BAB 4

Family Completed 537

“Betullah kata Ayu tu tapi kenyataannya dia dah tak ada di dunia ini.
Berilah peluang pada diri Ayu untuk menerima takdir ini. Im yakin tetap
ada peluang kedua untuk Ayu meraih bahagia.”

“Ruang hati ini telah lama tepu. Lafaz cinta dia dah penuh mengisi ruang
yang ada. Andai ditakdirkan Ayu bercinta lagi, siapalah yang sudi
memenuhi ruang yang kosong ini?”

“Im ada…Im sanggup mengisi ruang yang kosong itu!”

Apa lagi alasan yang mahu diberikan? Hayyu Najwa masih belum bersedia
untuk membina cinta baru. Ingatan bersama Iqlil Syamiel tetap hijau di
lopak ingat. Sehingga kini belum ada lagi pengganti yang boleh mengisi
ruang kosong yang ditinggalkan oleh Iqlil Syamiel. Saat memejam mata,
wajah lelaki itu juga yang hadir. Hanya dia yang hanya mampu menyembuh
segala rawan. Imran Akmal pun belum tentu mampu untuk mengisi kekosongan
hatinya itu.

“Cinta tak boleh dipaksa Im. Selagi degup cintanya hidup dalam jiwa…Ayu
sanggup begini…”

“Sampai bila Ayu?”

“Sampai bila-bila…”

“Bertuah sungguh lelaki itu…ermm…maksud Im…Iqlil Syamiel.”

“Err…boleh tak kita bincang hal lain?”

“Ayu tak jawab suara hati Im? Harapan Im macam mana?”

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Hayyu Najwa. Segalanya mula
membosankan. Imran Akmal terlalu mendesak. Lelaki itu terlalu
mengharapkan sesuatu yang tidak mampu dilunasi buat masa ini. Selagi
tersarung cincin tunang di jari manisnya, selagi itulah keputusannya
tidak berganjak. Biar malam tidak berpurnama, tidak ada kejora di fajar
dinihari, Iqlil Syamiel tetap unggul di carta hatinya. Ombak rindunya
buat Iqlil Syamiel tetap menderu di dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience