BAB 10

Romance Completed 3857

Setelah hari hari yg paling sukar ditempuhi, akhirnya majlis pertunangan bakal diadakan hari ini. Majlis yg dilakukan begitu meriah dihadiri sanak saudara serta sahabat handai. Begitu indah suasananya dan wajah ibu bapa terpancar sinar melihat hari kebahagiaan anak anak mereka. Itu baru sahaja majlis pertunanagan belum lagi majlis pernikahan mereka. Kalau sudah begini meriahnya ini bermakna lagi meriah majlis perkahwinan mereka.
Di majlis itu, wajah Unna sahaja yg bersinar dgn bajunya yg penuh gemerlapan itu sedangkan Pattarin hanya gemerlapan sahaja terpancar tidak di wajahnya. Namun begitu Farish dan Firash cuba menyembunyikan sikap dingin mereka demi menjaga imej keluarga daripada dilihat oleh masyarakat luar. Mereka juga tahu akan malunya dikritik oleh orang disebabkan sikap sendiri. Begitu juga Pattarin yg tidak mahu menghampakan harapan ayahandanya kerana dia tahu bahawa ayahandanya sudah lama mengimpikan untuk mempunyai cucu disamping keluarga yg lengkap.

Ketika wartawan sedang sibuk mengambil gambar pertunangan, mereka hanya senyum sinis sahaja. Hanya Unna sahaja yg betul betul senyum sedangkan yg lain hanya sekadar nampak kelebaran bibir sahaja. Namun bagaimanapun masing masing sudah cuba buat yg terbaik demi membahagiakan hati orang tua walaupun terpaksa menyakitkan hati sendiri. Walhal, mereka boleh sangat untuk bersuara yg mereka cuma tertukar pasangan namun semua ini berpunca daripada kedegilan Unna dan juga kedinginan Farish. Disebabkan itu Firash dan juga Pattarin terpaksa melakukannya kerana merekalah mangsa keadaan.

---------------------


Sebulan telah berlalu, maka hari paling bersejarah berlangsung di sebuah majlis keraian yg akan menjadi meriah dihadiri sanak saudara, sahabat handai dan tak lupa juga rakan rakan media yg akan hadir nanti. Setelah semuanya disediakan, pengantin lelaki sudah berhadapan dengan tok kadi atau jurunikah bagi mengesahkan ijabkabul mereka. Pengantin lelaki bersedia pengantin perempuan dibawa turun oleh ibunya. Setelah mereka selesai diijabkabul mereka menyarung cincin di jari manis dan bergambar bersama.

Keesokan harinya, majlis resepsi diadakan dengan penuh meriah. Nampak elegan dan mewah mereka bersanding di atas pelamin. Tak lupa juga ketika makan beradab sungguhnya diibaratkan raja sehari. Konsep raja sehari itulah yg membawa erti mereka dilayan seperti raja hanya ketika hari hari seperti ini sahaja. Namun masing masing asyik menunjukkan reaksi muka yg sama sahaja. Membazirkan wang sahaja mereka disambut dgn begitu meriah tetapi sikit pun mereka tidak melonggarkan pipi mereka untuk melontarkan senyuman walaupun sedikit sahaja. Tapi apa pun majlis tersebut berakhir dengan gilangnya sehingga lewat petang tadi.

------------------

"Macam mana majlis tadi?"
"Okeylah. Rasa penat sikit."
"Kalau macam tu mandi mandi terus tidur."
"Serius awak nak saya mandi kat dalam bilik awak ni?"
"Habis tu awak nak parents awak syak something ke?"
"Okey. Saya mandi sekarang. Jangan cuba cuba nak mengintai erk."
"Takde kerjalah nak mengintai orang."

Setelah beberapa minit kemudian.

"Dah siap dah mandi?"
"Dah. Saya mengantuk. Nak tidur."
"Saya tidur kat sofalah."
"Tak payah. Awak tidur je sebelah saya."
"Takpe ke kalau saya tidur sebelah awak?"
"Saya taknak kalau kita kantoi nanti. Dah todur je kat sebelah saya. Lagipun awak bukannya nak buat apa apa pun kat saya kan."
"Okey. Kalau awak dah bagi saya tidur sebelah awak. Saya ikut je."
"Janji awak tak buat apa apa kat saya."

Tiba tiba Farish merapatkan mukanya ke muka Pattarin. Pattarin mulai rasa takut dan gentar terhadap kelakuan Farish. Farish pula melihat dari jarak yg teramat dekat ke muka Pattarin dari atas sampai bawah. Disebabkan itulah Pattarin tidak tahan lagi, dia terus menekup mukanya dan Farish pula menjarakkan mukanya dan baring di sebelah Pattarin. Pattarin yg ketakutan membuka selimutnya dan melihat Farish sudah ada di sebelahnya.

"Jangan risaulah. Saya bukannya nak buat apa pun. Awak tu yg fikir bukan bukan."
"Boleh tak awak jangan buat macam tu."
"Kenapa? Awak takut ke? Ke awak memang betul betul nak semua tu terjadi?"
"Dahlah saya nak tidur. Awak ni merepeklah."

-----------------------

"Awak dah mandi ke belum?"
"Dah. Saya dah mandi."
"Bestkan event hari ni. Awak tak rasa ke kebahagiaan yg kita kecapi?"
"Ehm! Kebahagiaan dalam kepura puraan. Awak ingat saya bahagia ke kahwin dengan awak?"
"Saya tahu awak tak boleh terima saya seadanya tapi bukalah hati awak untuk terima saya."
"Excuse me. Hati saya ni milik Pattarin sorang je. Awak takde hak nak rampas hati saya walaupun awak dapat jasad saya."
"So saya ni memang akan jadi isteri pura pura awak je kan."
"Kalau awak dari mula lagi sedar yg Farish tu cintakan awak, semua ni takkan jadi tau."
"Apa salah saya?"
"Awak tak sedar ke? Awak dah hancurkan semuanya Unna. Awak biarkan kita jadi macam ni. Sanggup awak tipu parents saya semata mata untuk cinta bayang bayang awak tu."
"Sampai hati awak cakap macam tu. Awak anggap saya ni gila bayang. Awak pun tahu kan kalau kita suka kat seseorang tu kita kena sanggup buat apa saja walaupun berkorban nyawa. Tapi apa awak buat? Awak anggap saya ni tak siuman."
"Memang pun. Tak semestinya kita kena kejar cinta kita sampai tahap macam ni. Awak ni dah rumitkan keadaan. Sekarang ni saya dan Pat dah jadi mangsa korang berdua."
"Terima kasihlah atas pendapat dan persepsi awak yg entah apa apa tu. Saya nak tidur."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience