BAB 9

Romance Completed 3857

Pattarin menenangkan dirinya di atas bukit sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur. Dia amat sedih dengan tamparan yg diberikan oleh Firash semalam. Baru sahaja menjalinkan hubungan dengannya tiba tiba berubah menjadi seperti ini. Sudah puas dia menangis hanya kerana Firash namun hatinya sudah cukup terluka menerima semua ini. Apa lagi yg akan dibuat oleh Firash itupun Pattarin tidak tahu lagi. Perjalanan cintanya sekarang ini penuh dengan onak ranjau yg sering menduga. Tak cukup dgn itu belukar menyekat dirinya untuk dia melepaskan diri dari belukar itu. Terlalu banyak luka di badannya dan dia cuma boleh mengerang kesakitan sahaja. Hanya seorang sahaja yang boleh menolongnya sekarang ini iaitu seorang yg senasib dengannya. Melalui org ini tersemailah naluri cinta kemanusiaan.

"Seronokkan rasanya patah hati. Masing masing dilukai oleh pematah hati."
"Farish. Awak buat apa kat sini?"
"Kebetulan. Kita berjumpa kat tmpt untuk kita luahkan kekecewaan dlm hati ni."
"Siapa kata saya kecewa? Saya stres je."
"Jangan nak tipu. Kalau dari raut wajah awak tu saya tahu sangat awak tgh kecewa."
"So awak nak bagitau saya yg awak pun kecewa juga."
"Macam nilah. Mungkin masing masing patut berkorban demi kebahagiaan org lain. So saya rasa keputusan berkahwin dgn awak tu adalah wajar."
"Awak nak gunakan saya untuk balas dendam kat diorang tu."
"Awak tak rasa ke maruah awak tercalar? Sepatutnya awak kena rampas balik maruah awak demi membersihkan nama awak."
"So awak nak saya buat jahat kat kawan saya sendiri."
"Come on. Dia tu bukanlah kawan yg baik untuk awak. Kalau betullah dia kawan awak dia tak akan tikam awak dari belakang. Tapi takpelah kalau awak taknak saya takkan kahwin dgn awak dan awak takkan dapat balik maruah awak."
"Nanti dulu. Okey saya akan dapatkan balik maruah saya dan saya akan pastikan diorang bayar balik kesemuanya."
"Bagus. Awak dah buat pilihan yg tepat.

--------------------

"Aku minta maaf Pat. Aku tak sengaja pun nak sakitkan hati kau. Tapi aku terpaksa buat mcm ni untuk Firash. Aku cintakan dia tapi semenjak kau hadir dlm hidup dia aku disisihkan. Kalaulah kau tak jatuh cinta dgn dia keadaan takkan rumit mcm ni. Aku betul betul rasa bersalah buat kau jadi mcm ni. Walaupun persahabatan kita kuat sekalipun, kalau aku diberi peluang untuk memilih aku akan pilih cinta sebab aku percaya yg cinta boleh membahagiakan aku. Kalau kau rasa kau dah taknak kawan dgn aku lagi aku terima semuanya. Aku dah tak kisah lagi dah nak jaga hubungan kita. Aku harap kau boleh faham dengan tindakan aku sekarang ni."

--------------------

"Awak pergi mana tadi?"
"It's none of your business."
"Kenapa awak mcm ni? Awak sekarang ni cuba nak mengelak dari saya."
"Saya taknak nanti fiancé awak nampak kita berdua main kayu tiga."
"Apa? Awak ingat saya ni lelaki jahat ke?"
"Oh yelah! Saya baru perasan yg awak ni memang kaki pompuan. Sebab tulah awak pilih Unna drpd saya kan."
"Sampai bila awak nak jadi mcm ni?"
"Sampai bila bila. Saya rasa keputusan berkahwin dgn Farish adalah betul. At least dia seorang yg utamakan loyalty."
"Saya setia cintakan awak. Saya setia dgn awak walaupun kita tak ditakdirkan bersama."
"Boleh blalah dgn kesetiaan awak tu. Jangan suka sangat tanam tebu di tepi bibir."
"Pattarin saya tak habis cakap lagi. Pattarin!"

Nampaknya Pattarin tidak akan memaafkan Firash setelah apa yg dia lakukan terhadapnya. Pattarin seorang yg berhati keras. Lebih lebih lagi apabila dia sedang marah dia terlalu susah untuk memaafkan org lain kerana dia seorang yg tidak penyabar. Berbezalah dgn Firash kerana Firash merupakan seorang yg penyabar. Namun kini dia semakin buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Tambahan pula Unna sangat suka perkara seperti ini terjadi. Sedangkan Farish sdh meminggirnya lebih jauh. Tiada siapa yg dapat membantunya kecuali dirinya sendiri.

--------------------

"Abang we need to talk."
"There's nothing to talk about. Aku dah muak dengar explanation kau ni."
"Tapi abang. Kau percayalah kat aku. Aku takde hati pun kat Unna."
"Dan aku dah tawar hati dgn dia."
"Aku minta maaf okey dengan apa yg dia dah buat."
"Memohon maaf dari seseorang itu memang mudah. Tapi memberi maaf kpd seseorang itu adalah perkara yg paling susah untuk dibuat."
"Please. Don't do me like this. I really love Pattarin. Jangan kahwin dengan dia."
"It's too late. Sedangkan kau dapat hati Unna tapi aku tak dapat hati dia. Ruang utk aku dlm hati dia pun sikit takde. Kau memang beruntung Firash sebab dua dua ni sukakan kau. Sedangkan aku, takde siapa pun nak lelaki dingin mcm aku."
"Abang please. Aku merayu kat kau. Farish!"

-----------------------

"Hidup aku memang selalu mcm ni ke? Akan bermula dengan kebahagiaan dan berakhir dengan penderitaan. Apa salah aku? Apa dosa yg aku dah buat sampai aku dapat balasan macam ni? Kalau aku dah menganiayai org tanpa perikemanusiaan sekali pun aku minta maaf okey. Walaupun aku sedar aku tidak sejahat itu tapi aku juga ada hati dan perasaan. Kenapa mesti aku yg menderita? Selama ni di atas muka bumi ni aku tak pernah buat zalim kat org. Even aku pernah tengking parents pun aku tahu apa kesilapan aku. Aku juga sedar setinggi mana keegoan aku. Tapi aku juga manusia biasa mcm korang yg tak boleh lari dari semua tu. Tolonglah Unna, tolonglah Firash. Kalaulah masih ada lagi walaupun sikit kemanusiaan dalam diri kau tu cepat cepatlah bertaubat sebab korang berdua dah hancurkan hati aku ni sampai separuh nyawa aku menyesal. Separuh dendam yg aku pendam dalam hati dan separuh cinta aku kat kau dah dibawa melayang pergi. Kalau sampai sinilah jodoh kita aku faham. Allah pasti akan menjanjikan perkara terbaik untuk kita semua. Aku harap korang berdua hidup bahagia di atas penderitaan kitorang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience