BAB 4

Drama Completed 3084

Makan minum serta pakaian Qalif diurus dengan sempurna. Sebaik mungkin dia cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Qalif. Hanya tanggungjawab yang satu itu belum tertunai kerana sehingga kini Qalif masih tidak menyentuhnya.

“Abang, tadi mak abang telefon. Dia suruh kita balik kampung minggu ni. Ada kenduri arwah katanya”, beritahu Safiyya. Mereka jarang berbual malah bercakap hanya bila perlu.

“Hmmm….Jumaat malam kita balik. Jangan balik kerja lambat pulak! Tak kuasa aku nak menunggu. Lagi satu, balik nanti jangan pandai-pandai nak bercerita hal dalam rumah ni, siap kau nanti”.

Safiyya hanya tersenyum kelat. Itulah pesanan Qalif setiap kali pulang ke kampung Safiyya mahupun ke kampung Qalif. Mereka merupakan pelakon terbaik di hadapan keluarga masing-masing.

Safiyya juga rela begitu. Tidak mahu risaukan keluarga, terutama ibunya yang sudah tua.

Safiyya mengeluh. Masih mengenangkan sampai bilakah hidupnya akan terus begini. Bagaikan tiada penghujung.

Apa kesudahannya rumahtangga dia bersama Qalif. Dia bingkas menunaikan solat maghrib usai azan berkumandang di TV. Hanya pada Allah tempat dia mengadu kesedihan yang dilalui.

Di dalam doanya, Safiyya memohon supaya hati suaminya dilembutkan dan menerima dirinya sebagai isteri.

Dia mendambakan kasih seorang suami yang telah lama ditunggu. Namun dia pasrah andai bahagia masih belum milikknya.

“Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, hanya padamu tempatku mengadu dan meminta. Jika benar masih ada ruang di hati suamiku untukku, kau permudahkanlah jalan kami. Dan jika sebaliknya, kau tunjukkanlah padaku dan bimbinglah aku dalam memilih jalan yang seharusnya. Sesungguhnya aku redha di atas ujianMu”….Doa itu tidak lekang dibibir Safiyya selepas dia menunaikan solat fardhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience