BAB 8

Romance Completed 3857

Setelah pertemuan antara ketiga tiga pihak itu dibuat 3 hari lalu, kini mereka mengadakan pengumuman kepada pihak media media bagi mengumumkan tarikh pertunangan dan juga perkahwinan mereka nanti. Kelihatan mereka berempat berkumpul di meja dengan wajah yang gembira dan hati yang senang.

"Tan Sri, baru baru ini Tan Sri ada menyatakan bahawa Tan Sri akan menerima menantu serentak untuk kedua dua anan Tan Sri. Betul ke dakwaan itu?"
"Ya. Bagi pihak kami, kami tlh berjumpa dengan keluarga Unna dan Tengku Pattarin."
"Boleh Tan Sri cerita sikit macam mana Tan Sri boleh berkenan untuk menjodohkan anak anak Tan Sri dgn mereka?"
"Sebab apa saya terima mereka menjadi menantu saya sebab mereka berdua ada ciri ciri isteri mithali. Lagipun saya kenal keluarga mereka jadi tak salah lagi saya pilih mereka."
"Apakah harapan Tan Sri kepada mereka nanti?"
"Harapan saya semoga mereka dapat bahagiakan Farish dan Firash. Kalau boleh jangan bergaduh dan kalau ada masalah cepat cepat selesaikannya."
"Kami disini agak keliru. Mana satu pasangan untuk Farish dan mana satu pasangan untuk Firash?"
"Biar saya jelaskan. Lepas ni dah takde salah faham lagi dah. Farish akan berkahwin dengan Pattarin. Dan Firash pula dengan Unna."
"Baiklah. Semoga keluarga Tan Sri sentiasa bahagia hingga ke anak cucu."

Farish, Firash dan Pattarin terkejut apabila mendengarkan penjelasan Tan Sri sebentar tadi. Sementara Unna cuba membuat dirinya rasa tenang sedangkan dia tidak terkejut langsung. Pattarin terus menarik muka kerana dia menyangka bahawa Firash telah menipu dirinya kerana baru semalam mereka berjumpa dan mengucapkan kata kata cinta. Apa yg jadi semua kata kata itu hancur berderai. Begitu jugalah dgn Farish yg kecewa dgn sikap Unna yg pentingkan diri sendiri. Baru sahaja dia mula mempercayai Unna cintakan dia namun inilah jadinya akibat terlalu percayakan kata kata manis. Mereka berdua dilamun kecewa dan marah sekarang ini. Yg mampu dibuat hanyalah mengikut kata kata orang tua.

---------------------


Pada malam itu jugalah, Firash cuba dan terus mencuba hubungi Pattarin. Namun setiap kali dia menghubunginya sampai sekarang masih lagi tidak terjawab. Mungkin Pattarin sdg merajuk dengannya dan marah dengannya. Disebabkan press conference itulah Pattarin bersikap dingin terhadap Firash.

Sementara Farish cuba menghubungi Unna berkali kali. Unna langsung tidak mengendahkan panggilan itu kerana bosan dgn sikap Farish yg suka memaksa demi kepentingan dirinya sendiri. Farish berasa bengang dan terus berputus asa untuk menghubunginya sekali lagi. Dia sekarang menyimpan amarah di dalam hati disebabkan dirinya yg hanya mencintai orang yg langsung tidak mencintainya. Baru sekarang mereka merasai bahawa cinta ini membunuh mereka.

Terasa pedih ibarat tangan dikelar dan dihiris hiris hatinya. Ketika itulah mereka mula berteriak meraung kesakitan kerana cinta bagi mereka diibaratkan pedang yg tajam menikam dada. Air mata yang mengalir membasahi pipi menjadi saksi penderitaan mereka sekarang ini. Sedangkan Unna hanya melihat sahaja tanpa ada perasaan bersalah langsung. Disebabkan dialah semuanya menjadi rumit. Sepatutnya dialah yg bangun dan bersuara menyatakan pasangan mereka tertukar di press conference tadi.

Namun dia memilih untuk membiarkan semuanya berlalu seperti itu sahaja. Unna telah bersikap kejam terhadap mereka. Bukan sahaja kepada orang yg tlh menaruh hati kepadanya malah sahabat baiknya sendiri yg selalu ada dgn dia ketika susah senang di Moscow. Hanya kerana cinta dia sanggup menikam Pattarin dari belakang semata mata untuk mengejar cintanya yg bertepuk sebelah tangan itu.

Apa yg mampu dibuat sekarang ini ialah sama ada bersuara menyatakan pasangan mereka yg sebenarnya ataupun membiarkannya berlalu begitu sahaja. Mampukah mereka semua menghadapi hari hari yg seterusnya sehinggalah di hari bahagia mereka nanti?

-----------------------

"Pat, kita kena bincang pasal hal ni."
"Takde benda pun yg nak dibincangkan. Memang betul kan awak suka kat Unna tu."
"Tak. Saya takde niat langsung pun nak sakitkan hati awak. Daddy saya cuma salah faham je."
"Dahlah. Saya tak percayakan awak langsung. Mati mati saya ingatkan kita akan dikahwinkan tapi ini jadinya bila saya kena kahwin dengan Farish."
"Dengar sini, kita berdua akan jumpa parents kita dan bagitau diorang yg semua ni salah faham je."
"Salah faham ke ataupun memang niat awak utk kahwin dgn dia."
"Firash. Kenapa awak ada kat sini?"
"Hai Unn. Sorrylah sebab kacau bakal husband kau ni. Kalau ikutkan hati aku, aku nak lempang je dia ni."
"Pat. Nanti dulu. Hei! Ni semua salah awak tau."
"Apa pulak salah saya?"
"Awak dah hancurkan harapan kami berdua. Dan yg paling saya tak boleh terima lagi awak dah hancurkan hati abang saya."
"Saya cuma ikut kata hati saya je."
"Sudahlah Unn. Saya tak sangka awak sanggup tikam dia dari belakang. Saya takkan maafkan awak sampai bila bila."
"Jangan nak merepeklah. Firash!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience