BAB 5

Drama Completed 3084

Bukan Safiyya tidak pernah berbincang tentang masalah mereka, tapi kesudahannya Qalif hanya mendiamkan diri dan meninggalkan dia tanpa sebarang jawapan.

“Esok petang saya ke Langkawi, ada seminar”. Beritahu Safiyya kepada Qalif.

“Hmm berapa hari awak ke sana?”, jawab Qalif acuh tak acuh.

“Lima hari. Pakaian kerja abang saya dah siapkan. Esok boleh tak tolong hantarkan saya ke KLIA”.

“Tengoklah kalau tak busy. Kalau aku tak hantar pun kau boleh pergi sendiri kan?” Safiyya diam dan dia sememangnya tidak mengharapkan Qalif menghantarnya. Sepanjang perkahwinan, dia melakukan segalanya seorang diri sama seperti waktu bujangnya.

Qalif tersenyum sendirian. “Hmm..kalau pergi kursus tak balik terus pun bagus. Boleh aku berseronok dengan buah hati aku”. Bisik hati kecilnya. Sememangnya telah lama dia nantikan saat ini.

Dalam fikirannya dia telah berkira-kira untuk membawa buah hatinya itu pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama tanpa sebarang gangguan.

Kalau sebelum ini perhubungan mereka agak terbatas kerana takut rahsianya itu dihidu Safiyya.

Dia terus mencapai telefon dang melayangkan SMS yang berbunyi “Sayang, esok U datang rumah I boleh? Isteri I kursus 5 hari. Tak de sape nak masak untuk I la”.

Safiyya sengaja tidak memaklumkan kepulangannya kepada Qalif. Tidak ada bezanya pun. Bukannya Qalif akan menjemput atau menantikan kepulangannya.

Entah kenapa sejak semalam dia berdebar-debar, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Mujur kursus ditamatkan awal sehari.

Kalau peserta lain mengambil peluang untuk melawat atau membeli belah di pulau yang terkenal dengan bebas cukai itu, Safiyya sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience