BAB 2

Drama Completed 3084

Sudah lima hari Safiyya menumpang di rumah Myra. Sikit pun Myra tidak perasan kesedihan yang ditanggung Safiyya.

Bukan niat untuk berbohong, tapi dia perlukan waktu mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Myra.

Dia berbangga mempunyai sahabat sebaik Myra. Masih teringat kenangan sewaktu menyewa serumah dengan Myra sebelum dia menamatkan zaman bujangnya.

Myra seorang yang berperwatakan menarik, malah baik hati. Sesekali tertanya-tanya juga kenapa dalam usia yang menjangkau 30 tahun itu dia masih belum berumahtangga.

Safiyya tersenyum sendirian. Masih sibuk memikirkan masalah orang lain. Sedangkan rumahtangga sendiri berkecai.

Perkahwinan adalah suatu perjudian, untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Dia sedar yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang.

Safiyya terkenang kembali bagaimana ibunya mengatur jodohnya bersama Qalif, anak kenalan ibu saudaranya.

Dia akur kerana waktu itu usianya telah menjangkau 34 tahun. Walaupun hatinya berat, tetapi keluarganya mendesak kerana bimbang Safiyya menjadi anak dara tua.

Dengarnya Qalif seorang jurutera, setahun lebih tua dari dia. Mungkin kami spesis yang sama, jodoh lambat sampai…..

Tempoh pertunangan selama 6 bulan tidak membantu Safiyya untuk mengenali dan mendekati Qalif dengan lebih dekat kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tiada pula usaha ke arah itu.

Sesekali bila berjumpa, itupun Qalif ditemani sahabat baiknya Hazil. Pendek kata di mana ada Qalif, di situ ada Hazil. Mungkin faktor itu membuatkan dia kekok untuk bermesra dengan Qalif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience