee! Rilek la Kill, kau ni tak boleh diajak bergurau langsung. Cuba kau tengok sekeliling ni, kita ni kan kat kelas ni… malu ler kalau ada balak hensem tengok kau buat air tuak ni. Lagipun bulan Ramadan lambat lagi…tak payah la kau buat promosi. Tak laku derr..hehehe…” pujuk Nazrul sambil bergurau.

“Err…Kill saper tuh ?? Tak pernah aku tengok pun…”

“Apa benda la kau ni Jim, kacau jer…mana??”

“Tu sebelah kau tu, Kill…kau jangan ler tengok dengan mata terpejam weii…sampai esok pun belum tentu nampak. Tu mamat hensem yang terjenguk-jenguk macam tupai tengah intai kelapa tu”. Nazrul memuncungkan mulutnya ke arah Lutfi yang berada di sebelahnya.

Lutfi yang ketika itu sibuk ingin melarikan diri tidak perasan yang Killer sedang memerhatikan dirinya dengan dahi yang berkerut. Aik, inikan mamat yang jalan terkepit-kepit depan dewan tadi. Sah dia ni la yang ter’accident’ dengan aku tadi. Apehal pulak dia masuk kelas ni ?? Siap landing tepi aku lagi…lahabau tul, getus Killer di dalam hati.

” Weii Kepit! Kau buat apa kat sini ?? Kau tak puas hati ea? Kau ingat kau datang sini… aku goyang ke dengan tubuh cekeding kau ni?? Tolonnnnnngg sikit!” tanpa menghiraukan Nazrul yang terpinga-pinga melihat adegan itu, Killer terus menyerang Lutfi dengan gaya gangster.

“Apa hal kau ni? Datang bulan ea? Konon nak bagi aku kecut la tu? Dah nampak aku ada kat kelas mesti la nak belajar, takkan aku nak beli air tuak yang kau sibuk hasilkan dengan produktif tu…”

“Lagi satu! Nama aku Lutfi… L.U.T.F.I. bukan Kepit yer…harap maklum.”

“Arghhhh! Ada aku kesah? Mak Esah pun tak kesah la beb! Lain kali aku tengok kau landing sebelah aku, siap kau . Aku jerit satu kelas ni kata kau nak dajalkan aku. Biar kau kena soal jawab dengan pihak kolej ni…”

“Aku nak dajalkan kau ?? Pleassseeee! Mak nyah kat luar tu pun seribu kali lagi lawa dari kau tau? setakat muka macam kau ni…tak payah berangan nak masuk list aku la weii! Nenek aku gerenti kena sakit jantung tengok pe’el kau ni… Dah ler hidung pesek, pipi jerawat, mata pulak besar macam burung hantu..tak lalu aku nak layan…”

“Ek elehhh!!! Kau ingat kau tu Brad Pitt ke?? muka macam anei jual kacang! Tengok kau pun aku dah takde selera…rasa macam loya jer… Uwekkkkk!” balas Killer dengan geram sambil melakukan aksi ala-ala ibu mengandung di depan muka Lutfi.

” Jim, jom blah…sebelum aku muntah hijau kat sini lebih baik kita pergi sedut udara segar.”

“Hah! Elok ler…kalau rasa loya tu, jangan lupa singgah klinik Ibu dan Anak yer… Manalah tau kang ada yang nak jadi ibu. Aku pun boleh tumpang bahagia.” ujar Lutfi lagi sengaja ingin menambah sakit hati Killer.

“Haah kan, kalau aku jadi ibu, aku paksa kau jadi bapak dia. Maklumle tengok muka kau jer terus loya…jadi secara tak langsung, kau ler yang jadi bapak dia. Baru padan muka kau…merana seumur hidup kena hidup dengan hidung pesek, pipi jerawat dan mata besar ni.”

Selesai saja berkata-kata, Killer terus mengheret Nazrul keluar dari situ. Malas dia untuk bertekak dengan Mamat Kepit tu lagi.

Ya Allahh… jangan la Kau bagi aku terserempak dengannya lagi… Geram! Geram! Geram tahap kuda air. Hah, kuda air?? Menatang apa tu? Setau aku, kuda laut wujud la…

Hish!!! Lantak la, malas aku nak fikir. Tapi dia kan satu fakulti dengan aku?? Arghh!!! Kalau aku nampak dia, aku akan cuba sedaya upaya untuk elakkan. Getus hati kecil Killer sambil berazam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience