BAB 6

Romance Completed 3857

Setelah ketiga tiga pihak mengetahui bahawa anak anak mereka saling bercinta, keluarga kembar, Unna dan Pattarin hadir ke sebuah restoran di hotel lima bintang untuk membincangkan tentang hal ini. Mereka agak gugup sedikit namun teruja kerana diberikan penghormatan dan alu aluan untuk mengunjungi tempat yg bukan sebarangan tempat. Ketika mereka bertemu masing masing melebarkan senyuman manis di wajah sebelum memulakan perbincangan mereka. Itu sebagai tanda terima kasih dan berbesar hati kepada mereka.

"Baiklah you all. Saya dan Puan Sri mengajak you all dtg ni kerana kita nak discuss about masa depan anak anak kita." kata Tan Sri Feroz
"Betul tu. Kami berdua bercadang nak jodohkan kedua dua anak Dato dgn Tengku sebagai menantu kami." tambah Puan Sri Helena
"Oh. Saya rasa itu cadangan yg baik. Bagi kami, kami nak Pattarin hidup bahagia di samping suami yg say I love you kat dia sejujurnya." kata Tengku Firmanshah
"Ya. Kami pun nak Unna yg terbaik." celah Datin Hamimah
"Kalau macam tu okeylah. Kedua dua pihak pun dah setuju cuma ada satu masalah kepada kita semua." kata Tan Sri Feroz
"Apa masalahnya Tan Sri?" soal Dato Razeen
"Anak kami kembar. So kita kena tentukan yang mana satu pilihan hati mereka." jawab Tan Sri Feroz
"Macam ni jelah Tan Sri, menurut saya biarlah Farish tu dgn Pattarin. Dan Unna pun dengan Firash." cadang Megat Juliza
"Takpe ke kalau kita buat mcm tu? Nanti kalau diorang kecewa macam mana?" tanya Datin Hamimah keraguan
"Itu saya rasa tak perlu. Saya pun tak pasti sama ada diorang suka atau tak. Itu keputusan masing masing." jawab Tan Sri Feroz
"Habis tu bila kita nak melangsungkan majlis pertunangan mereka?" tanya Tengku Firmanshah
"As soon as possible." jawab Tan Sri Feroz

Nampaknya ketiga tiga belah pihak sebulat suara untuk menyatukan anak anak mereka. Walaupun tertukar pilihan hati namun masalah itu biarlah diselesaikan sendiri oleh mereka. Untunglah kerana ketiga tiga belah pihak ialah org yg berada. Bukan itu sahaja malah anak anak mereka saling mencintai antara satu sama lain. Kalau ditanya soalan ini kepada umum mesti mereka cemburu dgn golongan seperti ini kerana pepatah ada mengatakan bahawa enggang sama enggang, pipit sama pipit. Sememangnya enggang dan pipit tidak mungkin boleh berkawan kerana kedua duanya tidak serasi. Namun tidak semestinya mereka beranggapan begitu. Mereka juga senang hati jika org biasa biasa pun boleh bersama mereka asalkan mereka boleh menjanjikan kebahagiaan sepanjang hayat. Apakah reaksi mereka berempat setelah mereka tahu yg mereka akan dijodohkan?

------------------------

"Kenapa ajak Farish dgn Firash turun ni? Ada apa apa problem ke dgn company?"
"No. Takde problem pun about company. Just saja nak ajak berborak kejap."
"Yelah tu. Entah entah mesti korang ada sorok something from us right."
"Macam tahu tahu je. Macam nilah, mummy and daddy nak jodohkan kamu berdua."
"Apa?!"

Terkejut mereka apabila mendengarkan perkataan dijodohkan itu. Serentak pula mereka melatah kerana kata kata ibu mereka itu.

------------------------

"Pat, sini jap. Ayahanda dgn bonda nak cakap something kat Pat."
"What it is? Sounds like urgent."
"Pat ingat tak semalam Pat bagitau yg Pat akan jumpa jodoh Pat sampai masa nanti."
"Ayahanda, kan Pat dah kata Pat akan cari bakal menantu ayahanda dgn bonda sampai masa yg sesuai nanti."
"Sudahlah Pat. Dah lama ayahanda tunggu Pat cari suami tapi sampai skrg Pat tak jumpa."
"Habis tu, ni je suruh Pat turun. Just nak cakap pasal jodoh bagai ni."
"Bukan pasal tu. But ayahanda dah jumpa jodoh yg sesuai dgn kamu. Nak tahu tak nama siapa?"
"Taknak. Kalau ayahanda bagitau anak siapa barulah Pat boleh tentukan ya atau tidak."
"Okeylah. Dia anak kepada Tan Sri Feroz."
"Biar betul ayahanda. Kalau macam tu Pattarin ikut jelah cadangan ayahanda ni. Pandai ayahanda cari suami untuk Pat."

Mereka tergamam apabila mendengarkan kata putus daripada Pattarin. Mereka terkejut apabila Pattarin terus bersetuju dengan cadangan ayahandanya itu. Selalunya Pattarin akan menolak setiap jodoh yg ditentukan oleh ayahandanya. Kini mereka berdua boleh tersenyum lebar kerana mereka tidak perlu lagi risaukan kehidupan Pattarin selepas ini.

--------------------

"Papa dengan mama dah jodohkan kamu dgn anak Tan Sri Feroz."
"Okeylah kalau macam tu."
"Itu je kata kamu. Taknak membantah ke ataupun tolak lamaran diorang."
"Tak mama. To be honest, Unn memang teringin sangat nak kahwin dgn anak dia. Bukan sebab pangkat atau darjat tapi kejujuran dia dalam percintaan."
"Kalau itulah kata putus kamu, kami berdua okey je. Asalkan kamu bahagia dengan dia tu."
"Insya-Allah. Doakan terbaik untuk kami ya."
"Mama nak kamu tahu satu benda je. Kami sayangkan kamu. Kalau boleh bahagiakanlah bakal suami kamu tu. Dan pada masa yg sama berdoalah supaya Allah membuka hatinya untuk membahagiakan kamu."
"Terima kasih sebab memahami isi hati Unna."
"Untuk anak mama. Mama sanggup buat apa saja demi kebahagiaan kamu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience