BAB 13

Romance Completed 3857

Setelah mereka selesai menunaikan solat Maghrib mereka pun terus bertolak ke rumah Tan Sri Feroz dan Puan Sri Helena. Setibanya mereka sampai mereka berpura pura cool di depan Tan Sri demi menutup kejanggalan mereka. Tanpa melengahkan masa Puan Sri mengajak mereka ke meja makan untuk menikmati makan malam. Seusai mereka selesai makan malam Tan Sri memulakan bicaranya.

"Sebenarnya tujuan daddy dan mummy panggil kamu semua adalah untuk bagitau sesuatu yang boleh dikatakan berita gembira jugaklah."
"Apa dia tu daddy? Kitorang dah tak sabar ni nak dengar."
"Sebenarnya mummy dengan daddy akan berangkat ke Mekah untuk buat umrah."
"Alhamdulillah. Syukur Firash dgn Unna dengar. So bila korang berdua nak berangkat?"
"Kalau boleh secepat mungkin. Kami nak kamu semua doakan semoga perjalanan pergi dan pulang kami berjalan lancar."
"Amin. Kami nak mummy dgn daddy tahu yang kami semua sayangkan mummy and daddy. So kitorang nak mummy daddy jaga diri baik baik."
"Insya-Allah. Kita pun nak kamu semua pergilah berbulan madu. Jangan risaukan pasal company okay. Serahkan semua pada PA."
"Cakap pasal honeymoon kan, Farish dengan Pat bercadang nak honeymoon kat satu tmpt."
"Honeymoon kat mana?"
"Kitorang nak honeymoon kat Hong Kong."
"Baguslah kalau mcm tu. So bila kamu berdua nak pergi?"
"Lepas mummy dgn daddy pergi Mekah."
"Okeylah. Firash pulak dgn Unna honeymoon kat mana?"
"Kitorang tak plan lagi. Tapi nanti Firash discuss dgn Unn dulu."
"Yelah kalau macam tu. Pergilah rehat secukupnya. Tidurlah."
"Okey. Good night daddy."

---------------------------

Setelah masing masing mendodoikan diri, masih ada sepasang suami isteri yg masih blm tidur lagi. Farish dengan Pattarin sepertinya berbincang sesuatu. Mereka nampak sangat serius dgn riak wajah yg agak tegang juga namun ianya sesuatu perkara yg baik sebenarnya.

"Awak tak tidur lagi Pat?"
"Saya tak mengantuk lagi. Awak tidurlah dulu."
"Awak segan nak sekatil dengan saya? Pattarin, kalau awak nak tidur sekatil pun saya tak kisah. Dah saya tidurkan awak."
"Apa awak buat ni? Janganlah sentuh saya. Hati saya masih dengan Firash lagi."
"Awak masih tak boleh lupakan dia?"
"Saya dah cuba untuk lupakan dia. Setiap kali saya cuba saya tak mampu nak buat semua tu. Rindu ni sentiasa melekat dlm hati saya."
"Saya nak tanya sesuatu kat awak."
"Apa dia?"
"Kalaulah satu hari nanti Firash dah tak cintakan awak lagi, awak akan beralih arah ke?"
"Kenapa awak tanya soalan tu?"
"Jawab soalan saya. Ya atau tak."
"Kalau memang dia dah mula ada hati dengan Unna, saya akan lepaskan dia untuk selamanya. Dan masa itulah saya akan buka hati saya untuk org lain."
"Adakah orang lain yg awak maksudkan itu saya sendiri ataupun bukan?"

Pattarin terdiam mendengarkan pertanyaan Farish itu. Entahlah. Dia tidak pasti sama ada dia akan memberikan ruang hatinya untuk Farish ataupun sebaliknya. Namun dia pernah juga terfikir bahawa tidak salah untuk dia membuka pintu hatinya untuk Farish kerana lelaki seperti dia tidak akan melukakan hati mana mana wanita pun. Walaupun apa yg Unna telah buat terhadapnya dia masih lagi boleh memaafkan Unna kerana bagi Farish dia percaya bahawa tiada manusia yg tidak melakukan sebarang kesilapan pun. Begitulah kamus hidupnya dan juga prinsip hidupnya untuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupannya. Namun dari saat itulah hati Pattarin sudah mula terpikat kepada Farish sedikit demi sedikit tapi dia takut kerana dia berfikir bahawa Farish masih tidak boleh melupakan Unna lagi. Dia berharap satu hari nanti dia akan membuat keputusan yang tepat demi kebahagiaan hidupnya nanti.

-----------------------

Sebulan kemudian...


Di tengah tengah kota Hong Kong, beginilah situasinya yg tak jauh bezanya dari Kuala Lumpur. Kesibukannya sentiasa menghiasi hari hari dalam setiap minggu. Namun ibarat tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pelancong masih tetap mengunjungi kota metropolitan ini kerana di mana mana pun kesibukan kota pasti akan berlaku jua. Itulah yg dipanggil lumrah kehidupan. Dan di sinilah Farish dan Pattarin berbulan madu di sini. Walaupun cinta belum berputik tetapi mereka percaya bahawa akan ada keajaiban yg akan berlaku di sini sepanjang bulan madu mereka.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Firash dan Unna juga berbulan madu di sini. Patutlah Firash tidak memberitahu ayahnya kerana dia ingin mengikuti Pattarin ke mana sahaja dia pergi bersama Farish. Namun Unna tidak bersangka buruk terhadapnya kerana dia menganggap hal ini remeh. Dia percaya bahawa Pattarin sudah mula jatuh hati terhadap Farish. Jadi dia sengaja membiarkan Firash terus mengejar bayangannya sehinggalah dia tahu perkara sebenarnya.

"Pat, saya nak bagitau awak something."
"Apa dia?"
"Kalau boleh bukan sekarang. Saya dah tempah meja kat satu restoran ni. Kita akan dinner kat tepi pantai. Itu pun kalau awak tak kisahlah."
"Oh! Okey. Kalau macam tu saya patut pakai baju apa?"
"Pakai baju cantik cantik. Dan awak akan tahu apa yg saya nak bagitau sebenarnya."
"Bunyi mcm urgent sangat."
"Awak tunggu je sampai malam ni. Saya janji saya akan jelaskan semuanya kat awak."
"Okeylah. So jumpa awak malam ni."
"Saya akan buat surprise untuk awak."
"Apa apa jelah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience