BAB 1

Drama Completed 3084

Hari ini genap tiga bulan dia bergelar janda. Satu gelaran yang paling ditakuti oleh setiap wanita. Bukan dia tidak cuba mempertahankan mahligai yang baru dibina.

Tetapi jika hanya sebelah pihak yang berusaha, pasti menemui jalan buntu. Safiyya melepaskan keluhan panjang lalu bangun dari katil dan menuju ke balkoni menghirup udara malam.

Dia merenung jauh ke langit……memang sakit jika diingat, tetapi dia masih tidak dapat melupakan keperitan selama bertamu di daerah Qalif.

Safiyya buntu memikirkan ke mana dia harus pergi. Mana mungkin dia mencari rumah sewa dalam masa terdekat.

Tiba-tiba dia teringatkan seorang teman lama yang mungkin boleh membantu. Lantas dia terus mengambil telefon dan menghubungi Myra, temannya.

“Assalamualaikum, Myra ….kenal tak sapa ni?”

“Waalaikumsalam. Eh mestilah kenal. Waah ingatkan orang tu dah lupakan kita sejak dah kahwin”.

Sejak aku berkahwin memang aku cuba untuk tidak menghubungi kawan-kawan mahupun mengajak mereka bertandang ke rumah. Tidak mahu derita ku dihidu.

“ Eh, mana boleh lupa. Maklumlah sejak dah kahwin ni akak sibuk sikit. Siang kerja di pejabat, malam sambung kerja kat rumah. Sebenarnya Myra, akak telefon ni ada hajat. Boleh tak akak tumpang rumah awak dalam seminggu. Itu pun kalau tak menyusahkan awak la.Suami akak outstation, so tak de sape nak hantar akak ke ofis. Rumah akak pulak tu jauh dari public transport”

“Alah kak, datang je lah. Bukan akak tak biasa pun dengan rumah saya. Lagipun sekarang saya tinggal sorang jer.Kalau akak ada boleh la temankan saya. Bila-bila akak nak datang nanti, call jer saya”.

Safiyya menarik nafas lega. Syukur Allah permudahkan jalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience