BAB 3

Family Completed 517

‘Ayu akan setia menanti rindu Miel di sini. Ayu akan tunggu selamanya…’
suara hati Hayyu Najwa berbisik sendiri.

Ditahankan juga air mata yang mahu luruh. Namun lagu rindunya terhadap
lelaki itu bernyanyi kembali. Rindu bertahun kembali berbunga. Rindunya
kepada lelaki itu kembali segar tatkala melihat sekawan camar terbang
petang. Dan detik manis itu tidak mungkin berulang. Cincin tunang di
jari manisnya ditenung lama.

*IMRAN AKMAL* hanya mampu tersengih. Lagaknya sudah macam kerang busuk.
Hayyu Najwa buat tidak kesah dengan gelagat lelaki itu. Bukan sekali dua
malah memang menjadi kelaziman bagi Imran Akmal mengusik Hayyu Najwa di
pejabat. Hari ini lain benar perangai yang ditunjukkan oleh Hayyu Najwa.
Dunianya bagaikan dilanda masalah.

“Senyumlah sikit. Dahlah langit mendung…” usik Imran Akmal lagi.

“Ayu tak berapa sihat. Jangan ganggu Ayu boleh tak?”

“Ermm…maaflah. Tak ada niat Im nak ganggu Ayu…”

“Maafkan Ayu jugak. Memang hari ini fikiran Ayu terganggu sikit.”

“Jom Im belanja Ayu makan tengahari.”

“Tak apalah Im. Ayu tak ada seleralah. Lagipun perut masih kenyang lagi.”

“Ohhh…okey. Kirim pun tak nak?”

“Terima kasih Im. Terima kasih banyak-banyak.”

“Betul ni? Im nak belanja ni…”

“Kalau Im tak faham bahasa tak tahulah!”

“Im ikhlaslah…janganlah tak sudi.”

“Bukan tak sudi tapi takutlah kalau selalu terhutang budi!”

Imran Akmal terkedu apabila jawapan itu yang muncul dari mulut Hayyu
Najwa. Bunyinya macam marah. Tidak pernah ditunjukkan sikap sebegitu.
Imran Akmal berfikir sejenak. Cuba mengingatkan kalau-kalau ada
perkataan yang terlontar sudah menyakiti hati Hayyu Najwa. Dia tidak
pernah berputus asa untuk mendekati gadis itu.

“Err…maaflah. Bukan niat Ayu nak tolak pelawaan Im. Ayu memang kurang
sihat.”

“Im okey saja. Tak apa…Im faham. Im yang patut minta maaf sebab mendesak
Ayu. Mungkin lain kali?”

Segaris senyuman diukir untuk Imran Akmal. Hayyu Najwa sangat faham akan
apa yang sedang tersirat di hati lelaki itu. Dia sengaja tidak mahu
melayan karenah lelaki itu. Kalau dilayan akan menjadi lain pula
ceritanya nanti. Degup cintanya masih bersisa hanya untuk Iqlil Syamiel.
Hanya lelaki itu tetap bertahta mengisi ruang yang ada di hatinya.

“Errmm…apa nak buat kalau orang dah tak sudi!”

Antara dengar dengan tidak, Hayyu Najwa membiarkan Imran Akmal membebel
sendirian. Kalau dilayan lagi banyak pula cakapnya nanti. Sejak
akhir-akhir ini memang Imran Akmal cuba menduga hati dan perasaannya.
Minggu lepas dia ada menerima sejambak bunga mawar. Memang tidak ada
nama pengirimnya namun detak hatinya mengatakan jambangan itu memang
dari Imran Akmal. Akhirnya jambangan itu terbiar kering di sudut mejanya.

“Kesiannya…” tegur Imran Akmal apabila melihat jambangan mawar itu
terbiar sepi.

“Kenapa Im ni? Apa masalahnya?”

“Bunga tu…macam orang tak sudi saja. Hanya terbiar sepi…”

“Ohh…ingat apa tadi. Biarlah…entah siapa pengirimnya. Tak kenal pun.”

“Adalah tu yang suka Ayu. Maklumlah orang cantik macam Ayu ni mesti
ramai yang minat.”

“Siapalah Ayu nak ada peminat. Lainlah kalau Ayu ni artis…penyanyi atau
pelakon.”

“Ayu saja yang tak perasan. Ramai peminat Ayu kat sini.”

“Siapa?”

Imran Akmal tersengih memanjang. Perilakunya menjelmakan rasa curiga di
hati Hayyu Najwa. Terdetik di hatinya, diakah salah seorang daripada
peminat misterinya itu? Kenyataannya memang tekaannya tepat. Ramalannya
memang benar belaka tatkala Imran Akmal terlepas cakap.

“Im tahu Ayu tak boleh lupakan diakan? Tapi Ayu tak boleh berterusan
hidup macam ni. Sebagai manusia…Ayu kena terima suratan takdir-Nya
dengan redha. Sampai bila Ayu nak menderita mengharapkan kasih yang tak
akan kunjung tiba?”

“Bukan mudah mengusir kenangan Im. Ayu dah cuba tapi memang tak boleh.
Lafaz dan janji kami dah lama sebati menjadi satu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience