BAB 5

Family Completed 517

*HAYYU NAJWA* terus leka melayan perasaannya. Berkali-kali mesej masuk
ke telefon tangannya. Hanya nama Imran Akmal yang terpapar di skrin.
Lelaki itu memang tidak pernah berputus asa. Dia terus mencuba dan
mencuba menggugah hati perempuannya. Selagi tidak terbuka pintu hatinya,
selagi itulah Imran Akmal berusaha mengetuknya.

‘Engkau tak akan faham Im. Jangan paksakan hati ini mencintaimu. Ruang
hati ini tetap temu dengan cinta Iqlil Syamiel.’ Suara hatinya terus
berbisik.

Di luar jendela, gerimis luruh lagi. Sudah beberapa hari ini cuaca tidak
menentu. Hujan turun laju membasahi setiap inci tanah. Mungkin ada
rahmatnya buat penghuni-penghuni di bumi. Tumbuh-tumbuhan menjadi subur.
Bunga hujan pasti menceriakan katak-katak di lopak. Anak-anak haruan,
keli dan puyu juga sedang berpesta di danau. Namun hati Hayyu Najwa
menjadi semakin dingin. Lemas jiwanya diasak kata-kata cinta dari Imran
Akmal. Semakin lama semakin tumbuh rasa benci dan meluat kerana lelaki
itu tidak pernah mahu menerima hakikat bahawa cintanya hanya untuk Iqlil
Syamiel.

“Hebat sangatkah cinta dia sampaikan orang lain tak ada peluang langsung
mengisi ruang kosong yang ditinggalkan? Apa kurangnya Im kalau nak
banding dengan dia?”

“Seratus orang yang datang tak mungkin sama dia yang pergi. Janji yang
terpateri terlalu payah untuk dirungkaikan. Walaupun mati memisahkan
kami…Ayu belum sanggup korbankan setia yang dilafazkan. Selagi cincin
ini terlekat erat di jari manis ini…selagi itu segalanya tak akan berubah.”

“Sungguh bertuah lelaki yang bernama Iqlil Syamiel tu!”

“Hanya dia yang berhak atas lafaz cinta itu!”

“Tapi aku juga tak akan mengalah Ayu!”

“Kau boleh terus mencuba Im. Tunggulah kalau terbuka pintu hati ini.”

“Kalau pun gerimis bertukar lebat menjadi hujan, Im akan bertahan!”

“Biar badai memukul jasad…Ayu juga akan bertahan segala amukan!”

“Mengalah juga bukan prinsip lelaki yang bernama Imran Akmal ini!”

Setelah puas melayan ingatan buat Imran Akmal, ada sesuatu mula
memberkas di ingatannya. Diari lama yang tersimpan rapi di laci almari
solek dikeluarkan. Sedikit debu yang melekat di permukaan diari itu
dilap seadanya. Lebih setahun diari itu kemas tersimpan di situ, baru
hari ini Hayyu Najwa tergerak hati untuk melihatnya kembali. Satu
persatu muka surat diari itu diselak. Satu persatu juga kenangan bersama
Iqlil Syamiel kembali hadir. Apa yang tercatat di dalam diari itu,
semuanya lakaran kata-kata indah Iqlil Syamiel buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience