BAB 4

Other Completed 5146

Sudah lima bulan Lutfi meneruskan pengajian di Management & Science University dan dia juga sudah mula dapat menyesuaikan diri. Namun sekali-sekala dia tetap bertekak juga dengan musuh ketatnya, apatah lagi kini mereka sama-sama menyertai kelab teater. Nasib kau la Lutfi!

Paling parah! Lutfi juga telah dilantik sebagai presiden, Killer pula terpaksa menjawat jawatan sebagai setiausaha dengan paksa rela walaupun telah beberapa kali berkeras untuk menolak.

Aahhhh!!! Malas betul aku, Kepit ni lak yang jadi leader… macam takde orang lain. Rafey kan ada, apesal le dia orang ni pergi undi mamat ni! Tak faham betul, mamat tu pun satu! Duduk sini belum setahun jagung, dah berani tunjuk taring, hatinya membebel tidak puas. Hampeh!!!

Tidak lama lagi, satu pementasan akan diadakan sempena program malam muhibbah yang akan disambut setelah sepanjang minggu, para pelajar terutamanya yang menjadi orang kuat persatuan dan kelab bertungkus lumus menjayakan minggu prestasi yang akan mereka adakan seminggu setiap tahun.

Acara itu telah menjadi satu kemestian bagi kolej mereka untuk menyedarkan para pelajar agar lebih menghargai dan merebut peluang dalam menjamin masa depan yang lebih cemerlang.

Dan seperti kelab-kelab dan persatuan yang lain, kelab Teater juga sibuk membuat latihan untuk memantapkan persembahan mereka.

“Mana yang lain ni? Belum sampai ker?? Ishh! Ini yang buat aku menyampah ni, time nak buat rehearsal jer! Ada yang lambat, senggugut, jiran sebelah meninggal la…” bebel Si Presiden.

“Mana Dayana? Hari tu cakap sanggup bagi komitmen penuh. Ni dah pukul berapa??”

Beberapa ahli kelab yang lain, hanya memandang sesama sendiri. Diam. Malas nak campur tangan. Nanti melarat pulak bebelan Si Chairman ni.

Selang beberapa minit kemudian, beberapa pelajar yang mengambil bahagian dalam pementasan tiba. Killer pula lebih senang berada di belakang tabir dan bertanggung jawab dalam menguruskan segala keperluan lain.

“Heroin kita mana? Si Dayana ni memang…” belum sempat Lutfi terus meluahkan rasa tidak puas hatinya…tiba-tiba deringan telefon bimbit kedengaran.

Tuuuttt… Tuttttt…

Lutfi terus mengangkat dan kelihatan berbual serius. Seketika kemudian, dia menggeleng-nggelengkan kepala lalu mematikan telefon bimbitnya.

Musibah! Musibah!
Apa pulak musibahnya ni?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience