BAB 17

Romance Completed 3857

Keesokan harinya, setelah Firash dan Pattarin pulang dari Hong Kong mereka masing masing tidur di rumah ibu bapa mereka masing masing. Semalam, ketika mereka tiba di rumah mereka telah menanyakan keberadaan Farish dan Unna namun mereka berdua tidak pulang ke rumah. Perkara itu membuatkan mereka penat kerana seharian mereka berusaha mencari Farish dan Unna tetapi sampai di Malaysia pun mereka tiada di rumah. Mereka semakin buntu hendak mencari di mana lagi pasangan mereka membawa diri.

Ketika Pattarin turun dari tangga, dia sudah berasa pitam dan tubuhnya agak lemah. Melihatkan keadaannya ibunya memapahnya ke meja dan bertanyakan keadaannya.

"Pat okey tak ni? Kenapa muka pucat je?"
"Pat okey bonda. Maybe masuk angin kot."
"Masuk angin apa? Muka pucat ni. Kita pergi klinik ya. Pat tak sihat ni."
"It's okay. Pat rasa kejap je ni. Nanti Pat cergas balik."
"Cergas apanya tadi bonda dengar kamu muntah muntah. Kamu salah makan ke apa ni?"
"Farish ada balik sini tak bonda?"
"Jangan cuba nak tukar topik."

Ketika Pattarin disoal siasat oleh bondanya, tiba tiba Pattarin pengsan dan terlentok di atas bahu bondanya. Bondanya panik lalu memanggil orang gajinya untuk membantunya membawa Pattarin ke hospital. Bonda amat risau akan keadaannya sehingga dia menelefon ayahandanya untuk dtg ke mari bagi mengetahui keadaan Pattarin yang sebenarnya.

"Macam mana Pat boleh pengsan?"
"I tak tahu. Tiba tiba dia bangun pagi muntah muntah. Lepas tu bila dia keluar muka dia pucat sangat. Tak tahu kenapa."
"Jangan jangan Pat dah tunjukkan simptom simptomnya."
"Simptom apa pula ni you?"
"You kan pompuan. Takkan you tak perasan apa simptom simptom tu?"
"Entahlah. Ah! Doktor macam mana keadaan anak saya doktor?"
"Keadaan dia sangat lemah. Namun ini adalah berita gembira untuk Tengku dan Megat."
"Apa dia doktor?"
"Tengku Pattarin disahkan hamil dua minggu."
"Alhamdulillah. You kita dua dapat cucu nanti."
"Boleh saya jumpa anak saya?"
"Ya. Silakan Tengku."
"Ya Allah Pat. Kenapa Pat baru balik honeymoon dengan keadaan macam ni?"
"Pat memang tak tahu bonda. Ini pun baru Pat alami semua ni. Before this Pat tak rasa semua ni kat Hong Kong."
"Ayahanda nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa kamu balik sorang? Kenapa tak ajak Farish sekali? Dia patut tahu yg Pat pregnant now."


Pattarin terdiam mendengarkan pertanyaan ayahandanya itu. Dia tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenarnya yang berlaku di Hong Kong. Dia bimbang jika mereka berdua risaukan keadaannya. Dia terpaksa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi mereka sekali gus menyusahkan mereka untuk mencari dimana Farish berada. Namun lubuk kecil hatinya berkata dia nekad untuk mencari di mana suaminya menghilang demi menyelamatkan rumah tangga mereka lebih lebih lagi dengan keadaan Pattarin yg sedang hamil sekarang ini.

------------------------


Sementara itu, Farish sedang seronok melayan perasaan marahnya terhadap Firash dan Pattarin atas sebab mereka berdua telah main kayu tiga di belakangnya. Dia berasa ibarat dia sedang ditikam beberapa kali di dadanya dengan kejam dan terasa sakitnya bukan kepalang. Sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia dia terus berangkat ke Port Dickson iaitu tempat dimana dia melepaskan keletihannya setelah seharian bekerja. Meskipun bukan selalu dia datang namun ketika masa terluang sahaja dia berkesempatan merehatkan mindanya yang sering diperah untuk kerjanya. Namun bukan dia seorang tetapi Unna juga datang ke sini kerana dia dulu pernah dibawa Farish datang ke sini bagi sesuatu pekerjaan yang memerlukan dia.

"Masih terfikirkan wife kat sana ke?"
"Awak tu tak terfikirkan husband ke?"
"Jangan nak tukar topik. Saya tanya awak kenapa awak tanya saya balik?"
"Tipulah kalau tak rindu. Tapi dia dah buat sesuatu di luar jangkaan saya."
"Apa dia dah buat?"
"Dia berpelukan dengan Firash dalam bilik."
"Perangkap Firashlah tu."
"Awak tak marah ke?"
"Saya dah tak rasa apa apa lagi. Tapi saya dapat rasa yg Pattarin tak bersalah."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Sebab saya kenal dia tu macam mana. Dia kalau tahu je org yg dia cinta tu ada affair ke ataupun cintakan org lain dia akan lepaskan org tu dengan hati yg rela."
"Habis tu kenapa awak rampas Firash dari dia?"
"Entahlah. Kadang kadang rasa bersalah pula buat dia macam tu. Dahlah dia baik dengan saya tapi saya pun cintakan Firash. Sebab saya tak rela dia dgn Pat sebab tulah saya pilih jalan ni."
"Kalau diorang tahu kita ada kat sini, awak akan maafkan Firash tak?"
"Saya tak boleh nak jawab soalan awak tu."
"Susah sangat ke soalan saya ni?"
"Saya tak boleh nak fikir secara waras lagi dah lepas apa yg dah jadi. Tengoklah macam mana nanti. Awak pula akan maafkan Pattarin?"
"Saya akan cuba maafkan dia. Sebab saya tak boleh nak lupakan dia. Saya masih ada hati dengan dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience