BAB 6

Drama Completed 3084

Dia ingin segera pulang, rasa rindu untuk menatap wajah Qalif walaupun dia tahu hanya bertepuk sebelah tangan.

Setiba di rumah, Safiyya lihat lampu terpasang.”Hmm…ada di rumah agaknya Qalif ”, bisik hati kecilnya.

Sebaik membuka pintu tidak ternampak kelibat suaminya itu di ruang tamu. Mungkin ada di dalam bilik.

Tidak mahu pula Safiyya memanggil nama Qalif, bimbang mengganggu. Sebaik menaiki tangga untuk menuju ke bilik, dia terdengar suara orang berbual dengan mesra.

Hatinya berdegup kencang. Tidak mahu memikirkan yang buruk-buruk kerana dia amat kenal dengan suara itu.

Sebaik melintas di hadapan bilik Qalif, suara gelak tawa dari dalamnya semakin mencurigakan. Hatinya membuak-buak ingin tahu. Lantas dia menggagahkan dirinya untuk memulas tombol pintu bilik Qalif.

Sebaik pintu terbuka, alangkah terkejutnya melihat Qalif sedang berpelukan mesra tanpa Seurat benang dengan seseorang yang sangat dia kenali.

Lidah Safiyya kelu tidak terkata. Matanya tidak berkedip memandang ke arah mereka. Qalif dan pasangannya terus melompat dari katil dan mengenakan pakaian masing-masing.

Safiyya terus berlari ke ruang tamu. Air matanya jatuh bercucuran. Hancur luluh hatinya.Tahulah dia selama ini punca kedinginan sikap Qalif terhadapnya.

“Itulah kisah akak Myra ”, tutur Safiyya dengan sayu. Dia menceritakan segala yang berlaku di dalam rumah tangganya kerana tidak lagi mahu menipu sahabatnya itu.

“ Ya Allah! Besarnya dugaan yang akak lalui. Kalau saya berada di tempat akak, tidak tahu macam mana saya nak hadapinya kak. Takut pulak saya nak berkahwin”.

“Hanya Allah saja yang tahu apa yang akak lalui Myra. Tapi jaganlah kerana kisah akak, awak takut nak kahwin. Nasib kita tak sama”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience