BAB 7

Family Completed 517

“Ayu suka. Indah sangat apa yang abang Miel lontarkan.”

“Untuk Ayu…abang sanggup buat apa saja. Ayu tetap untuk abang!”

“Abang Miel pun tetap untuk Ayu. Cinta dan kasih sayang Ayu pada abang
tak akan berubah dan untuk selamanya!”

“Abang mahu kita paterikan janji ini.”

“Ayu memang sayangkan abang.”

“Abang pun begitu Ayu. Degup cinta ini hanya untuk Ayu seorang.”

“Abang buat Ayu terus larut dalam kata-kata indah. Moga impian bahagia
kita menjadi nyata.”

“Moga-moga Ayu. Semuanya dengan izin dari-Nya juga.”

“InsyaAllah abang. Kita doa sama-sama.”

Setiap kali pertemuan pasti serangkaian kata-kata indah itu dihadiahkan
buatnya. Antara catatan yang cukup meninggalkan kesan di jiwanya adalah
nota terakhir kiriman lelaki itu buatnya. Bingkisan terakhir masih kemas
tulisannya. Nota cinta bertajuk ‘Seindah Cinta Abadi’ itu menceritakan
segala-galanya.

*SEINDAH CINTA ABADI*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience