BAB 12

Romance Completed 3857

"So thank youlah sebab ajak kitorang lunch sekali dgn korang."
"Takde apalah. Lagipun kita ni kan adik beradik. Takkanlah aku nak buat dek je."
"Tulah. Lain kali kalau ada masa aku belanja korang berdua pulak makan."
"Tak payahlah. Susah susah je. Lagipun aku ni ikhlas nak ajak korang makan."
"Yelah. Kitorang balik dulu erk."
"Okey. Bye."

-----------------------

Ketika dlm perjalanan pulang, Pattarin ibarat patung kerana tidak tahu hendak bercakap apa. Sementara Farish pula, matanya tertumpu ke arah jalan untuk memastikan keselamatan mereka ketika memandu. Tiba tiba Farish menoleh ke arah Pattarin sepintas lalu. Dia perasan bahawa Pattarin dari tadi asyik senyap sahaja dan tidak bersuara tentang apa yg telah berlaku tadi. Ketika itulah Farish mula bersuara dan bertanya kepadanya.

"Kenapa diam je dari tadi? Saya perasan dari kita terserempak dengan diorang awak cuma diam je. Mcm tu juga dgn Unna. Macam nampak hantu je."
"Itu sebab saya takde benda nak cakap. So saya diamlah. Nak cakap apa lagi?"
"Alasan awak untuk elakkan drpd bertentang mata dengan Firash kan. Saya nampak awak dgn Firash main mata time kitorang makan. Awak ingat saya tak tahu?"
"Habis tu awak jealouslah sekarang ni?"
"Tak. Saya tak cakap pun yg saya jealous. Saya cuma pelik kenapa awak bisu je tadi."
"Malaslah nak cakap pasal ni. Lagipun saya dah taknak bagi muka kat diorang tu. Nasib baik awak ada kalau tak saya dah elakkan berjumpa dengan diorang tu."
"Awak kata taknak balas dendam kan."
"Tak semestinya mengelak dari org tu balas dendam. Itu cuma sikap dingin je."
"Suka hati awaklah sayang. Saya ni taknak bahas benda ni takut awak pula naik darah."
"Suka hati je awak panggil saya sayang."
"Bergurau jelah."

-----------------------

Pada masa yg sama juga, Unna terdiam bisu seketika selepas terserempak dengan mereka. Mukanya tiba tiba pucat lesi seakan berjumpa dengan hantu momok. Padahal mereka bukannya penjenayah pun tetapi dia cuak tadi. Firash pula tersenyum lebar ibarat dia dilamun angaunya lagi. Dalam hatinya dia seolah olah sedang terkinja kinja sambil menjerit meluahkan rasa gembiranya apabila bertemu mata dgn Pattarin. Ketika Unna merenung lama dia menoleh ke arah Firash dan melihat Firash senyum senyum kambing. Hal itu menaikkan darahnya menjadikan mukanya yg putih itu berubah menjadi merah.

"Happy semacam nampak hari ni. Best ke dapat shopping?"
"Best sangat sangat. Sebab dapat habiskan duit dengan barang yg awak beli."
"Oh! Awak best sebab tu. Ingatkan best sebab benda lain."
"Apa maksud awak ni?"
"Buat buat tak tahu pulak."
"Apa benda yg awak merepek ni? Tak puas lagi awak cari pasal dengan saya?"
"Saya tak cari pasal. Awak tu yg start dulu."
"Awak ni memang tak sudah kan."
"Memang pun. Sebab saya nampak awak main mata dengan Pattarin time makan tadi."
"Oh! So awak sekarang ni jealouslah?"
"Jangan nak tukar topiklah. Saya tahu awak masih lagi menaruh harapan kat dia."
"Dan saya pun tahu Farish masih menaruh harapan kat awak. Semua ni salah awak tau. Awak kena ingat tu."
"Kenapa asyik saya yg dipersalahkan?"
"Sebab awaklah punca semua ni terjadi."

Unna terdiam kembali apabila Firash telah mengguris hatinya. Tiba tiba sahaja dia telah mengungkit kembali ketika pengumuman itu. Ternyata Firash masih lagi tidak dapat memaafkan Unna selagi dia tidak bersama dengan Pattarin. Disebabkan dia menyalahkan Firash tentang reaksinya bersemuka dgn Pattarin dia pula dipersalahkan kembali dengan kisah itu. Nampaknya masing masing berada dalam situasi menang menang atau seri satu sama. Tiada siapa yg menang dan tiada siapa yg kalah.

------------------

"Farish dgn Pat dah balik? Sini jap ayahanda nak bagitau something."
"Kenapa ni ayahanda?"
"Macam ni. Mertua Pat nak ajak Pat dgn Farish tidur kat rumah dia."
"Kenapa pulak macam tu ayahanda?"
"Diorang nak bagitau sesuatu. Kalau boleh lepas maghrib ni diorang suruh kamu berdua balik rumah dia."
"Okeylah kalau macam tu. Farish okey je. Pat pun okey kan sayang?"
"Yeah. I'm very happy to live with your parents. I mean our parents right."
"Kalau macam tu pergilah siap siap."
"Okey ayahanda."

Setelah selesai berbual mereka terus menuju ke bilik tidur dan berbual seketika.

"Awak ni dah kenapa?"
"Kenapa apanya?"
"Kenapa awak biarkan saya ikut awak balik rumah family awak?"
"Salah ke saya nak tidur rumah family saya?"
"Tak salah. Memang tak salah tapi saya segan nak tidur kat rumah family awak tu."
"Why? Awak takut kita nampak sweet dpn diorang tu?"
"Jangan nak mengarutlah."
"Apa yg awak nak takutkan? Parents saya tu bukan jenis makan org. Buat relaks je okey."
"Dahlah cepat mandi. Lepas ni nak dinner kat rumah diorang."

----------------------

"Serius mummy ajak kitorang dinner and stay kat rumah dia?"
"Really. Because she has something to tell you all. So korang kena pergi jugak."
"Firash memang teringat nak bawak Unna pergi tidur kat sana pun."
"Baguslah tu. Nanti kalau sampai kat sana kirim salamlah dengan mummy daddy Firash tu."
"Insya-Allah."
"Tapi Unna seganlah mama."
"Nak segan buat apa. Diorang tu kan parents kamu jugak. Nanti kalau kamu tak datang kecil hati diorang. Please."
"Okeylah. Unna pergi."
"Macam tulah anak mama. Dah pergi mandi pergi solat maghrib semua dinner kat sana okey."
"Okeylah mama. Kitorang naik dulu ya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience