BAB 15

Horror & Thriller Completed 6412

Manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…

Ohhh rupanya dua orang pemuda ni berniat baik nak bantu kami. Mereka kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan yang “ala-ala keras” gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang jer mungkin dia tak berhenti kot.. Tapi dia nampak ada perempuan dan ada anak kecik.. So dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat.. Walaupun kedua² nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor. Yelah spare tayar Cuma satu jer..

Cuma apa yang mereka boleh buat, mereka try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor tu dengan kain ke getah apa entah gitulah… So boleh bertahan sekejap… So lepas mereka repair sikit tayar tu, kami jalan ler perlahan².. Tak sampai 5 minit, angin dah habis balik.. Ulang benda yang sama… Lama² hubby dah naik fedup.. Hubby lanyak jer kereta tu… Lantak la apa nak jadi pun jadi la kan.. Tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Alahai jauhnya…..

Sampai dekat tempat yang ada liputan, call kawan dia yang tinggal di Bandar Tasik Puteri.. Tapi sayang, kawan Hubby pakai kereta Nissan.. Tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir kul 2.30 pagi.. Nak call orang pun dah tengah malam.. Bengkel semua dah tutup.. Akhirnya terpaksa juga calling kakak mama. Dia ada kereta yang sama dengan kami… So nak pinjam tayar spare dia la tapi tak kan nak suruh dia hantar pulak tengah pagi buta tu.. So hubby call adik dia kat Ampang.. mintak tolong datang, dan on the way ambik spare tayar kat Gombak..

Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya… Tak leh nak tampal. Rim tayar nak rosak dah.. agghhhh tak kisah la janji boleh jalan….

Dalam perjalanan balik.. Barulah Hubby bukak cerita. Alkisahnya selepas melepasi pekan Ijok tadi, dia tiba² rasa meremang bulu roma dan macam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yang Mama dan Iki cakap bau busuk tu… Diapun terbau sama.. Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi cermin kereta, sekilas pandang dia ternampak macam hantu tengah terbang. Tu yang dia berzikir, berselawat dan baca ayat Al-Quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam nak berlumba lagaknya. Entah kenapa tiba2 tayar kereta macam terlanggar lubang pulak. Mengikut cerita dua orang makanik yang tolong kami tadi tu, dia hari² berulang alik lalu jalan tu.. Memang tak ada lubang besar kat kawasan tu… So Wallahhualam.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala apa yang terjadi malam tu.

Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi gitulah kami sampai rumah. Mujur semuanya selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience