BAB 9

Other Completed 5146

Sampai di hostel, Killer terus turun. Selepas berjalan selangkah, baru dia menuturkan ucapan terima kasih. Itupun dengan muka kayu tak berperasaan. Lutfi hanya memandang sehingga Killer selamat ke biliknya.

Hish! Kenapa aku rasa macam ada something wrong somewhere jer ni! Akukan hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden yang menjaga harta benda kelab. Bukan sebab aku sukakan dia, desis hati kecilnya menafikan. Lalu tanpa berlengah, Lutfi segera beredar.

Sudah agak lama Killer tidak bersembang dengan Brad Pitt. Mungkin dia juga agak sibuk dengan aktiviti hariannya. Hari ni, rileks… tiada kelas. Jadi dia hanya bermalas-malasan di bilik.

Uhhh!!! Boringnya! Apa benda nak buat ni? Assign semua dah habis… nak study pun dah jenuh otak aku ni nak proses info baru. Ish! Kalau ada Miera, boleh gak ajak dia main dam ular ke, batu selambut ke, takpun main congkak. Asal jangan main mata sudah! Nanti parah! Killer tersenyum mengingatkan rakan sebiliknya.

Ishh, baik aku online mana tau…kalau nasib baik, si Brad Pitt tu ada. Komputer riba terus dipasang dan mula melayari laman kegemaran.

Yes! Yes! Yes! Lonjak Killer tertawa riang. Orang yang ditunggu-tunggu nampaknya sudah mula muncul. Dan seperti diduga, Brad Pitt segera memberi salam.

Brad Pitt : Salam rindu. Lama tak muncul yer?? Sibuk ker??

Angell : Salam rindu jugak tuk kau. Haah memang busy sikit. Last week, we all ada aktiviti. Letihh… tak dan nak online ler..

Brad pitt : Yer ker?? Kesian…aku pun sama…baru boleh bernafas. Aku ingat aku jer yang tenggelam dari cb ni. Rupanya kau pun sama…hikhikhik…serasi ler kan??

Angell : Cettt…kau saja jer tu..padahal hari-hari kau ‘on’ kan?? Lepas tu kau jual minyak urat, minyak gatal, minyak senyonyong..hehehe..aku mana tau…

Brad Pitt : Hishhh…mana ada.. aku bukan jenis tu ler..kan aku dah sayang kau ni..kalau tak sembang dengan kau, tak lengkap rasanya hidup aku.

Angell : Cessss…ayat menggoda… aku da lama kebal dengan ayat-ayat begitu tau…dah tak cair la. Jiwa kalis jiwang lerr.. kihkih.

Brad Pitt : Angell…sebenarnya aku suka kat kau…kita dah lama chating. Kau tak boleh baca perasaan hati aku ker?? Aku ikhlas..aku tak kisah kau macam mana… aku terima kau seadanya…

Angell : Adesss Pitt… bab-bab ni yang aku lemah ni…aku bukan reti nak beromantik ni Pitt..sifu aku belum ajar. Aku baru jer nak katam dia dah pergi honeymoon dulu.. sampai sekarang belum balik..habis macam mana aku nak terer??

Brad Pitt : Tu ler kau, asal aku kata sayang jer, kau buat lawak antarabangsa.

Angell : Aik.. bila pulak aku buat lawak?? Tu kan kenyataan… hehehe..Pitt, lupa aku nak tanya..kau study kat mana sekarang?? Mana ler tau.. kot-kot kita ni pernah berlaga hidung ker…

Brad Pitt : Malas aku nak kasi tau… merajuk ni..kau pujuk dulu…

Angell : Adoiii…. Pitt, kau pun suka buat lawak kan?? aku mana reti nak mujuk-mujuk ni. Failed..sebab tu aku tak amik subjek tu…hikhikhik…

Brad Pitt tertawa. Angell selalu membuatkan dia tersenyum dengan lawaknya. Dia memang sempoi, selamba badak air. Kalau nak main jiwang pun, belum tentu budak tu faham. Teringin dia bertemu mata dan mengenali dengan lebih rapat. Namun, Angell masih belum bersedia. Malu ler, hari amnesia sedunia ler…katanya hari tu tak leh jumpa nanti tak sampai sebab lupa kena naik bas mana, belum sampai seru pun ada! Dah macam panggilan haji lak! Tunggu sampai seru…Hishh! Biarlah kalau dah jodoh tak ke mana.

Ish! Apa benda la si Kepit nie, show dah dua minggu, baru hari ni nak belanja makan! Nak celebrate kat restoran mahal konon! Nak tunjuk baik ler tu.Tapi bagus jugak… kurang-kurang budak-budak ni rasa usaha mereka tu dihargai, oceh Killer sendiri.

Tapi yang paling dia tidak puas hati! Siap dengan tema baju tu! Semua kena pakai baju merah! Kononnya untuk bezakan group mereka dengan yang lain. Kehadiran juga diwajibkan, siapa yang absent tanpa solid reason, kena belanja tuan presiden! Bukan dia seorang tapi semua ahli! Mau tak kopak dibuatnya? Huhh, tak pernah aku dengar rules macam tu, kat mana dia kutip, tah ler…

“Jim, kau ada t-shirt merah? Malas aku nak pakai dress, rimas! Nanti kang ada lak yang terjojol tengok aku. Kalau cantik tak pe la… Kalau sebijik cam dugong pakai strapless, macam mana?”

“Ala! Kau pakai jer yang dah ada tu. Kau bukan miskin baju pun! Melambak! Yang kau pakai pergi kelas kan ada..”

“Alaa… aku bukan nak rembat yang kau punya! Aku nak ajak kau pergi shopping! Kat Chow Kit ker, Masjid India ker! No hal. Aku bukan pelahap sangat baju brand-brand tu… Jom arr…boring ler…asyik pakai baju sama jer… Sekali-sekala tukar ler… baru loan tu berkat hehehehe…”

Ces! Berkat? Ya la tu!!!

“Sori la Kill…aku bukan tak nak tolong, tapi aku ada hal la…tak dapat nak elak. Aku kena siapkan dan hantar report ni pada Abang Mezah kau tu. Kau takpe la..dah setel” Nazrul memohon pengertian.

“Ok la! Kau pergi la! No sweat! No revenge! Aku ekjas ler macam mana malam ni. Susah-susah aku kutip jer kat sidaian tu…hehehe…”

“Kau jangan buat hal lak… Kill, kang kecoh lak hostel kita dengan cerita toyol..tapi ni bukan curi duit, curi baju…” Nazrul tergelak. Killer turut tergelak.

“Ishhh, kau nih! Aku gurau pun tak boleh! Kau ingat aku ni nak buat benda tak senonoh tu ker? Kalau setakat baju…cehhh hujung jari jer! Aku boleh setel ler…”

“Ok ler Kill, aku gerak dulu, kang tak siap kerja aku”

“Ok bro…adiosss tuk kau derr…”

Nazrul tersenyum sambil bergegas menuju ke perpustakaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience