BAB 2

Family Completed 517

“Sekurang-kurangnya Bonda sempat mengukir dan memahat janji indah.
Ayu….sekadar memunggah memori…”

“Semuanya suratan takdir-Nya. Sebagai hamba-Nya…kita kena redha. Mungkin
ada hikmahnya untuk kita. Kita kena yakin dan percaya…hanya Dia yang
mengatur pahit manis perjalanan hidup kita. Bersyukurlah atas kenangan
yang singgah dalam hidup kita. Bonda yakin akan muncul lagi kenangan
yang terbaik untuk Ayu.”

“Buat masa ini…hanya abang Miel melekat kemas di lipatan kenangan. Dia
segala-galanya…”

Mak Wan memahami apa yang terdetik di hatinya Hayyu Najwa. Sejak pulang
bercuti beberapa hari lalu, anaknya itu memang sangat gemar ke pantai
tatkala mentari mahu membuka tabir malam. Kenangan bersama Iqlil Syamiel
sejak sekian lama selalu menjadi latar indah pertemuan yang lalu.

“Tak baik menyalahkan takdir. Terima hakikat ini dengan ikhlas dan
tulus. Jomlah balik…maghrib dah makin jauh.”

Nafas resah dilepaskan buat ke sekian kali. Hayyu Najwa akur dengan
desakan ibunya itu. Berat kakinya melangkah untuk meninggalkan puing
kenangan yang pernah diciptakan di situ. Suara ombak yang mendesah
bagaikan melagukan suara hatinya. Segelap warna senja, segalanya impian
kembali menjadi kosong. Longlai jiwanya saat kaki melangkah pergi. Rindu
bertahun kembali berbunga. Bingkisan kata yang pernah Iqlil Syahmiel
lontarkan tetap segar bermain di minda. Suara hatinya mula berdesir.
Segala baitnya memang memukau rasa.

*Antara dedebur ombak*

*Di situ ada rindu*

*Antara dedebur ombak*

*Di situ ada pilu*

*Antara rindu dan pilu*

*Kau dan aku menjadi satu*

*Pada camar yang pulang*

*Kurangkaikan segugus rindu*

*Terbanglah camarku terbang*

*Pada kekasih di balik awan...*

*~ IQLIL SYAMIEL*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience