BAB 3

Drama Completed 3084

Perkahwinan berlangsung juga akhirnya. Dengan muka tidak berperasaan, Safiyya dan Qalif bersanding di pelamin nan indah.

Perkahwinan yang di atur keluarga, tanpa ada rasa cinta, mampukah aku menghadapinya.

Arghh.. moga sinar bahagia menanti kami. Pelbagai soalan timbul di benak fikiran ketika itu namun dibiarkan sahaja.

Tiga hari selepas majlis, kami berbulan madu di Bali. Bulan madu yang ditaja oleh adiknya Fakhrul kerana kakak kesayangannya akhirnya bertemu jodoh.

Aku kira tempoh bulan madu ini memberi peluang untuk kami mengenali hati masing-masing dan cuba untuk menyemai benih- benih cinta di antara kami.

Tapi aku tersentap apabila Qalif melafazkan bahawa sekiranya aku tidak bahagia bersamanya, dia rela melepaskan aku.

Terasa gelap seluruh alamku pada waktu itu. Adakah dia telah mempunyai seseorang yang bertamu di hati sebelum menikahi aku.

Jika benar kenapa dia tidak membantah perkahwinan kami. Patutlah sepanjang berada di sini Qalif tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Malah aku langsung tidak di layan sebagai seorang isteri.

Namun kupendamkan sahaja dan cuba menyedapkan hati dengan menyangka Qalif belum bersedia dengan perhubungan ini.

Kerana pada aku, setelah bergelar isteri, sumpah setiaku hanya pada sang suami. Aku telah mula belajar menerima dan mencintai dia.

Safiyya termenung. Usia perkahwinan mereka sudah menjangkau empat bulan, tetapi Qalif tidak pernah menunjuk sebarang perasaan terhadap dirinya. Bilik tidur mereka diasingkan atas kehendak Qalif.

Seringkali dia menjadi mangsa herdikan keras Qalif. Apa sahaja yang dilakukan Safiyya, serba tidak kena di mata suaminya itu. Namun, dia tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience