BAB 7

Drama Completed 3084

“Iyalah kak, speechless saya. Apa kata akak tinggal terus je dengan saya. Lagipun saya tinggal sorang je”

“Terima kasih, Myra. Akak pun memang tengah mencari tempat tinggal sekarang ni”.

“Oh ya! Macam mana penerimaan keluarga akak?”, tanya Myra.

Selepas peristiwa malam itu, Safiyya meminta izin untuk keluar dari rumah. Qalif tidak menghalang sebaiknnya merayu pada Safiyya supaya tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya.

Safiyya akur tetapi dengan satu syarat, Qalif melepaskan dia. Tidak sanggup lagi dia meneruskan hidup bersama Qalif.

Hatinya sudah hancur berkecai. Sungguh dalam lukanya dan dia yakin dengan jalan yang dipilih.

Sebulan dia meratapi nasib yang menimpa diri. Terasa bagaikan dikhianati. Sesekali bila terfikir, rasa diri diperbodoh dan dipergunakan oleh Qalif lantaran untuk menutup keburukan dirinya.

Qalif sanggup memenuhi permintaan keluarganya untuk berkahwin bagi mengaburi mata mereka dan menutup rahsianya sebagai seorang gay.

Padahal selama ini Qalif memadu kasih dengan Hazil yang konon sahabat baiknya.

Pernah juga timbul perasaan dendam terhadap lelaki. Tetapi dia akur, adik dan ayahnya juga seorang lelaki. Dia terima segalanya sebagai ketentuan Ilahi kerana itu lebih baik.

Safiyya hanya menceritakan perkara ini kepada ibunya seorang dan meminta supaya ibunya merahsiakan perkara ini. Kepada saudara mara yang lain, cukuplah sekadar mereka tahu jodoh dia bersama Qalif tidak panjang.

Jauh di sudut hati, dia berdoa kepada Allah supaya Qalif kembali ke pangkal jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience