BAB 1

Family Completed 517

CAMAR* petang telah lama hilang bayangnya. Hayyu Najwa terus memandang
ke laut lepas. Rasa sayu yang membalut hati terus bungkam dalam ombak
yang tidak henti-henti menderu. Warna mega kemerahan di langit semakin
kelam ditelan warna malam. Seketika angin senja menyapu lembut raut
wajah dan puing-puing memori kembali panas menerjah ingatan. Hayyu Najwa
memejamkan mata. Wajah Iqlil Syamiel tiba-tiba menujah ruang fikir.

“Miel janji akan selalu ada untuk Ayu.”

“Miel tak main-main?”

“Miel janji. Ombak petang ni akan jadi saksi!”

“Ermm…boleh Ayu percaya?”

“Ambillah kapak belahlah dada Miel.”

“Miel sanggup?”

“Untuk Ayu…mati pun Miel sanggup!”

Hayyu Najwa tersentak apabila ada tangan menggoncang bahunya.
Serta-merta wajah Iqlil Syamiel hilang dibawa deru ombak senja. Ingatan
terhadap lelaki itu turut larut dalam kenangannya.

“Dah nak malam ni…buat apa lagi kat sini? Tak baik senja-senja duduk di
tepi pantai. Sendirian pulak tu!” tukas Mak Wan, turut memahami gelodak
rasa yang sedang menimpa anak gadisnya itu.

“Ayu dah lama tak ke pantai ini. Ada banyak kenangan pernah tumbuh di sini…”

“Jangan dilayan sangat perasaan tu. Yang pergi tetap tak kembali. Ayu
kena redha. Telah tersurat ketentuan-Nya untuk Ayu…”

“Ayu tak boleh lupakan semua kenangan manis dengan abang Miel.
Janji-janji kami masih banyak lagi yang belum tertunai.”

“Ayu kena kuat semangat dan terima hakikat Miel sudah tak ada lagi.”

“Hakikat itulah yang sangat sukar untuk Ayu lupuskan dari ingatan. Abang
Miel pergi saat hari bahagia kami hampir tiba. Ayu memang tak kuat untuk
hadapi dugaan ini.”

“Bonda faham apa yang sedang Ayu rasa dan fikirkan. Kita sama-sama
perempuan. Bonda ada untuk Ayu.”

“Entahlah Bonda…nak menapak pun terasa berat kaki ini. Kudrat yang ada
hampir hilang. Abang Miel sumber kekuatan Ayu. Abang Miel banyak sokong
Ayu saat-saat Ayu terluka. Dia segala-galanya untuk Ayu…”

“Bersabarlah Ayu. Kenangan memang tak mungkin hilang. Lagi dikenang
makin memberkas di ingatan. Kita punyai nasib yang sama. Mungkin Bonda
sedikit beruntung kerana sempat mengecap bahagia dengan lelaki yang
mengasihi Bonda. Ayah Ayu juga hebat di hati Bonda.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience